Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Sabtu, 23 April 2011

Jom tengok bagaimana cara buat telur palsu

Cara mengenal telur ayam palsu Video cara nak buat telur "Mamak Teh tarik Satu!! Roti canai  satu, Telur separuh masak 2!!!!" ...

Seharian menyiapkan laporan Mesyuarat Agung ke 9.

Penat mata mengadap PC seharian. Menyiapkan laporan tahunan yang nak dibentangkan malam Ahad ini. Menyelongkar dokumen setahun dalam hard disk. Hampir 80% laporan siap. Berhenti rehat kejap, hilangkan penat   Seharian tak menjengah suraukini. Baru nak log in blog, SK dapat satu panggilan dari penghuni Flat SB. Emergency katanya. Histeria. Mmmmm.... malas betul nak keluar. dah 12.30 tengah malam ni. Jin buat hal la tu....

Khamis, 21 April 2011

23 - 27 May 2011 - Peperiksaan Penggal Pertama 2011 Anak anak Tahfiz

Berasap la kepala korang!!! Prestasi menghafaz anak - anak tahfiz akan diuji pada tarikh tersebut. Semua anak - anak akan diuji hafazan keseluruhan Surah Al Sajadah Surah Al Mulk Surah Al Waqiah Surah Al Insan Surau Yassin, Surah An Naba' Surah An Nazi'at Surah Abasa Semua surah Juzuk 30 Juzuk Pertama Surah Al Baqarah juzuk kedua Surah Al Baqarah  Jumlah keseluruhan ialah 4 juzuk.Bersedia dari sekarang! SK - Pelajar yang berjaya...

Selasa, 19 April 2011

Selamat menjalani pembedahan jari Peetupeetu

Amacam peetupeetu??? sama tak jari ni??? hihihih Peetupeetu ialah pembaca setia blog suraukini. Difahamkan beliau akan menjalani pembedahan kecil jari kakinya. Semoga selamat menjalani pembedahan tersebut. Peetupeetu bertanya tentang cara berwuduk ketika kaki berbalut. SK linkkan jawapan tu kat sini SK: Ater cer citerrrr, apa ke bendanya peetupeetu tu??...

Mesyuarat AJK Surau - Persiapan Mesyuarat Agung ke - 9

 Makluman setempat : Pemberitahuan Mesyuarat AJK Surau akan diadakan pada Tarikh : 24 April 2011 Hari : Ahad Masa : Selepas Solat Isyak Semua AJK diwajibkan hadir SMS akan menyusul....

Video Taufan terburuk di Carolina Utara

RALEIGH (Carolina Utara): Angin taufan terburuk dalam tempoh beberapa dekad melanda sebahagian Amerika Syarikat, semalam, menyebabkan 45 orang maut dan merosakkan bangunan serta harta benda lain. Bencana itu bermula pada petang Khamis (waktu tempatan) di Oklahoma apabila angin puting beliung raksasa hampir memusnahkan seluruh bandar Tushka yang dihuni 350 orang. Hampir semua kediaman dan kedai di bandar itu musnah, manakala dua penduduk warga emas...

Selamatkan generasi manusia!!

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak. Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan. Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan...

Isnin, 18 April 2011

Rakaman video - Temuduga kemasukan pelajar

Minggu lepas SK sempat temuduga seorang pelajar baru yang ingin belajar di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Kebetulan, ada satu katil kosong di asrama. Ada seorang pelajar yang mohon keluar dari asrama dan ingin berulang alik dari rumah ke pusat tahfiz kerana masalah kesihatan. Satu katil sudah kosong. Jadi Pusat Tahfiz membuka peluang untuk menerima seorang lagi pelajar baru. Pelajar yang SK temuduga ini berpindah dari sebuah Pusat Tahfiz di Hulu Selangor. Namanya Izzat. Bacaannya bagus. Katanya dia suda hafaz 2 juzuk Al Baqarah. Tapi bila diuji...

Al-Raheeq al-Makhtum (1)

PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM. Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasulullah dan penganalisaannya bukanlah semata - mata untuk melihat kejadian - kejadian dan episod - episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita - cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di...

Video - Suasana anak - anak memulakan pengajian kitab ala pondok

Rakaman petang semalam. Video ini bukanlah rakaman keseluruhan  kuliah. Sekadar untuk tontonan ibu bapa pelajar. Mood dan suasana pembelajaran ala pondok. Mudah - mudahan anak - anak ini menjadi ulama' hebat satu hari nanti....

Ahad, 17 April 2011

Gotong royong setaman pagi ni.

Lori MPS dan Bomba Selayang Pagi ini sempat SK menyertai gotong royong setaman. Membersihkan kawasan jalan 2A/7 dan perkarangan surau . Menyembur air ke dalam longkang dengan bantuan Bomba Selayang. Mencantas ranting - ranting pokok yang menganggu laluan bas sekolah. Ada lori tambahan untuk membuang sampah disediakan oleh MPS SK tidak sempat lama bergotong royong kerana terkejar kejar menguruskan anak - anak Tahfiz ke kelas akademik...

Respon segera pembaca blog Suraukini - Kitab Riyadus Solihin

Terimakasih kepada pembaca blog yang respon pada posting SK lewat malam tadi. Dalam posting tersebut SK ada menyebut tentang penggunaan Kitab Hadith Riyadus Solihin untuk kegunaan pelajar Tahfiz. Awal pagi ini ada pembaca yang respon melalui sms bertanyakan tentang kitab tersebut. SK tidak pasti sangat tentang harganya, cuma yang boleh disebut di sini ialah kitab tersebut bernama TERJEMAHAN RIADHUS SHALIHINJILID 1 & 2IMAM ABU ZAKARIA YAF ANNAWARAHYA...

Persiapan Mesyuarat Agung kali ke 9 Surau Ad Diniyyah

Gambar Kenangan - Barisan AJK Surau 2008 - Mesyuarat Agung kali ke 6   Insyallah sekitar bulan Mei 2011, Mesyuarat Agung Surau Ad Diniyyah kali ke 9 akan diadakan. Masa dan tarikh yang tepat masih belum diputuskan. Biasalah, waktu - waktu begini , setiausaha akan mula sibuk mengumpul semua maklumat sepanjang 2010 - 2011. Ketika SK menyelongkar External Hard disk simpanan data untuk mencari maklumat aktiviti tahunan,...