Ahad, 17 April 2011

Persiapan Mesyuarat Agung kali ke 9 Surau Ad Diniyyah

Gambar Kenangan - Barisan AJK Surau 2008 - Mesyuarat Agung kali ke 6
 
Insyallah sekitar bulan Mei 2011, Mesyuarat Agung Surau Ad Diniyyah kali ke 9 akan diadakan. Masa dan tarikh yang tepat masih belum diputuskan. Biasalah, waktu - waktu begini , setiausaha akan mula sibuk mengumpul semua maklumat sepanjang 2010 - 2011.

Ketika SK menyelongkar External Hard disk simpanan data untuk mencari maklumat aktiviti tahunan, SK terjumpa dengan gambar - gambar ni. Meh la kita kongsi sama gambar ni ye. Sekurang - kurangnya dapat mengimbau kenangan lama. Semua gambar ni ialah gambar ketika mesyuarat Agung pada tahun 2008

 
Allahyarham Hj. Mohd Tahir menyampai hadiah cabutan bertuah kepada Ustaz Mohd Zaki yang baru berpindah ke taman ini. Trademark Allahyarham - Cabutan bertuah
 
YB. Saari Sungib merasmikan Mesyuarat
 
Barisan AJK 2008 -Pengerusi Tetap - Ustaz Azhari

Sebelum jadi bendahari

0 ulasan: