Sabtu, 4 September 2010

Majlis Khatam Al Quran berjalan lancar malam tadi

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al Quran yang dirancang telah berjalan lancar malam tadi. Seramai 60 Peserta tadarus Remaja Lelaki dan 30 peserta Perempuan telah mengambil bahagian. Tahniah kepada Tuan Haji Solahuddin Yusof dan Puan Hajjah Norbayti kerana telah mengatur program Tadarus Al Quran sepanjang Ramadhan dengan jayanya.

Semua peserta Tadarrus telah diberi insentif duit raya sebagai galakan dari pihak surau. Adik Mohd Yusof bin Azhar berumur 9 tahun dari Flat SB telah dipilih oleh jawatankuasa surau sebagai ikon cilik kerana komitmen beliau hadir besolat jemaah pada setiap waktu termasuk solat subuh berjemaah.

Tahniah kepada Adik Mohamad Yusof atas komitmen yang begitu tinggi. Insyaallah tahun hadapan Jawatankuasa surau akan memikirkan anugerah - anugerah lain yang difikirkan sesuai untuk adik adik. Hadiah dan saguhati ini adalah sebagai motivasi galakan sahaja. Apa yang lebih utama ialah pahala dan keredhaan Allah. Semoga Allah kurniakan kita semua istiqomah dan keikhlasan melebihi habuan dunia.

Insyaallah suraukini akan lampirkan gambar majlis khatam tersebut dalam masa terdekat. Jurukamera cinagambar agak sibuk pagi ni
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: