Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Sabtu, 4 September 2010

Berbuka Puasa di surau Petang ini, Menu Kambing lagi

Sup Kambing Senyum Kambing Bakar Kambing   Meraikan Kepulangan Imam Al Hafiz ke Patani Alhamdulillah sepanjang Ramadhan tahun ini, setiap petang Sabtu akan diadakan Majlis Iftar Jam'ie di surau. Berbuka puasa beramai - ramai. Hari ini adalah hari Sabtu terakhir dalam Bulan Ramadhan. Sabtu minggu depan dah masuk bulan Syawal. Raya.  Jamuan petang ini lebih special kerana bagi meraikan kepulangan Imam Nordin Al Hafiz...

Majlis Khatam Al Quran berjalan lancar malam tadi

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al Quran yang dirancang telah berjalan lancar malam tadi. Seramai 60 Peserta tadarus Remaja Lelaki dan 30 peserta Perempuan telah mengambil bahagian. Tahniah kepada Tuan Haji Solahuddin Yusof dan Puan Hajjah Norbayti kerana telah mengatur program Tadarus Al Quran sepanjang Ramadhan dengan jayanya. Semua peserta Tadarrus telah diberi insentif duit raya sebagai galakan dari pihak surau. Adik Mohd Yusof bin Azhar berumur 9 tahun dari Flat SB telah dipilih oleh jawatankuasa surau sebagai ikon...

Solat Witir, beberapa persoalan berkaitannya

Apakah hukum solat witir? Hukumnya sunat muakkad. Ia bersandarkan kepada kata-kata Saidina Ali ( r.a ) Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam An-Nasa’i : “Solat sunat witir hukumnya tidaklah wajib seperti solat fardhu, tetapi ia sunat yang amat digalakkan Nabi saw.” Ia disepakati oleh Imam Abu Hanifah iaitu: “Ia tidak wajib seperti wajibnya solat fardhu, tetapi ia amat digalakkan Nabi, yang tidak layak bagi seseorang meninggalkannya.” Bilakah...

Jumaat, 3 September 2010

Video - Bila bumi terbelah di lebuhraya.

Ketika berlakunya kiamat, suasana sungguh dahsyat. Bumi akan bergegar dengan kuat gunung ganang akan hancur, dan bintang-bintang akan gugur bertaburan. Keadaan yang amat dahsyat itu menyebabkan manusia berada dalam keadaan huru hara, kebingungan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Firman Allah dalam surah Al Haj ayat 1-2 yang bermaksud : Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada tuhan kamu. Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu...

Berapa banyak kita makan untuk berbuka puasa?

Nabi S.A.W bersabda: "Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih teruk dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap ingin juga makan banyak, maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hr Tirmizi dan Abu Daud) Gambar ini menunjukkan bagaimana mewahnya Pak Arab berbuka puasa.Gambar ini tersebar melalui...

Khamis, 2 September 2010

Malam Al Qadr

Barangsiapa yang mendirikan malam Al Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan dari Allah, diampunkan baginya dosanya yang telah lampau” (HR.Bukhari dan Muslim). Berbahagialah insan yang berkesempatan beramal di Malam al Qadar atau malam kemuliaan atau penuh berkah. Malam al Qadar adalah suatu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan (QS. Al Qadr: 3). Pada malam itu, para malaikat rahmat turun untuk membawa rahmat...

Selasa, 31 Ogos 2010

Pemasangan Ayat Syifa' di dinding Surau

Alhamdulillah kerja - kerja pemasangan khat ayat - ayat syifa' di dinding surau telah selesai pada hari Sabtu yang lalu . SK tidak sempat merakam gambar - gambar kerja pemasangan kerana berada di Perak selama 2 hari. Gambar yang dilampirkan ini adalah ehsan dari Abang Zul. Enam Ayat - ayat syifa ini amat molek kalau boleh dihafal.. Rasullullah S.A.W pernah bersabda yang ertinya : "Hendaklah kamu mendapatkan dua penawar yakni madu...

Lagi berkaitan Hukum Orang Kafir Masuk Masjid

  Soalan : Apakah hukumnya orang - orang bukan beragama Islam memasuki masjid? Jika dibolehkan, apakah tatacara dan adab-adab bagi membolehkan mereka masuk ke dalam masjid untuk tujuan melawat dan menyaksikan kawasan dalam masjid Jawapan : Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah : 28. Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik...

Ahad, 29 Ogos 2010

Bolehkah bukan Islam Masuk Masjid?

Obama buka kasut masuk masjid Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan...