LONDON: Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'. Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan spesies piranha itu ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.
Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain. Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya.
Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki. Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter.
Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman. “Tiada penunjuk arah untuk ke kawasan habitatnya,” kata Wade.
Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya. - Agensi
Cerita ni ada kat paper metro hari ni. Perghhh! Besaunya mulut. Gigi macam rimau. Haji Halim mungkin seronok ni. Bila nak buat trip tangkap piranha???
Pak cik ni memang popular kat chanell Animal Planet. Tengok kat youtube
K R
I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E
Menyokong
penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
<
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
0 ulasan:
Catat Ulasan