Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Selasa, 24 April 2012

Kembali ke Agama Fitrah!



Kembali kepada agama Islam! Islam agama fitrah. Islam kini semakin subur di seluruh dunia

Letupan kuat Meteor di Nevada dan California


CALIFORNIA - Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.

Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.

Sebahagian penduduk di kedua - dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna - warni pelik meluru ke arah Bumi.

Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.

Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.


Rakaman CCTV

Isnin, 16 April 2012

Menziarahi Ustaz Azhari di Pusrawi


Ustaz Azhari kini di Pusrawi. Wad Al Aman
Bilik 15


Selepas ziarah ustaz, boleh pekena roti arab yang besar ni.
Roti besar ni kalau pekena dengan mughalghal memang menyandar.


Rasai rasa teh sebenar Syai binna'na'

Ahad, 15 April 2012

Kubur 1 Malaysia?


Mohon penjelasan dari pihak berwajib kawasan berkenaan. Benarkah ini tanah perkuburan 1 Malaysia seperti yang didakwa dalam video di atas?




Khamis, 12 April 2012

Selepas Gempa. Apa Khabar Gebeng?


Apa khabar orang Gebeng? Apa khabar Kilang Lynas?

Semoga Allah melindungi kita dari tangan - tangan durja yang mengkhianti amanah untuk memelihara agama dan alam

Lebib baik aktif hari ini dari radioaktif hari esok!!

STOP LYNAS!!




Rabu, 11 April 2012

Gempa di Acheh!! Amaran Tsunami ditarik balik


AMARAN TSUNAMI MALAYSIA DITARIK BALIK

Amaran tsunami dikeluarkan selepas satu gempa bumi kuat magnitud 8.7 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS), Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.

Kawasan gempa itu dalam lingkungan kawasan gempa sama yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang mengorbankan kira-kira 170,000 nyawa di Sumatra akibat tsunami yang melanda selepas gempa berkenaan.

Gempa itu juga mengorbankan kira-kira 230,000 orang di 13 negara sekitar Laut Hindi termasuk Thailand, Sri Lanka dan India.



Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak. Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Bernama turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.

Di Kangar, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit. Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis.





VIDEO TERKINI AKAN MENYUSUL

Travelog Haj 1432 suraukini.com - TV Madinah online


Lapan hari berada di Kota suci Madinah, banyak meninggalkan kenangan. Sebilik empat orang. Haji Kamaruddin dari Kampung Melayu Subang, Haji Fuad dari Pandan Indah dan Haji Bambang dari Selayang. Bilik sangat selesa. Tenang. Movenpick Anwar Madinah hotel 5 Bintang. Terletak hampir benar dengan Masjid Nabi.

Seharian berulang alik ke Masjid Nabawi setiap waktu solat tidak terasa cabarannya. Tidak seperti di Makkah. Di Makkah , jarak hotel ke Masjid Haram hampir 850 meter. Memang mencabar. Mendaki bukit. Turun naik bukit 5 kali sehari semalam boleh mengurangkan lemak. :)


Bilik SK & The Gang di Movenpick

Setiap kali pulang ke bilik hotel, biasanya TV sudah terpasang. Dua puluh empat jam sehari. TV Live suasana di Madinah. Rancangan ini sebenarnya bukan dipancarkan di Madinah sahaja. Malah ke seluruh dunia  yang dipancarkan di internet secara Online streaming.

TV ini biasanya memaparkan suasana semasa di persekitaran Masjid Nabi, Dalam masjid, kawasan Raudhah dan perkuburan Baqi'. Untuk lebih menghayati bagaimana rancangan ini, SK sertakan video di bawah ini.

Semoga bertambah rasa cinta terhadap Rasulullah yang bersemadi di masjid ini.







Gebeng yang Luka

A. Samad Said Sasterawan Negara

GEBENG YANG LUKA

Kita ghairah merubah sebanyak tanah bertuah
konon demi rezeki alam dan udara kita.
Kita sengaja terlupa tanah cicit yang syahdu,
tuli akan senandung insan dan unggas nan merdu.

Dari denai ke rimba dan sungai ke samudera
terdengar rintih ombak meraung bumi sejarah.
Pernahkah kita bertanya pada Gebeng terluka—
bersyair, berpantun demi kebahagiaannya?

Kita hanya memacakkan gedung dan kilang zahir
merela bumi Gebeng teracun beransur cair.
Kita sedang alpa malah amat bangat terlupa—
harta terkini menutup masa depan yang lara.

Di sisi mewah harta cemar sejarah bermula,
kita sedang memahat hikayat tragedi bangsa.

7 Oktober, 2011 ––A. SAMAD SAID


Selasa, 10 April 2012

Anak hilang di pasaraya! Awas!!


Catatan melalui email untuk renungan bersama.
Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek - belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul - betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil - manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak - kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah - sudah. Tolong perhatikan anak - anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas

SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!









Kisah Lori minyak masak dan Tsunami


Lori minyak masak kemalangan. Orang ramai berpesta berebut minyak masak "percuma?"

Dua kisah yang boleh kita renungkan bersama. Kisah pertama kisah kemalangan lori tangki minyak masak di Alor Star semalam. Kisah kedua ialah kisah Tsunami di Jepun.

KISAH 1 : Kemalangan Lori tangki Minyak Masak

ALOR SETAR: 9 April 2012  - Kebocoran saluran paip lori tangki minyak masak di Kampung Alor Jawi, Langgar, dekat sini, bagaikan pesta apabila orang ramai terutama penduduk berhampiran berebut - rebut mendapatkan bekalan itu, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12 tengah hari apabila lori tangki sarat membawa muatan 18 tan minyak masak terbabit dalam kemalangan sebelum terbabas di bahu jalan selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda. Difahamkan, lori tangki berkenaan dalam perjalanan menghantar bekalan minyak masak dari Butterworth, Pulau Pinang ke sebuah syarikat pemborong di Naka, Kuala Nerang untuk dibungkus sebelum dijual kepada peruncit.

Harian Metro mendapati penduduk yang menyedari kejadian bertindak membawa botol kosong, besen dan baldi serta tong sampah kosong bagi mengisi minyak masak yang mengalir selepas saluran paip lori tangki berkenaan mengalami kebocoran.
Malah, pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu dikatakan turut berhenti dan tidak melepaskan peluang mengisi minyak masak bagi dibawa pulang ke rumah hingga ada yang sanggup berulang-alik ke lokasi kejadian beberapa kali.

Tinjauan ke lokasi kejadian sehingga jam 5 petang mendapati berlaku kesesakan kira-kira lima kilometer apabila orang ramai berpusu-pusu mengisi minyak ke dalam tong masing-masing walaupun keadaan ketika itu hujan renyai.

KISAH 2 (Kisah selepas Tsunami di Jepun)

Penduduk Jepun pulangkan semula RM246.41 juta


TOKYO – Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akhbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu.

Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain. Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.

Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.

Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya.

Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. – Agensi

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

SK: Mengambil hak orang tanpa kebenaran bukanlah sikap yg terpuji. Orang Islam sepatunya menjadi contoh yang baik kepada orang bukan Islam.

Hikmah yang hilang dari umat Islam hari ini.

الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها 

Maksudnya: Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.

(Riwayat Tirmizi).
Malu kat org Jepun!!