Ahad, 1 April 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Gambar sekitar masjidil Haram


SK sempat merakam beberapa keping gambar sekitar Masjidil Haram untuk diabadikan dalam blog ini. Di atas adalah gambar Hotel Hilton. Satu ketika dulu hotel ini begitu gah kerana ia adalah antara hotel yang tinggi yang terletak bersebelahan dengan masjid.

Hari ini hotel ini sudah nampak kerdil apabila menara jam Abraj Ahlil Bait tertegak bersebelahannya. Gambar di atas bertarikh 29 Oktober 2011. Beberapa hari sebelum hari wukuf.


Lihat betapa tingginya Abraj Al Bait. Mendongak. Silau. Kebetulan matahari betul - betul tegak di atas kepala.  Tak boleh bukak mata. Snap je! hasilnya seperti gambar di atas. Nampak matahari memancarkan cahaya di belakang Abraj selepas solat zohor.

Ketahui lebih lanjut tentang Abraj Al bait di sini. (KLIK) 


Hotel Al Sofaa Towers terletak bersebelahan Abraj. Sini lah port kalau nak pekena roti canai di Restoran Malaysia.
 
Pak arab bersantai di Sofaa Towers selepas solat zohor, menanti waktu asar. Ruang makan yang luas di sini. Banyak kedai makan pelbagai citarasa.

Kren pembinaan berceracak di sebelah Babul Fatah. Pembangunan rancak di bahagian ini. Bekerja 24 jam sehari untuk menyiapkan pelebaran Masjid. Siang malam tanpa henti. Makkah memang pasti akan lebih hebat beberapa tahun akan datang.


Suasana waktu malam. Pembangunan yang rancak di sebelah Babul Fatah !

Projek pembangunan ini akan mengambil masa yang panjang. Lihat video 3D perancangan pembinaan

 Link Berkaitan Travelog Haji suraukini.com 2011 / 1432














0 ulasan: