Mehrab Nabi - Kawasan tumpuan di dalam kawasan Raudhah
Rasulullah S.A.W ada menyebut dalam sebuah hadith
قَالَ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ وَمِنْبَرِي عَلَى حَوْضِي
مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ وَمِنْبَرِي عَلَى حَوْضِي
صحيح البخاري
"Antara rumahku dan mimbarku ada taman (Raudhah) dari taman - taman syurga, dan mimbarku di atas telaga Haudh"
Raudhah Al Mutahharah di Masjid Nabawi adalah kawasan tumpuan jemaah haji dan umrah. Ia adalah tempat yang sangat mulia. Di sinilah tempat Rasulullah S.A.W dan para sahabat sering beriktikaf dan beribadat. Sebahagian dari wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah di turunkan disini. Jarang benar kawasan Raudhah ini lengang. Biasanya kawasan ini padat. Jemaah berasak - asak untuk mendapatkan ruang untuk beriktikaf.
Ada juga yang berasak - asak sekadar untuk berdiri dan berdoa di kawasan ini.
Ada juga yang berasak - asak sekadar untuk berdiri dan berdoa di kawasan ini.
Ini adalah kawasan yang disebut sebagai kawasan yang mustajab untuk berdoa. Bersyukurlah kalau anda dapat masuk ke kawasan ini tanpa bersesak - sesak.
(Anda boleh bezakan kawasan Raudhah dengan kawasan yang lain dengan mengecam warna karpetnya. Warna karpet di kawasan Raudhah ialah warna hijau seperti gambar di bawah. Panjang kawasan Raudah al Mutahharah ialah 26 meter dan lebarnya 15 meter)
Warna karpet di kawasan Raudhah
Warna karpet di kawasan Raudhah
SK sempat merakam suasana tenang di taman raudhah ini selepas solat subuh Sabtu 01 Oktober 2011. Video dan gambar ini mungkin boleh memberi sedikit gambaran kepada anda yang belum pernah menjejakkan kaki ke kota suci ini.
Syukur kepada Allah yang memberi peluang ini.
Syukur kepada Allah yang memberi peluang ini.
Alhamdulillah!!
Link Berkaitan Travelog Haji 2011 / 1432
Video Kurus Perdana di Putrajaya
Di lapangan terbang Madinah Al Munawwarah
Menziarahi Rasulullah SAW
Gambar Di Hotel Movenpick Madinah Munawwarah
Sarapan Pagi Pertama di Madinah
Saat payung dibuka
Rakaman kubah di Masjid Nabawi
TV Madinah Online
Hari ke empat di Madinah
Raudhah yang tenang
Syeikh Solah Bidir Imam Subuh di Masjid Nabawi
Lapan hari di Hotel Movenpick Madinah
Gambar sekitar Masjidil Haram
Lagi Gambar Abraj Al Bait
Gambar kelambu Kaabah
Rakaman dari tingkat atas Masjidil Haram
Video Kurus Perdana di Putrajaya
Di lapangan terbang Madinah Al Munawwarah
Menziarahi Rasulullah SAW
Gambar Di Hotel Movenpick Madinah Munawwarah
Sarapan Pagi Pertama di Madinah
Saat payung dibuka
Rakaman kubah di Masjid Nabawi
TV Madinah Online
Hari ke empat di Madinah
Raudhah yang tenang
Syeikh Solah Bidir Imam Subuh di Masjid Nabawi
Lapan hari di Hotel Movenpick Madinah
Gambar sekitar Masjidil Haram
Lagi Gambar Abraj Al Bait
Gambar kelambu Kaabah
Rakaman dari tingkat atas Masjidil Haram
0 ulasan:
Catat Ulasan