Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Khamis, 27 Mei 2010

Makan Malam Bersama Dato Ismail Kamus

  Gambar jamuan di Majlis Doa Selamat Bersama Dato Ismail di rumah Kak Zah selepas kuliah malam semalam.     Macam biasa menu kambing   S U R A U K I N I Menyokong penuh usaha   Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja     Upah Haji RM1,500.00 Insyallah...

Adab Berdoa.

Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah S.A.W. pernah mendengar seorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji - pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai...

Hj. Zulkifli Muharram KSB uzur di Hospital

  1. Assalamualaikum ! Semalam, Haji Zulkifli Muharram (Agensi Umrah KSB ) 2A / 4 dimasukkan ke hospital kerana serangan angin ahmar, maklumat terakhir yang saya perolehi Zulkifli masih di Hospital Selayang. Jika ada perkembangan sila maklumkan pada saya. 2. Emak Rihanna (isteri Jaleel 2A/6) juga uzur masalah jantung. Insyaallah malam ni kita baca Yassin. Mudah - mudahan sembuh. Sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya...

Rabu, 26 Mei 2010

Kambing, pengurai kolestrol tepu??

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing. Pengurai Kolestrol Tepu Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepadapenyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut; Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti...

Selasa, 25 Mei 2010

Lima Maksiat Yang di Segerakan Balasannya

Sahabat yang dirahmati Allah, Terlalu banyak maksiat yang berlaku di dalam masyarakat kita. Apabila kita baca sahaja di dada akhbar arus perdana pasti kita akan bertemu dengan berbagai bentuk jenayah, maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh anggota masyarakat kita tanpa segan silu dan tidak takut di atas kemurkaan Allah s.w.t. Masyarakat kita sudah tidak sensitif lagi di atas maksiat dan kemungkaran yang dilakukan, suasana ini amat...

Isnin, 24 Mei 2010

Hujan di Makkah, air melimpahi kawasan tawaf

Mungkin anda telah beberapa kali ke Makkah, tapi mungkin belum berkesempatan melihat keadaan begini berlaku di depan Kaabah. Sekadar berkongsi maklumat. Lihatlah kemulian kaabah , manusia masih tetap bertawaf walaupun lantai digenangi air. Melihat kepada bangunan disekitar Masjid, gambar ini berkemungkinan baru diambil, tidak pasti siapa yang mengirimnya. Cuaca mendung sebelum hujan turun Tawaf diatas lantai yang digenangi air Anak...

Manfaatkan teknologi Maklumat dalam berdakwah

TERTARIK benar penulis dengan penjelasan seorang tok guru dalam tazkirah di sebuah masjid berhampiran rumah penulis baru - baru ini bahawa dalam perkembangan teknologi komunikasi sekarang ini lebih mudah untuk seseorang mendekatkan dirinya dengan Penciptanya, Allah SWT. Katanya, dalam telefon selular boleh dimasukkan cip bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk, jadi bolehlah seseorang itu menghayati bacaan al-Quran sepanjang masa dan di mana...