InsyaAllah esok 20 Oktober 2010 kertas kerja Penubuhan Pusat Tahfiz ini akan dibentangkan. Mudah - mudah Allah memudahkan urusan dan menerima amal yang sedikit ini.
1.0 MUQADDIMAH
Usaha - usaha untuk melaksanakan sistem Pendidikan Islam yang syumul berteraskan Al- Quran dan As-Sunnah memerlukan kesepaduan dan kerjasama semua lapisan masyarakat sama ada pemimpin agama, pemimpin negara, ahli ekonomi serta para cendekiawan ke arah mendokong cita - cita dan semangat perjuangan Islam.
Pada 16 Oktober 2010, AJK Surau Ad Diniyyah telah mengadakan perbincangan secara serius cadangan untuk membuka sebuah Pusat Tahfiz di Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A. Perbincangan ini telah mengambil kira pelbagai aspek dengan mendapat nasihat dari tenaga mahir yang berpengalaman menguruskan Pusat Tahfiz. Hasil dari perbincangan tersebut Jawatan kuasa Surau sebulat suara menyatakan sokongan untuk menjayakan rancangan untuk membuka sebuah pusat Tahfiz
Di samping itu, AJK Surau Ad Diniyyah juga telah merangka satu sistem pengajian yang mantap baik dari segi Tahfiz Al-Quran dan ilmu - ilmu yang berkaitan dengannya melalui teknik pengajian "Talaqqi dan Musyafahah"
Bermula dengan keprihatinan inilah terbinanya idea untuk membuka sebuah Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dengan harapan akan lahir generasi Al-Quran di celah - celah kemerosotan akhlak dan nilai di kalangan remaja masa kini sebagaimana yang berjaya dilahirkan oleh Rasulullah S.A.W pada zaman kebangkitan Islam dahulu. Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan pelbagai pihak.
Bermula dengan keprihatinan inilah terbinanya idea untuk membuka sebuah Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dengan harapan akan lahir generasi Al-Quran di celah - celah kemerosotan akhlak dan nilai di kalangan remaja masa kini sebagaimana yang berjaya dilahirkan oleh Rasulullah S.A.W pada zaman kebangkitan Islam dahulu. Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan pelbagai pihak.
- Melahirkan generasi Ulama' dan Hafiz Al-Quran yang berketrampilan, mahir dan beramal dengan isi Al Quran.
- Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh bermandiri dalam menghadapi arus modenisasi.
- Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.
- Menjadi pusat penghayatan Al-Quran yang bersepadu. ke arah membentuk generasi Al-Quran yang syumul.
Di antara objektif penubuhan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah adalah
- Membasmi buta Al-Quran di kalangan kanak - kanak sebelum baligh.
- Melahirkan pelajar yang dapat menamatkan hafazan dalam masa 3 1/2 tahun.
- Melahirkan para Hafiz yang serba boleh.
- Menghidupkan tradisi pengajian Al-Quran berasaskan Sunnah Rasulullah S.A.W yang menekankan 5M (Membaca, Menulis, Menghafaz, Memahami dan Menghayati)
Hasrat untuk membina sebuah Pusat tahfiz di Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A sebenarnya telah pernah disuarakan sekitar tahun 2006. Kebetulan pada tahun tersebut surau sedang dalam proses pembesaran bangunan dan pengubahsuaian. AJK pada ketika itu telah merangka pelan pembinaan dewan kuliah. Bangunan baru ini telah siap sepenuhnya pada 07.07.2007.
Selepas pembinaan selesai, dewan kuliah ini didapati tidak dimanfaatkan secara maksimum. Atas keprihatinan AJK maka timbullah idea untuk mewujudkan Pusat tahfiz Ad Diniyyah ini
Kurikulum Pusat Tahfiz Ad Diniyyah adalah mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada sebelah pagi para pelajar diperuntukkan masa untuk pelajaran Hafazan dan Agama, manakala pada sebelah petang pula para pelajar akan mempelajari subjek akademik mengikut sukatan matapelajaran yang telah ditetapkan oleh KPM. Ini bermakna di samping para pelajar menghafaz Al-Quran, mereka juga tidak akan ketinggalan mengikuti pendidikan yang diperlukan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM selaras dengan kehendak KPM.
Program Hafazan Sepenuh Masa (Jangka masa hafazan 3 - 4 tahun)
- Pelajar Lelaki Sahaja berumur 10 tahun – 12 Tahun
- Pelajar akan menginap di asrama yang disediakan di surau
- Bagi Pelajar tempatan dibenarkan berulang alik pulang ke rumah dengan bersyarat
Yuran yang ditetapkan kepada setiap pelajar adalah RM380.00 seorang. Di antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut :
- Guru Hafiz Bersanad- 1 Guru memantau 10 orang murid
- Pelajaran Agama dan Akademik
- Makan dan minum
- Asrama
- Kawalan warden 24 jam
8.0 ANGGARAN BELANJAWAN TAHUNAN
Anggaran belanjawan adalah seperti berikut
Anggaran belanjawan adalah seperti berikut
TARGET PENDAPATAN
- Yuran pelajar RM380.00 x 30 Pel x 12 Bulan
- Sumbangan pertubuhan orang ramai RM600 x 12 bulan RM 7,200
- Sumbangan Individu RM5,000 x 12 bulan RM 60,000
PERBELANJAAN
- Makan dan Minum RM10.00 x 15 pelajar x 30 hari x 12 bulan RM 54,000
- Api / Air RM 1,000 x 12 bulan RM 12,000
- Gaji 3 orang kakitangan (3 guru, 1 Pembantu Tadbir,). RM 6,000 x 12 bulan RM72,000
- Tuisyen Akademik /guru luar RM 1,000 x 12 bulan RM 12,000
9.0 PAKAIAN
10.0 TARIKH MULA OPERASI
03 JANUARI 2011
03 JANUARI 2011
11.0 LANTIKAN AJK BADAN PENGELOLA PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH
PENAUNG:
PENASIHAT :
PENGERUSI :
SETIAUSAHA:
BENDAHARI:
AJK (LELAKI)
AJK (LELAKI)
AJK (LELAKI)
AJK (LELAKI)
AJK (PEREMPUAN)
AJK (PEREMPUAN)
AJK (PEREMPUAN)
11. PENUTUP
Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat. Mudah – mudah Allah memberkati Taman kita ini dengan dilipat gandakan amalan dan pahala dan menjauhkan taman kita ini dari bala dan bencana dengan adanya golongan Huffaz di sini.
Disediakan oleh
Haji Faizal Haizad Bin Mohamad Norawi
013 7557011
Setiausaha Surau Ad Diniyyah
www.suraukini.com
Ahli Jawatan Kuasa Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 2020 - 2022
Peraturan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
Perspektif Bangunan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
wajah para huffaz yang dilahirkan di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
wajah para huffaz yang dilahirkan di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
Perasmian Bangunan Oleh Allahyaraham Tuan Guru Dato Ismail Kamus
Pertanyaan / Sumbangan hubungi 013-7557011
Tuan / puan yang bercadang untuk membuka Pusat Tahfiz amat digalakkan untuk menciplak kertas kerja di atas. HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA - 013 7557011 Ustaz Faizal
Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha
Pertanyaan / Sumbangan hubungi 013-7557011
Tuan / puan yang bercadang untuk membuka Pusat Tahfiz amat digalakkan untuk menciplak kertas kerja di atas. HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA - 013 7557011 Ustaz Faizal
K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)
Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
11 ulasan:
Salam,
Terpikat sicomel 4 tahun itu. Ya-Allah sejuuuknyaaaa hati seorang ibu. Dapat merasai kegembiraan sebagai seorg ibu-bapa yang membesarkan anak sepeti ini.
Sistem pembelajaran yang canggih dan amat memberangsangkan. Semoga Ad Diniyah manjadi pemangkin dalam keadaan negara kita sekarang ini.... Penggerak/AJK syukran dgn idea2 tu.
Assalammualaikum..........
Semoga segala usaha diberkati Allah.
Mohon izin copy kertas kerja tuan sebagai sumber rujukan.
Assalamualaikum....saya baru bercadang untuk membuka sebuah pusat tahfiz di kampung saya iaitu di Kg. Sungai Petai, Kuala Berang, Terengganu. Boleh tolong bagikan nasihat kepada saya...
mohon untuk saya ambil contoh kertas cadangan tuan untuk saya jadikan contoh bagi cadangan penubuhan pusat tahfiz di kg saya. terima kasih.
Assalamualaikum.....
Semoga usaha yang murni menghasilkan kejayaan di dunia dan akhirat...Amin. Saya mohon keizinan utk copy kk tuan utk contoh..tk.
Assalamualaikum wbt.
Perjuangan dan ganjaran yang tiada sempadan....teruskan usaha. Semoga diberkati. Amin... Mohon copy untuk contoh. Syukran.
mudah2an allah lipat gandakan amalan didunia dan akhirat...amin
Alhamdulillah.sedikit sebanyak membantu saya dalam menyiapkan kertas kerja untuk penubuhan rumah warga emas di Daerah Bera, Pahang. Doakan semoga usaha pihak kami dapt berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Insyaallah.
mohon izin untuk merujuk kertas kerja tuan,
Assalamualaikum wbt,
Tahniah atas usaha murni. Saya ingin menggunakan kertas kerja ini sebagai panduan di tempat saya
terima kasih.
Tahniah kepada semua yang memanfaatkan Kertas kerja ini. Semoga Berjaya. Harap dapat berkongsi dengan SK lokasi Pusat Tahfiz anda. SK 0132791608
Catat Ulasan