Jumaat, 23 Julai 2010

Golongan yang terlepas dari Azab Kubur


1. Bersuci daripada hadas (wuduk).



Nabi s.a.w bersabda:

Pada malam ini aku melihat satu keajaiban; aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yg diseksa di dalam kuburnya. Maka datang amalan wuduknya dan menyelamatkannya dari azab kubur.” (Hr Tobrani)

2. Syahid fi sabilillah.

Nabi s.a.w bersabda:

“Orang yg mati syahid di sisi Allah mendapat enam perkara

Diampunkan dosa - dosanya ketika mula - muka  terpancut darahnya. serta melihat kedudukannya di syurga, Selamat daripada azab kubur, Selamat dari huru hara hari kiamat. Dipakaikan di kepalanya dengan mahkota ketenangan. Batu yaqut yg ada padanya lebih baik daripada dunia dan seisinya, Dikahwinkan dgn 72 bidadari, Diizinkan utk mensyafaatkan 70 saudara maranya.”(Hr Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:

Sesiapa yg berjuang fi sabilillah dan sabar sehinggalah di bunuh atau menang maka dia tidak akan diazab dalam kuburnya selama - lamanya.”(Hr Hakim)
3. Ribat fi Sabilillah.

Ribat adalah menjaga tempat - tempat yg dilalui musuh untuk masuk ke Negara Islam.
Nabi s.a.w bersabda:

Ribat sehari semalam lebih baik daripada puasa dan qiamullail selama sebulan. Sekiranya seorang yang sedang ribat itu mati maka pahala amalannya akan berterusan, sentiasa diberi rezeki dikuburnya dan selamat dari azab kubur.”(Hr Muslim)

4. Membaca surah al-Mulk

Ibnu Abbas menceritakan:
Seorang Sahabat Nabi membina khemah di atas kubur tanpa dia menyedari ia adalah kubur. Tiba - tiba dia melihat seorang manusia di dalam kubur membaca surah al-Mulk sehingga habis. Maka sahabat tadi berjumpa Nabi s.a.w dan menceritakannya. Nabi s.a.w bersabda

Surah al-Mulk adalah penegah dan penyelamat yg menyelamatkan orang yang membaca serta menjaganya dari azab kubur.”(Hr Tirmizi)

5. Mati disebabkan sakit perut.

Nabi s.a.w bersabda:
"Siapa yg mati disebabkan penyakit dalam perutnya maka tidak diazab dalam kubur."(Hr Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad-sahih)

6. Mati malam jumaat.

Nabi s.a.w bersabda:
"Tidak ada org Islam yg mati malam jumaat atau hari jumaat melainkan Allah akan memeliharanya dari azab kubur."(Hr Tirmizi-Doif)"Ya Allah akhirilah kehidupan kami dengan husnul khotimah".


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

0 ulasan: