Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Jumaat, 1 November 2013

Biodata Sultan Mehmet Al Fateh - Pembuka Kota Istanbul (Constantinople)


Sultan Mehmet Al Fateh

Sultan Mehmet Al Fateh sebaik - baik raja yang yang disebut oleh Rasullah S.A.W

 " لتفتحن القسطنطينية، فلنعم الأمير أميرها، ولنعم الجيش ذلك الجيش "

Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik  -baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik - baik tentera.- Al Hadith

Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad Al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah bererti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze.


Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.


Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun.


Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat - sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W


Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.


Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.


Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

 
















Rabu, 30 Oktober 2013

Struktur binaan di bawah Kota Istanbul Turki - Peninggalan Kerajaan Rom . Jom Saksikan video ini


Hippodrome

Kota Istanbul Turki, bandar penuh sejarah. Satu ketika dulu menjadi pusat pemerintahan kerajaan Rome. Kota ini jatuh ke tangan Muhammad Al Fatih pada tahun 1453 Masihi.   Di sebalik kesibukan bandaraya Istanbul terdapat kota tersembunyi peninggalan kerajaan Rome. Saksikan video ini. Istanbul cities of The Underworld




Menyokong penuh usaha


Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja











Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


Video Menarik! Teknologi terbaru dari Fujitsu


"Kertas kini boleh juga menjadi media layar sentuh seperti smartphone dan tablet. Teknologi ini telah dicipta oleh Fujitsu, yang membolehkan jari pengguna berlegar di atas kertas seperti yang dilakukan pada skrin smartphone

Dipetik dari Mashable, teknologi oleh Fujitsu ini boleh mengesan objek yang disentuh jari, kemudiannya mengubah permukaan apa pun, termasuk kertas, meja atau dinding menjadi media layar sentuh.

"Sistem ini tidak menggunakan hardware yang khusus. Hanya menggunakan webcam dan projektor biasa. keupayaan" ini diperolehi dengan teknologi pemprosesan imej" jelas Taichi Murase, penyelidik di Media Service System Lab Fujitsu.
Seperti yang boleh dilihat dalam video dibawah, ditunjukan bagaimana kita boleh memanipulasi data pada sehelai kertas dengan menggunakan gerakan jari,seperti di smartphone atau tablet, pengguna boleh menyalin gambar atau teks serta menyimpannya ke memori.

Selain dari permukaan yang mendatar, teknologi ini juga boleh di aplikasikan di permukaan yang melengkung atau tidak rata. Ini memberikan kelebihan supaya memanipulasi data dari media seperti buku.

Teknologi ini masih dalam tahap demontrasi, para penyelidik di Fujitsu merancang mengembangkannya bagi kepentingan komersial. Diharapkan pada tahun 2014, produk ini sudah boleh dikeluarkan dipasaran.
Sibersensasi


Selasa, 29 Oktober 2013

Alhamdulillah - Kini 2 juta umat Islam di Bandaraya Moscow Russia

Umat Islam mendirikan solat di tengah bandaraya Moscow Russia
 
 
Islam tetap berkembang subur meskipun dihina di mata dunia. Lihatlah video ini. Suasana umat Islam di bandaraya Moscow hari ini. Kini terdapat 2 juta umat Islam menetap di bandaraya Moscow.
 
Islam untuk semua!
 

 
 


 

Isnin, 28 Oktober 2013

Kitab Syarah Al Hikam - Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - Redha pada ketentuan Allah

Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri
 
Hikmah yang ke empat dari Kitab Syarah Al Hikam. Redha pada ketentuan Allah? Ikuti pencerahan dari Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri.
 
 
 

 





Gambar sekitar pertandingan Bowling Mahabbah 2013



Penganjur Bowling Mahabbah

Alhamdulillah semalam berlangsung acara Pertandingan Bowling Mahabbah di Brem Mall Kepong. Acara berjalan lancar seperti yang dirancang. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwwah sekeluarga dan jiran setaman.
 
Meriah dan ceria! :)
 
Terima kasih kepada urusetia yang mantap. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Tahniah kepada pemenang.
 
Gambar yang SK sempat rakam untuk dikongsi bersama. :)


Brem Mall Kepong
 
Sebahagian urusetia Pertandingan
 
Antara famili BBS2A yang hadir

Pemain terbaik lelaki
 
Kumpulan terbaik
 
Pemain terbaik wanita.
 
 







 


Ahad, 27 Oktober 2013

Kisah burung dan Kijang yang berjanji dengan Rasulullah SAW - Dr. Haron Din

 
Hadith yang menceritakan tentang kelebihan dan khususiah Nabi Muhammad S.A.W. Dengarkan kisah seekor kijang yang berjanji dengan Rasulullah S.A.W yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.