Alhamdulillah SK kini sudah berada di Hotel Movenpick Al Madinah Al Munawwarah.
Sudah memasuki hari yang ke empat. Alhamdulillah semuanya bagus di sini. Makanan dan penginapan semuanya selesa. Tiptop!
Sangat beruntung kerana mendapat penerbangan awal. Suasana di Madinah masih belum sesak. Dapat merasai betapa tenangnya ketika berada di Raudhah. Jemaah haji masih belum begitu ramai. Sempat beriktikaf di Mehrab Nabi Muhammad S.A.W, menikmati hening waktu dinihari. Satu peluang yang sukar diperolehi. Meskipun sudah beberapa kali mengunjungi Masjid Nabawi, inilah kali pertama SK mendapat peluang beriktikaf di mehrab nabi dalam tempoh yang lama.
Kawasan Mehrab dan Raudhah adalah kawasan yang paling padat dan sentiasa padat dengan manusia. Bukan senang untuk menghampiri kawasan ini. Menghampiri mehrab juga adalah sukar, kerana ia adalah kawasan tumpuan dalam kawasan Raudhah.
Subhanallah.
Mehrab Nabi. Di sinilah tempat Solat Nabi Muhammad S.A.W.
Tempat Rasullah SAW selalu menunaikan solat adalah di sebelah kanan lubang mehrab. Di sinilah Rasulullah SAW berdiri semasa mengimami solat jemaah bersama para sahabat.
SK mengambil kesempatan merapati mehrab dalam kepayahan. Berdiri dan melangkah perlahan - lahan menunggu giliran untuk menghampiri kawasan ini sedikit demi sedikit. Alhamdulilla berbekalkan sedikit kesabaran akhirnya SK berjaya menghampiri mehrab ini.
Beriktikaf di sebelah kanan Mehrab Nabi - Alhamdulillah
Video Kurus Perdana di Putrajaya
Langkah bermula
Di lapangan terbang Madinah Al Munawwarah
Menziarahi Rasulullah SAW
Gambar Di Hotel Movenpick Madinah Munawwarah
Sarapan Pagi Pertama di Madinah
Saat payung dibuka
Rakaman kubah di Masjid Nabawi
TV Madinah Online
Hari ke empat di Madinah
Raudhah yang tenang
Syeikh Solah Bidir Imam Subuh di Masjid Nabawi
Lapan hari di Hotel Movenpick Madinah
Gambar sekitar Masjidil Haram
Lagi Gambar Abraj Al Bait
Gambar kelambu Kaabah
Rakaman dari tingkat atas Masjidil Haram
Di lapangan terbang Madinah Al Munawwarah
Menziarahi Rasulullah SAW
Gambar Di Hotel Movenpick Madinah Munawwarah
Sarapan Pagi Pertama di Madinah
Saat payung dibuka
Rakaman kubah di Masjid Nabawi
TV Madinah Online
Hari ke empat di Madinah
Raudhah yang tenang
Syeikh Solah Bidir Imam Subuh di Masjid Nabawi
Lapan hari di Hotel Movenpick Madinah
Gambar sekitar Masjidil Haram
Lagi Gambar Abraj Al Bait
Gambar kelambu Kaabah
Rakaman dari tingkat atas Masjidil Haram
Bumi Arafah kian menghijau
Berniaga ayam pun seronok di musim Haji
Allah merahmati orang yang bercukur
Berniaga ayam pun seronok di musim Haji
Allah merahmati orang yang bercukur
0 ulasan:
Catat Ulasan