Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misteri. Papar semua catatan

Ahad, 12 April 2015

Video kemunculan 'lubang neraka' di China


 
Beijing: Kemunculan sebuah lubang misteri yang mengeluarkan api dan haba di lereng bukit di pinggir bandar Urumqi menarik perhatian ahli geologi dan media sejak beberapa minggu lalu.

Menurut laman People’ Daily, suhu haba dari lingkaran api di gunung yang terpencil itu setinggi 792 darjah Celcius yang boleh dirasai dari jarak dua kilometer, malah pakar tidak dapat menganggarkan kedalamannya disebabkan suhu yang panas melampau.

Rakaman video menunjukkan penduduk tempatan menyalakan ranting pokok dan rumput dengan api daripada lubang selebar satu meter itu yang turut digelar ‘pintu masuk neraka’ oleh pengguna Internet tempatan.

Penduduk tempatan memberitahu media bahawa mereka mendapati tanah kawasan perumahan mereka panas sejak akhir-akhir ini.
 
 

 
K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja

<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 26 November 2014

Jom! Saksikan video wajah ikan laut dalam yang paling menakutkan pernah dirakam secara dekat



Institut penyelidikan The Monterey Bay Aquarium yang berpengkalan di California berkongsi satu penemuan yang menakjubkan dari laut dalam. 

Mereka berjaya merakamkan  imej dan video pertama ikan betina jenis ‘anglerfish’ atau dikenali dengan nama ‘black seadevil’.

Menggunakan mesin canggih yang dikendalikan di dalam air, Doc Ricketts, spesis yang dijumpai adalah 9 sentimeter panjang dan para saintis percaya ini adalah video penemuan pertama yang berjaya dirakamkan pada kedalaman 1900 kaki.

Ikan yang dipanggil ‘Melanocetus’ secara saintifiknya itu mendapat gelaran ‘seadevil’ berdasarkan rahangnya yang besar menonjolkan taring-taringnya yang menggerunkan selain ‘trademark’ mengumpan mangsa dengan cahaya seakan tanglung yang bersambung pada kepala.

‘Seadevil’ pernah digambarkan dalam filem animasi Disney ‘Finding Nemo’ pada 2003.

Menurut jurucakap Institut The Monterey Bay, Kim Fulton-Bennett, “Kami membawa robot (Doc Ricketts) ke dalam air pada beberapa siri kedalaman dan membiarkannya selama 10 minit pada setiap kedalaman. Di situ kami mengira pelbagai jenis hidupan laut yang kami temui.”

Selama 20 tahun penyelidikan, pelbagai jenis ikan dan haiwan laut yang jarang sekali dapat dijumpai berjaya dirakamkan namun spesis ikan ‘seadevil’ terutama betina adalah penemuan paling menakjubkan.- Astro



K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 13 Februari 2014

Fenomena air laut surut 1 kilometer di Karangantu Banten Indonesia (Video)

 
 
FENOMENA  air laut surut secara tiba-tiba di Pantai Karangantu, utara Banten yang terjadi selama 3 hari disebabkan daya tarikkan bulan dan matahari.
Berdasarkan maklumat yang dikumpul dari laman web Meteorologi (BMKG) di Jakarta pada Sabtu lalu, fenomena tersebut terjadi akibat kedudukan bulan dan matahari terhadap bumi.
Biasanya fenomena air laut surut boleh terjadi akibat beberapa kemungkinan seperti gempa bumi kuat yang mengakibatkan dasar laut bergerak naik di sebabkan lantai laut patah atau pecah. Fenomena air laut yang disebabkan patahan tersebut akan menimbulkan tsunami beberapa minit setelah gempa bumi berlaku.
Menurut sumber tiada sebarang pergerakan gempa bumi di rekodkan.
 

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja








 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
 
 

Rabu, 25 Disember 2013

Video ribuan ikan melompat ke pantai di Lahad Datu




Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut. -SH

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 19 November 2013

Jom saksikan video kawasan persekitaran Villa Nabila yang dikatakan misteri

Villa Nabila


Kecoh sejak beberapa hari lepas berita kehilangan misteri beberapa orang remaja di villa ini. Jom saksikan video berdurasi 10 minit. Suasana suram dan seram.

 

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja






 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
 
 

Isnin, 18 November 2013

Seram dan Misteri - 23 Remaja Hilang di Villa Nabila, Johor Bahru JB. Berita ni benar atau palsu? Ikuti video kenyataan polis


Villa Nabila yang seram .

Mangsa yang hilang sehingga hari ini ialah Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun.

Didakwa kali terakhir ibunya melihat remaja itu masuk ke perkarangan Villa Nabila namun tidak diketahui ibunya dengan siapa. Menurut wartawan itu, rakan Mohd Izzat turut melihat dia masuk ke kawasan rumah kosong itu bersama rakan tetapi tidak dapat dipastikan berapa ramai jumlah sebenar.

Kawasan Villa Nabila kini ditutup pihak polis.


Saksikan suasana persekitaran villa Nabila yang menyeramkan dalam video ini
------------------------------------------------------------------------------
Berita hangat yang tersebar di blog dan fb.

Pada Sabtu lalu, iaitu 16 November dikatakan 30 orang berumur dalam lingkungan 20 tahun telah masuk ke kawasan Villa Nabila di Johor Baru, sengaja merayau - rayau kononnya untuk menjejaki makhluk ghaib dan mistik termasuk hantu. Namun yang berjaya keluar hanya tujuh orang, 23 yang lain dilapor hilang.

Villa Nabila adalah banglo tinggal usang terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor dan berada di dalam kawasan pembangunan Danga Bay. 

Kisah ini menjadi kecoh di laman Twitter dan blog menyebabkan kesesakan berlaku di depan Pantai Lido seawal pagi tadi. Kesesakan juga telah berlaku dari Jalan Skudai ke Danga Bay  untuk orang ramai mengetahui lebih dekat.

Polis Johor sahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang hilang. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.
 
KENYATAAN PIHAK POLIS BERHUBUNG KEJADIAN
 

S U R A U K I N I


Menyokong penuh usaha


Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak

Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


 
















 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


Jumaat, 15 November 2013

Raksasa aneh muncul di vietnam selepas Taufan Haiyan



Subhanallah! Ada lagi jenis binatang yang kita belum pernah tengok di dunia.

 

 


S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja









 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Ahad, 7 April 2013

Fangtooth ikan berwajah menakutkan - Video




Tahukah anda ?

Banyak misteri dalam dunia lautan yang masih belum dibongkar. Masih banyak lagi ilmu dan khazanah di dasar laut yang masih kita tiada pengetahuan mengenainya.
Benarlah, bahawa manusia ini hanya memiliki setitis dari lautan ilmu yang diberikan oleh Tuhan. Terima kasih kepada mereka yang bersedia untuk menongkah segala risiko, segala cabaran untuk memberikan pengetahuan kepada orang lain.
Jika tidak kerana mereka, kita pasti tidak tahu apa lagi yang ada dalam dunia ini. Jom saksikan ikan Fangtooth dan beberapa jenik ikan lain yang pelik dan mungkin menakutkan.
Hebatnya Allah

Selasa, 15 Januari 2013

Misteri lubang besar di sawah padi



BEIJING - Pihak berkuasa China menyiasat kejadian 20 lubang besar yang terbentuk di sebuah kawasan sawah padi di negara berkenaan.

Setakat ini lebih 20 lubang misteri itu terbentuk di daerah Fukou, dalam wilayah Hunan sejak empat bulan lalu. Menurut media tempatan, siasatan awal mendapati fenomena itu berpunca daripada industri perlombongan setempat yang menyebabkan sistem saliran bawah tanah di kawasan berkenaan musnah.

Keadaan itu membawa kepada tanah jerlus yang membentuk lubang - lubang besar tersebut. REUTERS


 

Ahad, 18 November 2012

Apo ko bondo ni jang??


Hanya beberapa minit air yang dijirus Abdul Rahman sudah mula beransur kering.


SEREMBAN - “Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan air satu jag di atas lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering dalam masa beberapa minit sahaja," kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang dibelenggu misteri apabila lantai garaj rumahnya secara tiba-tiba menjadi panas.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin ketika dia dan isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid.

“Ketika memijak kaki di lantai garaj, saya menyedari ia panas luar biasa. Jadi, saya memanggil isteri untuk memberitahu kejadian itu dan dia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.

“Tapi yang menghairankan kesan panas hanya dirasai di satu tempat berhampiran pintu masuk rumah sahaja dan bukannya di keseluruhan kawasan garaj,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.Menurut Abdul Rahman, dia kemudian meminta rakannya untuk mengenal pasti punca kejadian itu kerana berkemungkinan membabitkan kabel di dalam tanah.

Bagaimanapun rakannya mencadangkan agar dia menghubungi pihak bomba sahaja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya menghubungi Balai Bomba Senawang dan pegawainya datang membuat pemeriksaan. Tapi mereka sendiri berasa pelik dengan kejadian itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Mineral dan Geosains negeri untuk siasatan lanjut.

“Kejadian ini memang menakutkan saya dan isteri kerana hampir 30 tahun mendiami rumah ini, inilah pertama kali berlaku,” katanya.

Abdul Rahman yang merupakan pesara tentera berkata, apa yang membimbangkannya ialah kesan panas terbabit mula merebak ke tempat lain.

Katanya, dia dan isteri bimbang untuk memijak lantai itu kerana takut ia meletup disebabkan tekanan dalam tanah.“Malam semalam (kelmarin) hanya di kawasan garaj rasa panasnya, tapi sekarang sudah merebak ke bahagian pintu.

“Ada rakan saya cakap mungkin buatan sihir, tapi saya tidak fikir macam itu kerana saya tidak mempunyai musuh,” katanya.Menurutnya, kejadian pelik seumpama itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini air dalam lubang tandas rumahnya secara tiba-tiba ‘menggelegak’ sehingga mengeluarkan bunyi.

Abdul Rahman berkata, kejadian itu berlaku seolah-olah ada tekanan di bawah tanah rumahnya, namun ia kembali normal selepas beberapa jam.

“Saya ada membuat bacaan Yasin dan menyiram air ke atas jubin berkenaan namun tetap tidak berkesan.

“Jadi sekarang saya dan isteri hanya menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri datang untuk membuat pemeriksaan. Saya cuma berharap kejadian misteri ini berakhir segera,” katanya.
SH








Jumaat, 21 September 2012

Gangguan api misteri

 
 
KOTA BHARU - Meskipun sudah menggunakan khidmat 70 orang bomoh dan ribuan ringgit dihabiskan untuk membayar upah mereka, api misteri tetap mengganggu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas di sini.
Lebih mengejutkan, tidak sampai seminggu api misteri itu mengganggu keluarga itu baru-baru ini, semalam gangguan itu datang lagi ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunjungi rumah berkenaan bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Menteri Besar Kelantan itu mengunjungi rumah tersebut dengan tujuan untuk mengadakan solat hajat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi memohon Allah supaya menjauhkan keluarga itu daripada api misteri itu. Malangnya kata Zainab, 75, api berkenaan muncul di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah ketika Nik Abdul Aziz sedang mengadakan solat hajat di ruang tamu rumah mereka.
 
Tuan guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat hajat dirumah mangsa gangguan api misteri
Bagaimanapun dalam kejadian kali ini, api tersebut tidak membakar sebarang benda atau peralatan di rumah itu sebaliknya hilang begitu sahaja. Zainab tetap gembira menerima kunjungan Menteri Besar yang sudi membantu menyelesaikan masalahnya sekeluarga.
"Sudah 70 orang bomoh saya guna untuk hapuskan gangguan ini, duit pula sudah habis ribuan ringgit kami sudah hilang punca untuk menyelesaikannya," ceritanya ketika dihubungi di sini semalam. Episod serangan api misteri membabitkan sebuah keluarga tersebut bagaikan tiada penghujungnya selepas kali pertama berlaku tiga tahun lalu.
 
Sepanjang tempoh tersebut, Zainab yang tinggal bersama menantunya, Rafeah Zakaria, 40, dan tiga cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 15, Wan Norfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, terus dihantui keresahan kerana serangan tersebut tidak pernah berhenti.
Sepanjang Aidilfitri lalu, keluarga tersebut terpaksa bersengkang mata apabila api misteri berkenaan kembali mengganas dengan serangan antara empat hingga enam kali sehari membakar pelbagai peralatan rumah termasuk pakaian.
 
SK : Jin la tu!

 

Selasa, 11 September 2012

Hari ini Ulang tahun penipuan Peristiwa 11 September



Hari ini 11 september 2012 . Tarikh runtuhnya menara WTC.

Islam dicemuh ketika berlakunya peristiwa 11 September 2012. Umat Islam dituduh pengganas. Hakikat sebenarnya Amerika merekacipta peristiwa ini dengan tujuan untuk menghalalkan serangan ke atas Iraq dan Negara umat Islm yang lain.

Ikuti analisis yang dibuat dalam video ini. Selamat menyambut ulangtahun Penipuan Amerika 
 


 


 

Rabu, 16 Mei 2012

Siapa lelaki berjubah putih ini?


Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad.  Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.

Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.

Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul - betul..

 Wallahu a’lam


SK; Tak tahu nak komen? apa padangan anda ye?


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha


Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


 



Jumaat, 17 Jun 2011

Video Helikopter angkut UFO. :)



MOSCOW - Satu klip video yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah helikopter tentera Rusia mengangkut sebuah piring terbang, lapor laman Allnewsweb.com semalam.
 
Imej itu telah mencetuskan perdebatan di dalam forum-forum objek terbang tidak dikenali (UFO) di Internet.

Ada di antara komen dalam forum itu mendakwa piring terbang itu mungkin UFO yang jatuh dekat Irkutsk, Rusia pada awal tahun ini. - Agensi
 










Isnin, 30 Mei 2011

Huh!! Apa lagi ni??? Bertan ikan mati





TALISAY (Filipina): Lebih 800 tan ikan ditemui mati dan busuk di dalam tasik berhampiran gunung berapi Taal di selatan Manila. Pihak berkuasa tempatan mendakwa keadaan itu disebabkan oleh suhu yang jatuh mendadak.

Penemuan sejumlah besar ikan yang mati itu bermula akhir minggu lalu tetapi sudah berkurangan. Pihak berkuasa melarang penjualan ikan itu yang diangkut trak untuk ditanam di Talisay dan empat lagi bandar di wilayah Batangas, kata pegawai Biro Sumber Perikanan dan Akuatik, Rose del Mundo, semalam.

Kematian ikan itu tiada hubungan dengan aktiviti gunung berapi Taal, yang di kelilingi tasik di mana kebanyakan penduduk kampung menternak ikan bandeng dan tilapia - makanan utama kebanyakan rakyat Filipina. Gunung berapi dan tasik berkenaan adalah kawasan pelancongan popular. Datuk Bandar Talisay, Zenaida Mendoza berkata, siasatan awal menunjukkan kematian ikan itu disebabkan oleh perubahan suhu apabila musim hujan bermula minggu lalu selepas musim panas terik yang turut menyebabkan penyusutan tahap oksigen di tasik itu. Sejumlah besar ikan dilihat berenang mengelilingi tasik sebelum mati terapung di permukaannya. Kematian ikan itu turut berlaku pada akhir musim panas lalu tetapi jumlahnya kecil.

“Ramai penduduk sedih dan kecewa kerana mereka sudah membuat banyak pelaburan untuk sangkar ikan,” katanya. - AP


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja












Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 21 Januari 2011

Misteri apakah ini? garisan garisan pelik di muka bumi


Garisan Monyet

Manusia dijadikan Allah amat kerdil. Mahasuci Allah yang menjadikan manusia dan Alam. Terlalu kerdil kejadian manusia jika dibandingkan kejadian alam semesta. Dunia amat luas. Masih ada tempat - tempat di dunia ini mempunyai misteri yang belum terbongkar.

Penemuan simbol - simbol garisan aneh dipermukaan bumi Negara Peru oleh para saintis menimbul satu tanda tanya, adakah wujud satu kehidupan lain di sebalik garisan - garisan aneh tersebut?

Marilah kita lihat sebahagian gambar - gambar garisan aneh dipermukaan Bumi Negara Peru ini. Apa pun yang anda lihat dan tonton adalah satu perkara yang tidak mustahil di sisi Allah. Semoga penemuan begini akan mempertingkatkan lagi keimanan terhadapNya.

Binatang apa ni?

Macam burung
Lokasi berhampiran Sungai Nazca Peru
Macam E.T
Spongebob??? :)

kita saksi kan video ini untuk visual lebih jelas dari udara
 

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 5 Januari 2011

Misteri di Arkansas



Beberapa hari sebelum berlakunya Tsunami pada tahun 2004 terdapat banyak kisah misteri yang berlaku diceritakan. Kisah haiwan seperti kuda, lembu dan haiwan ternakan berperangai aneh dan pelik menjadi buah mulut dan cerita kedai kedai kopi. Binatang ternakan dan peliharaan menjadi resah tidak tenang beberapa hari sebelum Tsunami. Burung berterbangan berpindah mencari arah dalam kumpulan yang besar. Ikan mati menyerah diri di pantai dan pelbagai kisah aneh yang lain
Terkini berita yang hampir serupa melanda Arkansas.

BEEBE - Misteri menghantui negeri Arkansas apabila lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di sepanjang 32 kilometer tebing dan di permukaan Sungai Arkansas berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe, di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.


Ikan - ikan tersebut ditemui oleh seorang pemandu bot tunda pada Khamis lalu, 200 kilometer dari Beebe. Pakar alam sekitar percaya bahawa ikan-ikan itu mati akibat penyakit. "Hanya satu spesies ikan yang mati dan kami tidak tahu apa puncanya. Jika disebabkan toksik, semua ikan mesti terjejas," kata seorang pegawai dari Jabatan Kualiti Alam Sekitar, Travis Harmon.

Pegawai-pegawai perikanan mengambil beberapa ekor ikan yang mati berhampiran Roseville untuk diuji.
Jurucakap Suruhanjaya Perikanan dan Sukan Arkansas, Keith Stephens memberitahu, masalah kematian ikan berlaku setiap tahun dan ia sesuatu yang luar biasa.

Seorang pakar, Dr. Andrew Goodwin dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur, Universiti Arkansas menyatakan perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka. "Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.

Kematian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit dan mati, 1.6 kilometer dari bandar Beebe pada malam tahun baru. Insiden pelik yang kelihatan tidak mempunyai hubungan di antara satu sama lain itu nyata membingungkan penduduk Arkansas.

Para saintis menyatakan bunga api mungkin menyebabkan kematian burung itu. Namun, beberapa pegawai yang memeriksa burung itu menyatakan mereka masih belum pasti mengenai punca kematian haiwan tersebut.
 

SEBAHAGIAN daripada lebih 100,000 ekor ikan yang ditemui mati di Sungai Arkansas, Arkansas pada Khamis lalu.

Satu lagi teori ialah ribut petir mungkin dikatakan menjadi punca kematian burung - burung itu. Insiden misteri itu nyata menimbulkan banyak teori dalam kalangan blogger. Dua rakyat AS, Paul Joseph Watson dan Alex Jones dari laman web PrisonPlanet.com yakin ia disebabkan oleh ujian senjata elektromagnetik rahsia.

Sementara itu, pihak lain mengemukakan teori bahawa kematian burung dan ikan tersebut merupakan petanda hari kiamat berdasarkan ramalan suku kaum Maya di Amerika Selatan dan ahli nujum terkenal, Nostradamus. - Agensi

Bagi umat Islam kita perlu meyakini hari Kiamat pasti berlaku, hanya masa dan ketikanya hanya Allah yang Maha mengetahui. Semoga berita ini boleh menambah keimanan kepadaNya