Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Jumaat, 10 Disember 2010

Jenazah Nurul Aida Bt. Amaludin selamat disemadikan

SK menyempurnakan talkin untuk Allahyarham Nurul Aida Binti Amaluddin  - Perjalanan ke alam baru Jenazah Nurul Aida Binti Amaluddin selamat dikebumikan selepas solat Jumaat tengahari tadi. Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Solahiah Sungai Tua Baru. Lebih 500 orang jemaah menyertai solat jenazah tersebut. DariNya kita datang, kepadaNya kita dikembalikan. Al Fatihah. S U R A U K I N I Menyokong penuh usaha Pusat Tahfiz...

Aksi peserta KHAT 2010 di minggu kedua Program Hafazan Al Quran Tahunan

  Program Hafazan cuti sekolah kini memasuki minggu kedua. Berikut adalah gambar - gambar yang sempat dirakam oleh SK   Makan tengahari    Meraikan ulangtahun kelahiran Hafiz Hj. Hassan       Sesi Fotografi bersama Dino Alham'd   Dino Alham'd Otai photographer terkenal tanahair S U R A U K I N I Menyokong penuh usaha Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A Pusat...

Rabu, 8 Disember 2010

Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432

SHAH ALAM, 7 Dis: Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama. Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan...

Isnin, 6 Disember 2010

Doa Awal tahun dan hujung tahun - Selamat Datang 1432 Hijrah

Doa Awal Tahun   Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya...