Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Fenomena Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fenomena Alam. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Disember 2016

Hebatnya Azan! Mampu hentikan amukan ribut yang mengila - Lihat Video ini



Saksikan bagaimana lantunan suara azan mampu menghentikan ribut yang sedang menggila di Madura. Video berdurasi 2minit ini merakamkan bagaimana ribut yang menggila tiba tiba berhenti sebelum azan dihabiskan.

Mahasuci Allah yang menguasai sekian alam.

Subhanallah




K R I S T A L  T A S N I M   E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013 - 755 7011
Klik Info sini

Sabtu, 22 November 2014

Jom! Saksikan fenomena kerang naik ke darat di Marang Trengganu petang semalam.



Jom! Saksikan fenomena kerang naik ke darat di Marang Trengganu petang semalam.


K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 21 Oktober 2014

Koleksi video - Ribut di Pandamaran. Peringatan dari langit !



PETALING JAYA: Empat rakaman video yang mendakwa berlakunya puting beliung di Pandamaran, Klang tersebar di media sosial termasuk aplikasi whatsapp pada petang Selasa.

Menerusi rakaman berdurasi 46 saat itu menunjukkan angin kuat yang kelihatan seperti pusaran angin kecil menerbangkan atap dan serpihan lain di kawasan berkenaan.

Sebuah lagi video dimuat naik di Internet dengan tajuk 'Ribut Di Pandamaran Klang' yang dipercayai dirakamkan dari sebuah sekolah menunjukkan angin kuat di kawasan perumahan.

Menerusi video berdurasi 14 saat itu, beberapa benda dipercayai atap rumah berterbangan dalam kawasan pusaran angin kecil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, satu kejadian ribut telah berlaku di kawasan Pandamaran, Klang pada kira-kira pukul 2 petang Selasa.

Kamarul Zaman bagaimanapun berkata, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu.


Rakaman video ribut di Pandamaran petang tadi











Amalan bersedekah dan mewakaf harta benda boleh menolak bala. Jom Wakaf Al Quran di Kemboja
Saksikan Video ini.


K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Isnin, 14 April 2014

Fenomena Bulan Berdarah 15 April 2014?

Blood Moon


Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar.

Menerusi laporan rasmi NASA, fenomena bulan berdarah yang akan berlaku pada 15 April 2014 dapat dilihat dengan jelas di negara Utara / Selatan Amerika dan Australia. Fenomena bulan berdarah ini juga dijangkakan berlaku sebanyak dua kali pada tahun 2014 iaitu pada 15 April dan 8 Oktober 2014. Manakala pada tahun 2015 jatuh pada 4 April 2015 dan 28 September 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai kejadian bulan berdarah, sila layari Laman Web Rasmi NASA.

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja








 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 14 Februari 2014

Video letusan gunung berapi Kelud yang dahsyat di Jawa Timur


 
JAKARTA: Selepas kejadian Gunung Sinabung meletus baru-baru ini, satu lagi gunung berapi di Indonesia meletus dan memuntahkan laharnya malam tadi. Sekurang - kurangnya dua disahkan terbunuh. Kejadian juga memaksa ribuan penduduk yang berada di sekitar gunung berapi terbabit dipindahkan ke tempat selamat.

Menurut jurucakap agensi kecemasan nasional republik itu, Sutopo Purwo Nugroho, sehingga malam tadi, dianggarkan lebih 200 ribu penduduk dari 36 perkampungan sekitarnya telah diarahkan berpindah.

Gunung Kelud yang terletak di wilayah Kediri di Jawa Timur mula meletus pada pukul 10.50 malam (waktu Indonesia Barat). Kejadian itu disahkan oleh Ketua Pelaksana Bidang Pengamanan dan Penyelidikan Gunung Api, Kediri, Indonesia, Gede Suartika.

“Bunyi letusan letupannya sangat dahsyat,” katanya seperti dipetik pihak media.

Ketua Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Dr. Sutopo Purwo Nugroho memberitahu hujan abu, pasir dan kerikil dijangka meliputi kawasan barat daya Gunung Kelud seluas 15 kilometer radius.

Menurut laporan Kompas.com, jarak pandang Gunung Kelud hanyalah 5km dari wilayah Wates, 40 kilometer dari kawah dan pada masa yang sama, Kota Kediri turut dilanda hujan lebat.

Beliau turut menasihatkan penduduk setempat agar berpindah keluar sejauh 10 kilometer radius dari kawasan tersebut dan tidak panik ketika berpindah ke penempatan sementara yang telah disediakan.

Gunung Kelud sebelum ini diletakkan sebagai gunung berapi aktif yang merbahaya dan amaran ia akan meletus telahpun dikeluarkan sejak Khamis lalu.

Gunung setinggi 1,731 meter itu telah meragut 15 ribu nyawa sejak 1500. Letusan pada tahun 1568 telah meragut 10 ribu nyawa.

Ia adalah satu daripada 130 gunung berapi yang masih aktif di Indonesia dimana ia terletak dalam lingkaran gunung berapi sekitar Lautan Pasifik.

Letusan Gunung Sinabung di Sumatera Barat awal bulan ini telah meragut 16 nyawa.
 
 
 
 



S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja



















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 13 Februari 2014

Fenomena air laut surut 1 kilometer di Karangantu Banten Indonesia (Video)

 
 
FENOMENA  air laut surut secara tiba-tiba di Pantai Karangantu, utara Banten yang terjadi selama 3 hari disebabkan daya tarikkan bulan dan matahari.
Berdasarkan maklumat yang dikumpul dari laman web Meteorologi (BMKG) di Jakarta pada Sabtu lalu, fenomena tersebut terjadi akibat kedudukan bulan dan matahari terhadap bumi.
Biasanya fenomena air laut surut boleh terjadi akibat beberapa kemungkinan seperti gempa bumi kuat yang mengakibatkan dasar laut bergerak naik di sebabkan lantai laut patah atau pecah. Fenomena air laut yang disebabkan patahan tersebut akan menimbulkan tsunami beberapa minit setelah gempa bumi berlaku.
Menurut sumber tiada sebarang pergerakan gempa bumi di rekodkan.
 

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja








 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
 
 

Rabu, 25 Disember 2013

Video ribuan ikan melompat ke pantai di Lahad Datu




Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut. -SH

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 6 November 2013

Saksikan video gerhana matahari 3 Nov 2013 di Florida


Video berdurasi 4.39 minit ini menunjukkan fenomena gerhana matahari ketika matahari terbit. Ianya dikenali sebagai gerhana matahari hibrid. Kejadian ini dapat dilihat di sekitar lautan Atlantik pada jam 6.35 pagi 3 November 2013 yang lalu.

Subhanallah. Hebatnya Allah
 

 
S U R A U K I N I
Menyokong Penuh Usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 


 

Isnin, 4 November 2013

Video Fenomena 3 Matahari muncul di China



Subhanallah!! Fenomena 3 matahari yang berlaku di Shanghai beberapa hari yang lalu sebenarnya sebuah fenomena yang dipanggil  SUN DOG. Ianya berlaku ketika musim sejuk dan matahari terletak rendah di atas horizon. Kristal ais yang terdapat pada atmosfera menghasilkan dua pantulan imej matahari di angkasa dan ini mewujudkan ilusi 3 matahari di langit.

Hebatnya Allah
 
 

 





Isnin, 12 Ogos 2013

Fenomena Alam ! Video metor Perseid melintasi ruang angkasa bumi


 
Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini mulai malam semalam 11 Ogos 2013 sehingga subuh hari Selasa 13 Ogos 2013. Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

 "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu - debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi."Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan.
 
Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. "Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

SIARAN LANGSUNG DI SINI


VIDEO RAKAMAN




KOLEKSI RAKAMAN HUJAN METEOR
 
 
 
 





Jumaat, 5 Julai 2013

Video - Alga hijau penuhi pantai di China

 
 ALGA berwarna hijau memenuhi pantai di Qingdao, wilayah Shandong, China semalam.
 
BEIJING - Laut di sekitar China dipenuhi alga apabila tumbuhan tersebut memenuhi pantai selepas ia dibawa oleh ombak di perairan Laut Kuning, kata beberapa pegawai laut. Beberapa gambar menunjukkan pengunjung pantai berenang dan bermain dalam arus berwarna hijau di timur Qingdao, wilayah Shandong.
 
Beberapa jentolak turut digunakan untuk memindahkan bertan-tan alga tersebut dari kawasan pantai.
Pentadbiran Lautan China di laman webnya menyatakan bahawa alga yang dikenali sebagai enteromorpha prolifera itu muncul pada minggu lalu.
 
Ia menular ke kawasan seluas 28,900 kilometer (km) persegi, sekali gus menjadi fenomena alga terbesar di negara itu setakat ini. Rekod tumbuhan alga terbesar sebelum ini dicatatkan pada tahun 2008 yang meliputi kawasan sekitar 13,000km persegi Agensi berita Xinhua melaporkan, sejumlah pegawai di Qingdao telah memindahkan sekitar 7,335 tan alga. - AFP
 

Ahad, 23 Jun 2013

Video lebih jelas. Fenomena api aneh muncul di Yaman.

Inikah tanda kiamat???
 
 
Heboh sejak sebulan lepas tentang kemunculan fenomena api aneh yang muncul di Negara Yaman. SK sertakan dibawah ini video yang lebih jelas untuk tatapan bersama.

Tanda - tanda kiamat besar yang disebut dalam hadith Sohih.

1. Keluarnya Dajjal.
2. Turun Nabi Isa
3. Naik Matahari dari sebelah Barat
4. Keluar binatang Dabbah
5. Keluar Asap Dukhan
6. Keluar ya'juj wa am'juj
7. Tiga Gempa Bumi
8. Api keluar dari Yaman
9. Keluar Imam Mahdi
 
Adakah ini api dari Yaman yang dimaksudkan?

 
 
 


Ikuti kuliah pengajian Ustaz Dr. Shamsuri Ahmad tentang tanda - tanda kiamat

 











Khamis, 30 Mei 2013

Saksikan dengan mata hati! Sungai ini membeku.- Video


Fenomena alam - sungai membeku
 
Saksikan keanehan fenomena alam yang berlaku di negara yang beriklim sejuk. Mungkin kita tidak berpeluang menyaksikan fenomena ini di negara kita. Subhanallah!! siapakah yang menggerakkan air sungai yang membeku ini??
 
 

 


Selasa, 28 Mei 2013

Kedudukan matahari tepat di atas kaabah hari ini

 
 
Semakan Arah Kiblat berdasarkan Fenomena Istiwa A'zom berlaku setiap dua kali setahun di mana ketika itu matahari berada di atas kaabah (waktu tengahari di Masjidl Haram). Oleh itu umat Islam khususnya di Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat pada 28 Mei 2013 tepat jam 5:16 petang.

Bagaimana caranya??:

1. Dirikan kayu secara menegak di tanah lapang (bagi rumah yang menghadap matahari terbenam boleh gunakan jenang pintu rumah / tingkap)

2. Tunggu waktu yang ditetapkan.

3. Bayang  - bayang yang terhasil daripada objek tersebut adalah menghadap kiblat.
 

















Rabu, 10 April 2013

Video Ekspedisi menyelam. Ada sungai dalam laut.


Di dasar laut ada sungai.


Firman Allah SWT
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar - segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur / tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah - olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah - tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan -j angan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20)
Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Ertinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Nabi Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
Jom saksikan Video ini. Perhatikan di minit 3.37

Selasa, 29 Januari 2013

Lagi Fenomena Alam - Banjir buih di Australia

 
 
Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh - tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.
 
Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk “bergabung” dan menyebabkan fenomena ini berlaku.
 
Saintis telah mengatakan bahawa jika kelajuan angin adalah lebih daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air secara berkadaran lebih tinggi, dan kuasa yang dikenali sebagai ketegangan yang air luar biasa tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama.
 
Justeru air terputus sehingga ke titisan kecil disebabkan oleh ketegangan permukaan yang menyebabkan mereka untuk muncul sebagai buih putih.
 
 

 





Ahad, 25 November 2012

Video - Kuasa angin membentuk landskap menarik. Hebatnya Allah!


Keanehan batu pasir - dikenali sebagai The Wave - di Utah, Amerika Syarikat

SEKALI pandang, ia kelihatan seperti paparan filem cereka sains terbaru memaparkan dunia makhluk asing angkasa lepas. Bagaimanapun, imej luar biasa itu sebenarnya dirakam di bumi yang terhasil akibat tindak balas semula jadi berterusan dan kekal menarik perhatian.

Ia terbentuk akibat hakisan angin dan hujan sejak 190 juta tahun lalu dan kini membentuk pemandangan yang menakjubkan.



 







Rabu, 31 Oktober 2012

Superstorm! Jom! saksikan lintas langsung Taufan Mega "Sandy" Di New York

 
 
NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan bencana besar di New York ekoran taufan Sandy yang menyebabkan banyak kemusnahan. Obama mengisytiharkan bencana besar itu di negeri New York dan New Jersey.
 
Taufan itu melanda kelmarin sebelum ia meninggalkan New York semalam. Pengisytiharan itu akan menyebabkan pinjaman dan geran akan dikeluarkan bagi membantu mangsa-mangsa untuk membaiki dan memperoleh rumah buat sementara.
 
Taufan itu membawa ombak gergasi yang melanda kawasan Pantai Timur AS. Bursa Saham New York dan Nasdaq turut ditutup semalam. Sementara itu, sebanyak 50 buah rumah terbakar di kawasan kediaman di bandar raya ini akibat taufan tersebut.
 
Hanya dua orang dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut. Menurut laporan media, seramai 25 orang dilaporkan terperangkap di tingkat atas sebuah apartmen dalam kejadian tersebut. Anggota-anggota bomba menggunakan bot untuk tiba di lokasi tersebut kerana jalan dipenuhi air.
 
Dua buah loji nuklear AS juga ditutup iaitu di New Jersey dan di tepi Sungai Delaware.Menurut firma Eqecat, kerugian akibat taufan itu dianggarkan AS$20 bilion (RM61.04 bilion). - Agensi


Video Rakaman Amatur ketika Sandy melanda NY

 
 


Selasa, 30 Oktober 2012

Taufan selebar 1,600 kilometer bakal melanda New York!!




Taufan Sandy - Taufan terbesar dijangkan melanda New York!!

NEW YORK: Ramai yang menyifatkan bandar raya ini tidak pernah tidur.  Tetapi, di seluruh Manhattan semalam, kebanyakan perniagaan kelihatan membuat persiapan untuk tutup, mungkin selama beberapa hari.

Taufan, mungkin yang terbesar pernah dicatatkan, sedang menghala ke bandar raya itu, mengancam peniaga dengan kemusnahan amat teruk, banjir dan keputusan bekalan elektrik yang mungkin berlarutan sehingga beberapa hari.


Di Times Square, restoran, kedai elektronik dan minyak wangi membenarkan kakitangan masing-masing pulang sebelum 7 malam, waktu perkhidmatan kereta api bawah tanah dihentikan.

Keadaan sama juga dilihat di seluruh Mildtown, sepanjang Madison Avenue dan di kawasan Bohemian di Greenwich Village dengan kebanyakan kedai ditutup awal.

Taufan Sandy itu dilapor semakin kuat dan bergerak dengan kelajuan 32 kilometer sejam, menghala ke pantai timur Amerika Syarikat. Kira-kira 50 juta orang, dari Atlantik Tengah hingga ke Kanada mendiami kawasan yang dijangka dilalui taufan selebar 1,600 kilometer itu.

 

Rabu, 3 Oktober 2012

Fenomena Matahari Halo berlaku semalam - Video


Semalam penduduk sekitar Lembah Kelang berpeluang menyaksikan satu lagi fenomena indah kejadian alam. Fenomena Halo Matahari. Anda boleh melihat lingkaran seperti pelangi mengelilingi matahari. :)

Dalam Fizik , istilah HALO digunakan untuk banyak hal. Cincin pada suatu planet kadang-kadang juga disebut HALO. Yang paling mudah kita amati adalah HALO yang terbentuk di sekeliling Matahari atau Bulan jika dilihat dari Bumi. Dengan adanya HALO, Matahari atau Bulan akan tampak memiliki cincin di sekelilingnya sehingga tampak unik dan indah.
 
Subhanallah Maha suci Allah! Hebatnya Allah Taala!
 
 


SHAH ALAM: Orang ramai di sekitar bandar raya ini dan Lembah Klang tidak perlu bimbang dengan satu fenomena dengan lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari, semalam kerana ia Fenomena Halo iaitu satu kejadian biasa yang secara saintifiknya digelar 22 Darjah Matahari Halo.
 
Pegawai Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd Zamri Shah Mastur berkata, Halo adalah fenomena semula jadi iaitu satu lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan, malah boleh berlaku dari sumber cahaya lain seperti lampu jalan.
 
“Terdapat pelbagai jenis Halo, secara umumnya ia muncul disebabkan kristal ais pada awan Cirrus yang sejuk dan berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera,” katanya.
Beliau berkata, fenomena itu berkemungkinan boleh dilihat 100 hari setiap tahun.

Fenomena Halo yang muncul selama dua jam bermula 1 tengah hari semalam menarik ramai penduduk keluar untuk melihatnya dan mengambil gambar.