Khamis, 7 November 2013

Abu Ayub Al Ansari R.A.- Sahabat Rasulullah S.A.W yang disemadikan di Istanbul Turki (Video)


Masjid Abu Ayub Al Ansari Istanbul - di sini beliau disemadikan

Abu Ayyub al-Ansari R.A (587 - 668) atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Bani An-Najjar. Beliau mendapat penghormatan kerana Rasulullah S.A.W turun dari unta baginda di rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah semasa baginda berhijrah ke sana dari Mekah.

Semasa Rasulullah S.A.W memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang - orang Ansar berharap supaya Rasulullah S.A.W turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi S.A.W secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka. Kemudian Nabi bersabda kepada mereka: (Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan). Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansari R.A


Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah S.A.W menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang - barang yang dibawa oleh Nabi S.A.W kemudian terus masuk ke rumahnya.

Beliau terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Dalam ekspedisi Khalifah Muawiyah untuk menakluk kota Constantinople, beliau yang sudah tua meninggal dunia akibat jatuh sakit. Beliaulah yang diisyaratkan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud:


"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Constantinople" Al Hadith


Ketika hayat baginda, Nabi Muhammad S.A.W telah meriwayatkan bahawa Constantinople bakal jatuh ke tangan orang Islam. "Rajanya adalah sebaik - baik raja, tenteranya adalah sebaik - baik tentera.

Setelah ditanya mengenai wasiat beliau mahu dikebumikan di bawah kubu kota Constantinople, Abu Ayyub menjelaskan bahawa beliau mahu mendengar derapan kuda sebaik - baik raja yang memimpin sebaik - baik tentera ketika mereka bergerak masuk ke dalam Constantinople. Turki Uthmaniyyah mengangkat beliau sebagai idola dalam usaha pembebasan kota Constantinople ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.


K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja





0 ulasan: