Umat Islam mendirikan solat di tengah bandaraya Moscow Russia
Islam tetap berkembang subur meskipun dihina di mata dunia. Lihatlah video ini. Suasana umat Islam di bandaraya Moscow hari ini. Kini terdapat 2 juta umat Islam menetap di bandaraya Moscow.
Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri - ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tatoo untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai 'tukang tato' itu telah dilakukannya selama 20 tahun
Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. "Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia," ujarnya
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad S.A.W sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. "Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, "katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.
Islam Agama Fitrah! Video ini menunjukkan kerja - kerja dakwah yang dijalankan di Australia dan London. Berdakwah di tepi jalan , mengedar risalah berkenaan agama Islam.
Allah yang membuka hati mereka untuk kembali kepada agama fitrah!
Adakah Kitab Bible yang ada pada hari ini merupakan kalam (perkataan) Allah ? Atau kalam (perkataan) manusia? Saksikan hujjah yang diberikan oleh Syeikh Ahmad Deedat bagi membuktikan bahawa Bible adalah kalam (perkataan) manusia. Kitab asal Injil telah diubah dan ditokok tambah.
Keterbukaan masyarakat barat berdiskusi dan berforum tentang agama perlu dicontohi masyarakat di Malaysia. Ramai yang memeluk agama Islam selepas diskusi ilmiah ini.
Sebahagian sedutan hujjah Ahmad deedat ada dalam video ini
Lihat bagaimana masyarakat Islam di Chicago mempromosi Islam. Kaedah yang kreatif dan sangat berkesan. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menyampaikan Islam. Tanggungjawab menyampaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam adalah tanggung jawab semua.
Idea yang kreatif dan boleh dikembangkan di tanah air kita.
Petang tadi SK sempat bersembang dengan Ustaz Abdul Karim Setiausaha Majlis Ulama' Rohingya. Beliau seorang warga Rohingya yang sangat fasih berbahasa Arab dan Melayu. Datang ke surau Ad Diniyyah untuk memohon derma bagi membantu masyarat Islam di sana.
Ustaz Abdul Karim sempat bercerita tentang penderitaan umat Islam di Rohingya. Pembunuhan berlaku saban hari. Ratusan umat Islam disembelih, dibakar dihalau dan ramai wanita diperkosa tanpa pembelaan. Kisah penderitaan sudah lama berlaku tanpa mendapat perhatian media dunia.
Dalam rusuhan kaum paling buruk di wilayah Arakan baru - baru
ini terlalu banyak peristiwa tidak berperikemanusiaan (luar dari batas perlakuan
kewarasan akal manusia) dilakukan oleh masyarakat Rakhine terhadap etnik
Rohingya Muslim. Beribu - ribu dibunuh dengan kejam - tidak kira yang muda atau
orang tua, wanita dan kanak-kanak. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol.
Lebih 20 buah kampung dan berpuluh masjid dan madrasah dimusnahkan – sama ada
dibakar atau diruntuhkan. Harta benda dirampas.
Rumah dibakar
Orang - orang Rohingya bertempiaran lari ke hutan belantara,
ke bukit, ke laut untuk berlindung - ramai saudara mara dan rakan kami lari ke
sempadan negara jiran untuk menagih simpati dan mendapat bantuan dan
perlindungan – namun apakan daya mereka dihalang masuk malah diusir balik ke
bumi berdarah di Arakan untuk dimamah dan diratah oleh pemangsa yang begitu
ganas!
Ramai orang terutama kanak - kanak , orang tua dan mereka
yang berpenyakit yang mati; bukan disebabkan pembunuhan tetapi akibat kebuluran,
kekurangan ubat dan serangan penyakit.
Bantuan daripada masyarakat antarabangsa yang tiba melalui
pihak pemerintah tidak diagihkan kepada mangsa etnik Rohingya Muslim tetapi
dibolot oleh masyarakat Rakhine dan pihak tentera serta polis tempatan yang
beragama Buddha!
Umat Islam Rohingya ditangkap
SK memang tak sanggup nak siarkan gambar - gambar ngeri mangsa pembunuhan di blog ini. Kalau kuat semangat klik lah link ini untuk baca kisah selanjutnya. Hulurkanlah bantuan seadanya. Mudah - mudahan Islam kembali bangkit di sana.
Sebahagian pembaca blog Suraukini adalah dari kalangan penganut bukan Islam. Tahniah kerana memilih untuk melayari blog ini. Mengambil semangat dan roh Ramadhan yang bakal menjelang tahun ini SK siarkan klip video di bawah untuk tatapan pengunjung blog bukan Islam.
Lihat bagaimana umat Islam menyambut Ramadhan. Suasana Ramadhan yang syahdu dan menyentuh jiwa. Rakaman suasana umat Islam di Iskandaraiah Mesir menunaikan solat Tarawikh. Lihat bagaimana Ramadhan menghimpunkan penganutnya. Mudah - mudahan Ramadhan tahun ini lebih menyentuh jiwa anda. Mudah - mudahan terbuka hati untuk menerima Islam sebagai satu cara hidup
Untuk yang beragama Islam, mudah - mudahan Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan anda yang terbaik!!
110 orang hafiz dari 70 Buah Negara berhimpun di Kaherah untuk pertandingan Hafazan Al Quran. Saksikan video ini. Saksikan kesungguhan mereka, keazaman tinggi anak - anak ini untuk menghafaz Al Quran.
Sebahagian besar dari para hafiz ini bukan dari bangsa arab. Mereka datang dari segenap pelusuk dunia. Mereka mampu menghafaz Al Quran meskipun bahasa pertuturan mereka bukan bahsa Arab.
SK: Insyallah anak tahfiz Ad Diniyyah akan menyusul. Ad Diniyyah! Tahfiz kecil berjiwa besar.
Azan yg dilaungkan oleh Abdelwahab Ben Youcef di Gereja Marble Collegiatedi kawasan Manhattan, New York. Suara azan yg dikumandangkan oleh anggota jemaah Marble Collegiate Church itu merupakan salah satu acara awal ketika berlangsungnya dialog segi tiga agama dalam kalangan penganut agama Islam, Kristian & Yahudi di New York
Saidina Usman bin Affan merupakan perintis pembukuan Al Quran pertama. Sebelumnya Al-Qur'an hanya dihafal atau ditulis di atas lembaran kayu dan tulang
unta. Pembukuan Al-Qur'an pertama ini dilakukan Usman bin Affan ketika berada
di Madinah.
Pembukuan Al-Qur'an ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun setelah
wafatnya Rasulullah SAW. Disebutkan bahwa Khalifah Utsman membuat lima
salinan dari Al-Qur'an ini dan menyebarkannya ke berbagai wilayah Islam. Selain
yang ada di Tashkent, salinan lainnya juga masih tersimpan di Topkapi Palace di
Istanbul, Turki.
Sebuah naskah kuno Al-Quran ditemukan di wilayah Otonom Dongxiang provinsi Gansu
dan salinan Al-Quran ini merupakan yang tertua ditemukan di China. Menurut
maklumat dari media tempatan, naskah kuno berupa salinan Al-Quran tersebut yang
ditulis dalam bahasa Arab, terdiri dari 536 halaman dan menggunakan daun
Samarkand yang dibawa ke Cina dari kota Samarkand di Uzbekistan.
Salinan
Al-Quran yang tersimpan di masjid Dong Si, provinsi Qinghai barat laut Cina ini
merupakan yang tertua di Cina berasal dari abad 8-13 masehi. Ramai kelompok
etnik yang memeluk agama Islam yang hidup di daerah barat laut Cina, yang
meliputi kawasan Qinghai, Gansu, Ningxia dan wilayah Xinjiang.
Gambar di atas adalah gambar al quran tertua yang ditemui di Nusa Tenggara Timur (NTT) milik
Kesultanan. Al-Quran lama ini dibawa ke Alor Besar Indonesia pada 1519 M
oleh Iang Gogo yang merantau bersama keempat saudaranya dengan misi penyebaran
Agama Islam hingga ke Alor.
Rakaman video Al Quran zaman Saidina Usman di Uzbekistan
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi…saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?“
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islamdan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds.
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1. Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) Yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku“
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?“
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat
SK: Masa kecik - kecik dulu SK suka sangat tengok cerita Combat. SK suka tengok aksi Vick Morrow berperang membunuh askar - askar German. Nampak hebat Vick Morrow dan Tentera Bersekutu. German kelihatan seperti orang yang sangat jahat dan ganas.
Siapa yang menulis sejarah?? Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang".
Video ini dirakam pada malam 27 Ramadhan 1431 (Tahun lepas). Lihatlah suasana malam di penghujung Ramadhan bagaimana masyarakat Mesir di Kota Kaherah berpusu - pusu menuju masjid. Mendirikan malam dengan solat dan bacaan al quran.
Jurulatih penerbangan Britain berprofil tinggi, Dr Joel Hayward yang juga individu bertanggungjawab melatih Putera William mengejutkan ketua turus angkatan tentera British apabila memeluk Islam dan mengecam tindakan tentera NATO yang menyerang Libya.
Beliau yang dilabelkan sebagai "Ayatollah Turus Angkatan Tentera Udara British" mempersoalkan samada betul Gaddafi benar - benar melancarkan serangan ke atas rakyatnya atau tidak dan dengan membiarkan NATO menyerang Libya hanya akan menimbulkan ketidak percayaan orang ramai terhadap NATO.
Dia membuat kenyataan tersebut dalam sebuah majalah Islamik di sana baru-baru ini. (klik sini) Kenyataan tersebut mendapat reaksi negatif dari berbagi pihak yang menegaskan bahawa itu hanyalah kenyataan peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan RAF.
LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah. Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.
“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.
“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail. Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.
“Tiba - tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya. Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan. “Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya. Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.
“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi