Perbaiki Solat Anda!! Ikuti kuliah pengajian Kitab Minyatul Musolli oleh Al Fadhil Ustaz Dr. Harun Din. Sila beli kitab ini. Ikuti kuliah ini secara bersiri. Sambil mendengar sambil rujuk kitab.
KULIAH SIRI 2 KITAB MINYATUL MUSOLLI.
Klik sini untuk DOWNLOAD atau dengar secara online
Perbaiki Solat Anda!! Ikuti kuliah pengajian Kitab Minyatul Musolli oleh Al Fadhil Ustaz Dr. Harun Din. Sila beli kitab ini. Ikuti kuliah ini secara bersiri. Sambil mendengar sambil rujuk kitab.
Ikuti Siri 01 huraian Muqaddimah Kitab ini. Risalah yang membicara secara khusus Bab Masbuq dan Muwafiq.
KULIAH SIRI 1 KITAB MINYATUL MUSOLLI.
Klik sini untuk download atau mendengar secara online di bawah ini.
DUNGUN – Ribuan penduduk pesisir pantai di daerah ini serta sepanjang pantai Bachok, Kelantan panik apabila kawasan tempat tinggal mereka dipukul ombak akibat fenomena air pasang besar sejak seminggu lalu.
Kesan daripada kejadian itu mengakibatkan jalan raya yang menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun runtuh selepas dipukul ombak besar.
Fenomena luar biasa itu yang turut diibarat sebagai 'tsunami kecil' oleh penduduk tempatan dianggap sebagai kejadian paling buruk yang pernah berlaku di daerah tersebut.Selain runtuhan jalan raya, puluhan pokok ru di sepanjang pesisir pantai berkenaan turut menyembah bumi sehingga mengancam keselamatan penduduk setempat.
Tinjauan Kosmo! di kawasan kejadian semalam mendapati masih ramai pengguna jalan raya melalui kawasan runtuhan sepanjang dua kilometer itu walaupun pihak berkuasa telah meletakkan papan tanda amaran.Seorang peniaga kedai makan, Ahmad Fauzi Ismail, 50, mendakwa kejadian air pasang besar di pantai itu mula dikesan sejak minggu lalu sebelum bertukar menjadi lebih buruk kelmarin.
Katanya, situasi di kawasan itu juga dilihat tidak selamat apabila ramai menjangkakan ribut dan angin kencang serta air pasang akan berlaku dalam beberapa hari lagi.
“Selama saya tinggal di sini, inilah bencana paling buruk pernah berlaku sampaikan hampir keseluruhan jalan pesisir pantai runtuh.
Tahfiz Ad Diniyyah memulakan sesi pembelajaran untuk Sesi 2012. Semua pelajar akan memulakan kelas mulai esok Rabu 28 Disember 2011. Datang dengan azam baru!!
Selamat berjuang !!
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Kem Hafazan Al Quran Tahunan menutup tirai hari ini. Majlis Perasmian penutup akan diadakan pada malam ini selepas Solat Isyak di Surau Ad Diniyyah.
Seramai 50 peserta dan 6 Fasilitator akan menerima sijil, cenderahati malam ini. Majlis perasmian penutup akan disempurnakan sekali lagi oleh Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman, Penyelaras DUN Taman Templer.
Semua perserta Kem Hafazan Al Quran Tahunan (KHAT) 2011 akan memulakan program prekhemahan, BBQ dan Qiamullail mulai petang ini jam 5. Semua peserta akan mula memasang khemah tepat jam 5 petang ini. Peserta nampak bersemangat untuk berkhemah.
Mesyuarat penyelaras bersama 6 fasilitor malam tadi berjalan lancar. Tahniah kepada semua fasilitator yang memberi komitmen yang tinggi.
Semua AJK dijemput hadir. Kambing disediakan!! :)
Gambar - gambar akan menyusul. Selamat berkhemah di musim hujan
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Video ini SK rakam pada Jumaat 21 Oktober 2011. Kira - kira 2 minggu sebelum hari Wukuf 1432. Semasa rakaman ini, SK berada di tingkat paling atas bangunan Masjidil Haram. Tingkat paling atas tempat sa'ie. Merakam sambil - sambil menunggu masuknya waktu isyak. Deruan angin dah mula terasa dari tingkat ini. Angin sederhana sejuk di waktu malam. Waktu siang udaranya masih panas. Tak sesuai untuk berada di tingkat ini di waktu siang. Cuacanya panas dan anginnya panas.
Dalam rakaman ini anda boleh dengar bunyi deru angin itu.
Jemaah haji sudah mula bertambah waktu ini. Dari atas, anda boleh lihat kawasan tempat tawaf agak padat. Ada juga jemaah yang tawaf di tingkat satu kerana tidak mahu berasak - asak di dataran depan ka'abah.
Dengar khabarnya dataran tempat tawaf ini akan diperluaskan tidak lama lagi.
Dari tingkat atas ini juga anda boleh melihat kren yang berceracak di bahagian luar masjid. Kerja - kerja pembinaan sedang rancak dijalankan. 24 jam sehari. Tanpa henti.
MANILA, Filipina - Angka kematian akibat ribut tropika Washi melonjak
kepada 440 orang semalam dengan hampir 500 orang hilang dalam banjir
kilat yang memusnahkan selatan Filipina, kata beberapa pegawai.
Jurucakap tentera wilayah, Kolonel Leopoldo Galon memberitahu
pemberita sebanyak 97 mayat ditemui di sebuah pelabuhan utama di Pulau
Mindanao, Cagayan de Oro manakala 75 lagi ditemui di pelabuhan selatan
berdekatan bandar Iligan yang merupakan antara kawasan berlakunya banyak
kematian.
Katanya, seramai 375 orang dilaporkan hilang di dua kawasan tersebut.
Galon berkata, tentera menggunakan trak, bot dan helikopter untuk
menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk Cagayan de Oro.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi pegawai tentera, Leftenan
Kolonel Randolph Cabangbang berkata, seramai 15 orang yang dihanyutkan
ke laut di Iligan berjaya diselamatkan.
Ribut Washi yang melanda pantai timur Mindanao kelmarin turut
menyebabkan tanah runtuh yang mengorbankan lima orang manakala tiga lagi
lemas di bandar Polanco, selatan Filipina.
Jabatan kaji cuaca negeri melaporkan, ribut tersebut diramalkan
bergerak ke Pulau Palawan, barat Filipina selepas ia menyeberangi Laut
Sulu dengan tipuan angin selaju 75 kilometer sejam.
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Ini adalah rakaman video Al-Quran terbesar di dunia yang terdapat di Tataristan, Rusia. Al-Quran ini di hiasi dengan emas dan perhiasan berharga lainnya dan beratnya sampai lapan ratus kilogram. Kulitnya dilapisi perhiasan- perhiasan yang mahal. Panjangnya sampai 1,5 meter dan memiliki 635 halaman.
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Saat Payung tertutup - di belakang ialah Hotel Movenpick Anwar Al Madinah
Di Masjid Nabawi Madinah, 20 minit selepas tamatnya waktu solat subuh, anda akan berpeluang untuk menyaksikan payung besar di dataran Masjid Nabi ini dibuka. SK sempat merakam saat payung dibuka. Lihat di dalam video ini saat payung dibuka perlahan - lahan.
Takde koreje ..... payung dibuka pun nak rakam hahahha
WENZOU, China - Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan
semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak
perempuan yang dilanggar sebuah kereta. Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.
Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika
tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya. Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan. Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya. Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu. Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.
Bilik Penginapan SK - Bilik 6126 Hotel Movenpick Anwar Madinah
SK berada di bumi Madinah Munawarah selama 8 hari. Mulai 29 September 2011 hingga 8 Oktober 2011. Menginap di bilik 6126 hotel Movenpick Anwar Madinah. Empat orang sebilik. Bilik yang sangat selesa. Hotel yang sangat hampir dengan Masjid Nabi. Jaraknya lebih kurang 50 meter sahaja. Senang berulang alik ke masjid.
Ada beberapa keping gambar yang sempat SK rakam ketika berada di hotel ini untuk dikongsi bersama.
Kaunter Movenpick
4 orang sebilik - masih selesa di musim haji begini
Tenang dan santai. Nak tau apa rancangan di TV ini Klik Sini
Sebuah kilang kecil di Jepun telah
memperkenalkan sebuah tempat pelindungan daripada bencana tsunami,
kapsul yang terapung di atas air dan dapat menempatkan empat orang
dewasa di dalamnya. Sebuah syarikat kecil dari Jepun telah
membangunkan 'kapal Nuh' versi moden, jika Jepun dilanda gempa bumi dan
tsunami lain secara besar-besaran. Kapsul terapung ini kelihatan
seperti bola tenis yang besar.
Japan's Cosmo Power
berkata tempat perlindungan "Nuh" ini dibuat daripada gentiankaca yang
dipertingkatkan dan boleh menyelamatkan pengguna daripada bencana
seperti 11 Mac yang memusnahkan utara pantai Jepun, menyebabkan
kira-kira 20,000 orang mati atau hilang.
Syarikat Presiden
Shoji Tanaka berkata kapsul yang berharga ¥ 300,000 (RM 12,500) ini
boleh menampung empat orang dewasa, dan telah bertahan dengan pelbagai
ujian kemalangan. Ia mempunyai tingkap kecil dan lubang pernafasan di
atas. Ia juga boleh digunakan sebagai rumah mainan untuk kanak-kanak.
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir
kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang,
berikutan hujan lebat.
Kawasan sekitar Perpustakaan Negara
dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat
agensi berita Bernama yang terletak berhampiran Sebelum ini,
kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu
Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.
Sementara
itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah
tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir
kilat. Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.
"Sekarang
ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat
sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu.
malaysiakini
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com