Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Jumaat, 16 Julai 2010

Khemah Moreh Sepanjang Ramadhan di Surau

Kebiasaannya pada setiap tahun, Jawatankuasa Surau atau Masjid akan memasang khemah tambahan di perkarangan masjid atau surau ketika kedatangan Ramadhan. Ada masjid dan surau yang memasang khemah ini untuk tujuan menambah ruang tempat solat. Ada juga yang memasang khemah untuk ruangan jamuan Moreh. Maklumlah Ramadhan memang begitu. Jemaah akan datang dari setiap pelusuk arah. Ramai dan padat. Alhamdulillah surau kita padat hingga...

Syaaban masa perbaiki diri bagi menghadapi Ramadhan

DARIPADA Aisyah, katanya: Rasulullah S.A.W sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa Baginda akan berpuasa seterusnya. Dan Baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya pada Syaaban. (Hadis riwayat al-Bukhari) Syaaban...

Khamis, 15 Julai 2010

500 Muslim Berpengaruh Di Dunia 2009

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi kondisi kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan banyak orang. “500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibagi dalam...

Rabu, 14 Julai 2010

Menaja Majlis berbuka puasa Ramadhan 2010 / 1431

Rasulullah bersabda:"Orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa akan mendapat ganjaran sebanyak mana orang yang diberi makan itu berpuasa" (Maksud hadis )   Mesyuarat Jawatankuasa surau yang diadakan beberapa minggu lepas telah memutuskan untuk menganjurkan Majlis berbuka Puasa pada tarikh dan hari berikut  14 Ogos 2010 Sabtu 21 Ogos 2010 Sabtu 28 Ogos 2010 Sabtu  Anggaran kehadiran jamaah pada tarikh...

Imam Hafiz Jemputan Sepanjang Ramadhan 1431

Alhamdulillah, Sepanjang bulan Ramadhan 1431 yang bakal menjelang tidak lama lagi para jemaah akan menunaikan solat sunat Tarawikh dengan berimamkan seorang imam Hafiz jemputan dari Kemboja. Maklumat terperinci tentang imam ini akan dimaklumkan kemudian. Para jemaah yang berhajat untuk menaja imam berkenaan boleh maklumkan kepada SK. Mudah - mudahan rezeki tuan puan diberkati Allah Anda boleh memberi sumbangan sekadar termampu Hubungi...

Ziarah Kubur Nabi adalah salah satu ibadat yg sangat besar

Ziarah Kubur Nabi adalah salah satu ibadat yg sangat besar Dalil - dalil  disunatkan menziarahi kubur Nabi SAW. 1. Firman Allah:   ((ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاؤك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدو الله توابا رحيما)) Maksudnya: Dan kalaulah mereka melakukan kezaliman terhadap diri mereka dengan membuat dosa; mereka datang berjumpa denganmu(Muhammad) lalu mereka meminta ampun kepada Allah; serta Rasul meminta ampun untuk...

Selasa, 13 Julai 2010

Hukum membaca Al Quran Untuk Minta Sedekah

Membaca quran dengan tujuan untuk meminta sedekah adalah diharamkan dan juga haram memberi wang kepadanya. Ini berdasarkan dua hadis berikut: 1. Imran bin Husain r.a lalu pada orang yang sedang membaca al-quran dan meminta wang daripada orang ramai; lalu beliau mengucapkan Istirja' (إنا لله وإنا إنا إليه راجعون)dan berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: من قرأ القرآن فليسأل الله به فإنه سيجيء أقوام يقرأون القرآن يسألون به...

Khasiat Dari Al Quran yang perlu anda tahu

1. Khasiat Al-Quran:   عليكم بشفاءين: العسل والقرآن Maksudnya: Hendaklah kamu menggunakan dua penyembuh dr penyakit iaitu Madu dan Al-Quran.(HR Ibnu Majah) 2. Khasiat Fatihah: في فا تحة الكتاب شفاء من كل داء Maksudnya: Pada surah Al-Fatihah terdapat penyembuh dr semua penyakit.(HR Baihaqi). Di dalam hadis sahih seorang sahabat membaca tujuh kali Surah Fatihah kepada seorang yang dipatuk ular, lalu sembuh penyakitnya. 3. Khasiat...

Isnin, 12 Julai 2010

Fadhilat Amalan wiris selepas solat

Daripada Abdurrahman bin Ghonm r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: من قال قبل أن ينصرف وثني رجله من صلاة المغرب والصبح: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، ل الملكوله الحمد بيده الخير، يحيىويميت، وهو على كل شيء قدير، عشر مرات، كتب له بكل واحدة عشر حسنات، ومحيت عنه عشر سيئآت، ورفع له عشر درجات، وكانت حرزا من كل مكروه، وحرزا من الشيطان الرجيم، ولم يحل لذنب يدركه إلا الشرك، فكان أفضل الناس عملا إلا رجلا يفضله، يقول أفضل مما قال Maksudnya: Sesiapa...

Kenali 9 Syuhada Mavi Marmara

Allah SWT berfirman : "Dan jangan sekali - kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka bahwa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat...

Ahad, 11 Julai 2010

Kalendar di blog

Ada pembaca blog yang memberi cadangan supaya SK meletakkan kalendar dalam blog? SK memang agak kurang berminat untuk meletak banyak sangat widget dalam ruangan sidebar. Sebab widget widget percuma ini kadang - kadang mengganggu kelajuan internet. Yang keduanya widget ini juga kadang - kadang mengeluarkan pop up iklan. Dan kadang - kadang iklan - iklan yang keluar melalui pop up ini, iklan yang tak sesuai untuk...

Pemasangan pendingin hawa di Surau Ad Diniyyah sebelum Ramadhan 1430

Aircond boleh menjadi sebahagian amal jariah  Salam Ukhuwwah! Pejam celik , pejam celik . Hari ini dah pun masuk 29 Rejab.  Rejab sudah sampai ke penghujungnya, Sya'ban pun dah nak kunjung tiba. Memang pantas masa berlalu. Ramadhan yang ditunggu- tunggu, mudah - mudahan sempat kita bertemunya. Sejak beberapa bulan yang lalu, (kalau perasan) SK ada mengiklankan di sidebar blog ini, hasrat jawatankuasa surau untuk memasang...

Test Mata Anda - 20 saat je

Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda. Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sgt kagum dgn ilusi mata kurniaanNya ini K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E(No...

Melahirkan rasa kesyukuran melalui Majlis Aqiqah

Malam tadi Abe Zul mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan Aqiqah dirumahnya. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun hujan sepanjang petang. Makanan pun sedap - sedap. Tahniah Abe Zul, bertambah ahli keluarga.   Tahniah juga pada Abe Zul kerana berjaya melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W. Di bawah ini adalah sedikit catatan berkaitan hukum hakam berkaitan Aqiqah. Mudah - mudahan bermanfaat kepada kepada mereka yang bakal menyambut...