Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Sabtu, 21 Julai 2012

Pesta beribadah bermula. Jom! dekati Al Quran

Bersemangat!! Encik Akashah memberi penerangan sebelum Tadarus bermula. Ramadhan yang ceria. Anak - anak setaman memulakan sesi Tadarrus Al Quran malam tadi. SK kepilkan di sini gambar - gambar yang sempat diambil malam tadi. Ramadhan Pesta Ibadah. Jom baca Al Quran. Hampir 80 orang anak - anak setaman menyertai program Tadarus yang bermula malam tadi. Yang masih belum daftar , jangan malu untuk turun malam ni. Jom! Tadarus. Pahala...

Salam Dua Takziah! Pemergian di awal Ramadhan

Dari Allah kita datang , kepadaNya jua pasti kita dikembalikan. SK mengambil kesempatan mengucapkan dua Takziah Gambar : SK menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham Hajjah Saodah pagi tadi. Takziah pertama kepada Tuan Haji Abdul Rahim AJK Pusat Tahfiz Ad Diniyyah atas pemergian bapa mentua beliau awal petang semalam di Jenjarom Banting. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Seksyen 21 Shah Alam pagi tadi. Takziah kedua kepada...

Jumaat, 20 Julai 2012

Kalau Puasa bermula hari Sabtu , maka lailatul Qadr kan jatuh pada ...

بسم الله الرحمن الرحيم إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْر ِ* وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ - القدر: - Menurut penelitian Imam Ghazali rh. Lailatul-Qadr dapat diperolehi sebagai berikut: Kalau puasa dimulai pada hari Ahad atau Rabu. Maka lailatul-Qadr...

Ahlan Wa Sahlan Ya! Ramadhan

Ahlan wa sahlan, marhaban Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan Ahlan wa sahlan, marhaban Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan Ramadhan menjelma lagi Menghimpun Rahmat dan Maghfirah Bertambah keberkatannya Dengan amal ibadah Diri tunduk keinsafan Dan rasa berdosa Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini Usah biarkan berkatnya Berlalu sia - sia saja Ia hadir bagai air bah Membasuhi daki dunia Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka Seperti ketibaan orang...

Rabu, 18 Julai 2012

Cat tembok pagar surau dan Rahsia No 21

Selepas 5 tahun. Tembok pagar Surau Ad Diniyyah mula berlumut, cat pun dah mula pudar. Kali terakhir tembok ini dicat ialah pada tarikh 7 Julai 2007 (atau cantik ditulis begini 07.07.07). Tarikh 777 ini adalah tarikh di mana tembok pagar ini siap dibina dan siap dicat. Cat terkopek dimamah mentari selepas 5 tahun. SK ingat benar tarikh 777 tu kerana pada keesokannya iaitu pada 08.07.07 pihak surau telah mengadakan ceramah perdana...

Terima kasih kepada semua penaja kerja - kerja mengecat Surau dan Tahfiz Ad Diniyyah

Kerja mengecat dijalankan! SK bagi pihak Ad Diniyyah merakamkan jutaan terimakasih kepada penyumbang cat. Sebanyak 75 liter cat telah disumbangkan oleh individu yang enggan dikenali. Mudah - mudahan amal jariah akan diterima Allah dan dibalas dengan kebaikan dariNya. SK sertakan gambar - gambar kerja - kerja mengecat. Blok asrama Tempat wuduk   &nbs...

Isnin, 16 Julai 2012

Pengarah Filem Pontianak Harum Sundal Malam berhijrah

Adam Hamid Pengarah Filem Pontianak Hantu Sundal Malam Bukan setakat artis yang dah mula berhijrah sekarang. Pengarah filem pun dah berani berubah dan membuat perubahan. Insyallah senang lepas ni nak buat filem berunsur islam. Semoga bertambah rezeki. Rezeki itu milik Allah. Tahniah kerana berani! ...

Misteri! Cat jatuh dari langit

Rezeki Ramadhan. Cat jatuh dari langit! Alhamdulillah ada beberapa penyumbang misteri tampil untuk menyumbang pembelian cat untuk "make up" surau sempena Ramadhan tahun ini. Setakat ini 25 liter cat telah disumbangkan. Insyallah cat ini akan digunakan untuk mengecat bahagian dinding yang sudah pudar dan berlumut. Cat di bahagian luar surau dan Pusat Tahfiz akan diberi keutamaan . Kalau ada lagi cat misteri yang jatuh dari langit Insyallah,...