Rabu, 21 Julai 2010

Pernah Tengok Hujan Batu?

 
Langit mendung sebelum Hujan di Padang Pasir
 
Subhanallah! Maha Suci Allah yang menjadikan pelbagai fenomena Alam. Di Malaysia kita jarang mendengar tentang Hujan Batu. Kalau ada pun mungkin saiz batunya kecil. Mungkin sebesar manik tasbih atau lebih kecil dari itu. Itupun jarang sangat berlaku.

Dulu kat kampung masa kecil - kecil, kalau hujan batu turun, siap pergi tadah.Seronok bukan main.

Gambar ni ialah gambar hujan batu ni tengah - tengah padang pasir di Arab Saudi. Tengok saiznya tu. Kalau kena kepala....


Hujan tengah turun dengan lebat
Sebesar bola tenis tu. Tengok kat tanah tu!!
 


 
Habis pecah cermin kereta.. kalau kena kepala..
 
Air Batu atas kereta
Sejukk

p/s: Teringat satu ketika dulu, masa kecik - kecik, tengah duduk lepak dengan kawan - kawan di bawah pokok mempelam di tepi Sungai Pahang. Tetiba sebiji buah mempelam masak gugur atas bahu. Bedebuk!!! adusssss. Sakit tak yah cerita la. Buah pelam tu hampir sama besar ngan air batu tu la....












0 ulasan: