Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Jumaat, 18 November 2011

Travelog Haj 1432 - Sheikh Solah Al Bidr - Imam Subuh Masjid Nabawi

Imam Solat Subuh dan Maghrib Masjid Nabawi Mendengar suara Syeikh Bidr ketika solat subuh pertama setiba SK di bumi Madinah pada pagi 30 September 2011, memang meremang kan bulu roma. Suaranya seakan - akan lentok suara Syeikh Abdul Rahman Sudais. Ditambah dengan kecanggihan sistem pembesar suara di dalam masjid ini, suara Syeikh Bidr benar - benar boleh mendirikan bulu roma. Satu ketika SK pernah cuba merakam bacaannya ketika solat....

Aqil Hayy di ambang Tahun Baru Hijrah

SK tidak berkesempatan menghadiri program santai bersama Aqil Hayy di Masjid Kg. Nakhoda malam tadi. Terima kasih kepada Arrawa kerana berkongsi rakaman ini. SK muatnaik rakaman tersebut di sini untuk dikongsi bersama. anda juga boleh download celoteh Ust. Aqil Hayy di sini http://www.mediafire.com/?gjv2xaxt006ha5f ...

Rabu, 16 November 2011

Travelog Haji 1432 - Bumi Arafah kian menghijau

Bumi Arafah yang kian hijau  Ketika SK menjejakkan kaki kali pertama di bumi Arafah pada tahun 1993, Arafah ketika itu sangat panas. Kering kontang dengan batu dan pasir yang amat panas. Cabaran berwukuf ketika itu sangat terasa. Panasnya membakar kulit kepala. SK masih ingat bagaimana panasnya berwukuf tanpa khemah dan pokok. Allah saja yang maha mengetahui. Ujian di Arafah sangat terasa ketika itu. Lautan manusia. Sesak...

Isnin, 14 November 2011

Travelog Haj 1432 - Allah merahmati orang yang bercukur!!

Selesai bertahallul Alhamdulillah SK telah selamat tiba ke tanah air pada jam 9.00 Pagi Ahad. Penerbangan dari Jeddah ke KLIA tertunda selama 2 jam kerana kesesakan teruk di imigresen Lapangan Terbang Jeddah. SK terlena panjang di sepanjang penerbangan pulang. Keletihan. Sesekali terjaga kerana tekak rasa gatal lalu terbatuk. Ramai yang begitu. Batuk Setiba di KLIA, SK disambut oleh sahabat Ad Diniyyah. Terima kasih kepada semua sahabat...