Sabtu, 4 September 2010

Solat Witir, beberapa persoalan berkaitannya


Apakah hukum solat witir?

Hukumnya sunat muakkad. Ia bersandarkan kepada kata-kata Saidina Ali ( r.a ) Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam An-Nasa’i :

Solat sunat witir hukumnya tidaklah wajib seperti solat fardhu, tetapi ia sunat yang amat digalakkan Nabi saw.

Ia disepakati oleh Imam Abu Hanifah iaitu:

Ia tidak wajib seperti wajibnya solat fardhu, tetapi ia amat digalakkan Nabi, yang tidak layak bagi seseorang meninggalkannya.”

Bilakah waktu solat sunat witir?

Waktunya bermula apabila masuk waktu Isya’ sehinggalah terbit fajar. Ia boleh terus dilakukan sebaik-baik sahaja selesai solat fardhu Isya’. Majoriti ulama berpendapat tidak sah jika solat witir dilakukan sebelum solat fardhu Isya’.

Manakah yang lebih afdhal antara mengerjakan solat sunat witir pada awal malam ataupun pada akhir malam?

Sesiapa yang khuatir tidak akan bangun pada akhir malam sebelum terbit fajar sadiq, maka hendaklah dia melakukannya sesegera mungkin, kemudian baru tidur. Dan sesiapa yang yakin akan terbangun di penghujung malam sebelum subuh, maka sesunguhnya solat sunat di akhir malam itu lebih afdhal.” (Muslim & Ahmad)

Berapakah jumlah rakaat solat witir?

Paling kurang 1 rakaat dan sebanyak-banyaknya 13 rakaat. Ada juga pendapat mengatakan maksima 11 rakaat. Wallahualam.

Antara sandarannya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:

“Berwitirlah dengan 5, jika tidak sanggup maka 3, dan jika tidak sanggup maka 1.”

Berdasarkan hadis ini, jelaslah jumlah minima untuk solat sunat witir ialah 1 rakaat. Namun begitu, bagi Mazhab Maliki dan Hanafi, tidak sah mengerjakan solat sunat witir sekadar 1 rakaat. Paling kurang hendaklah dibuat 3 rakaat.

Dalam kitab Tuhfatul Ahwazi jilid 1 mukasurat 155, Imam Turmizi mengatakan:

“Diriwayatkan daripada Nabi saw bahawa solat witir 13, 11, 9, 7, 5, 3 dan 1 rakaat.”

Berapa rakaatkah untuk setiap satu solat witir?

Biasanya kita melakukan dua dua rakaat. Selepas dua rakaat, beri salam, dan buat lagi dua rakaat. Begitulah seterusnya sehinggalah solat yang terakhir dikerjakan sebanyak 1 rakaat sahaja.

Namun begitu, Rasulullah saw pernah mengerjakan 7 rakaat dengan satu salam dan 5 rakaat dengan satu salam. Antara sandarannya ialah sebuah atsar riwayat Imam Ahmad dan Imam An-Nasa’i: Kata Ummu Salamah: “Adalah Rasulullah mengerjakan solat witir dengan 7 dan 5 rakaat secara berturut - turut tanpa diselangi dengan salam.”

Sementara sebuah lagi atsar riwayat Imam Bukhari dan Muslim mengatakan:

Kata Aisyah: “Rasulullah pernah mengerjakan solat malam sebanyak 13 rakaat, dia tidak duduk (untuk memberi salam) kecuali jika sudah sampai 5 rakaat.

Sekiranya melakukan solat witir 3 rakaat satu salam perlukah duduk untuk membaca tahiyyat awal ?

Berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra :
لا يجلس في شيء إلا في آخــرها.

(Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)

Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.

Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).

Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :
لا توترا بثلاث تشــبهوا المغــرب

Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.

(HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)

Bolehkah dalam solat witir dibaca jahr (bacaan nyaring) ?

Sekiranya solat witir yang dilakukan secara jahr , maka bacaan yang perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja , iaitu rakaat pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca secara perlahan (sirr)Walaubagaimana pun dibolehkan juga untuk membaca secara jahr pada ketiga - tiga rakaat solat witir tersebut sebagaimana yang di amalkan di Masjid Nabawi , Madinah Al-Munawwarah

Apakah surah-surah yang sesuai dibaca dalam solat witir?

Kita boleh membaca mana-mana surah pun.

Apakah surah-surah yang biasa dibaca oleh Rasulullah dalam witirnya?

Adalah Rasulullah membaca pada rakaat pertama surah Sabbhismarabbikal a’la, pada rakaat kedua membaca Qulyaaiyuhal kafirun dan pada rakaat yang ketiga membaca QulhuallahuAhad dan mu’awwizatain. (Ahmad & Turmizi)

Bilakah doa qunut dibaca dalam solat witir?

Menurut Mazhab Syafie, qunut sunat dilakukan pada separuh kedua bulan Ramadhan sahaja.
Menurut Mazhab Hanafi, sunat dilakukan sepanjang tahun.

Mengapa Separuh kedua ramadhan dibacakan qunut ?

Berdasarkan riwayat Sahabat dan Tabi’in.

Dari ‘Amr bin Hasan, bahwasanya ‘Umar radhiyallahu anhu menyuruh Ubay radiyallahu ‘anhu mengimami shalat (Tarawih) pada bulan Ramadhan, dan beliau menyuruh Ubay radhiyallahu ‘anhu untuk melakukan qunut pada pertengahan Ramadhan yang dimulai pada malam 16 Ramadhan.[8]

Ma’mar berkata: “Sesungguhnya aku melaksanakan qunut Witir sepanjang tahun, kecuali pada awal Ramadhan sampai dengan pertengahan (aku tidak qunut), demikian juga dilakukan oleh al-Hasan al-Bashri, ia menyebutkan dari Qatadah dan lain-lain.

Demikian juga dari Ibnu Sirin

Syaikh al-Albani berkata: “Boleh juga do’a qunut sesudah ruku’ dan ditambah dengan (do’a) melaknat orang-orang kafir, lalu shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mendo’akan kebaikan untuk kaum Musli-min pada pertengahan bulan Ramadhan, karena terdapat dalil dari para Shahabat radhiyallahu ‘anhum di zaman ‘Umar radhiyallahu ‘anhu. Terdapat keterangan di akhir hadits tentang Tarawihnya para Shahabat radhiyallahu ‘anhum, Abdurrahman bin ‘Abdul Qari berkata: ‘Mereka (para Shahabat) melaknat orang-orang kafir pada (shalat Witir) mulai pertengahan Ramadhan
اللَّهُمَّ قَاتِلِ الْكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَلاَ يُؤْمِنُوْنَ بِوَعْدِكَ، وَخَالِفْ بَيْنَ كَلِمَتِهِمْ وَأَلْقِ فِيْ قُلُوْبِهِمْ الرُّعْبَ، وَأَلْقِ عَلَيْهِمْ رِجْزَكَ وَعَذَابَكَ إِلَهَ الْحَقِّ.


“Artinya : Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang mencegah manusia dari jalan-Mu, yang mendustakan Rasul-Rasul-Mu dan tidak beriman kepada janji-Mu. (Ya Allah) perselisihkanlah, hancurkanlah persatuan mereka, timpakanlah rasa takut dalam hati mereka, timpakanlah kehinaan dan siksa-Mu atas mereka. (Ya Allah) Ilah Yang Haq.”

Kemudian membaca shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, mendo’akan kebaikan bagi kaum Musli-min, kemudian memohon ampun bagi kaum Mukminin.

Setelah itu membaca:
اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَلَكَ نُصَلِّيْ وَنَسْجُدُ وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ وَنَرْجُوْ رَحْمَتَكَ رَبَّنَا وَنَخَافُ عَذَابَكَ الْجِدَّ إِنَّ عَذَابَكَ لِمَنْ عَادَيْتَ مُلْحِقٌ.

"Ertinya : Ya Allah, hanya kepada-Mu kami beribadah, untuk-Mu kami melakukan shalat dan sujud, kepadamu kami berusaha dan bersegera, kami mengharapkan rahmat-Mu, kami takut siksaan-Mu. Sesungguhnya siksaan-Mu akan menimpa orang-orang yang memusuhi-Mu.”

Kemudian takbir, lalu melakukan sujud.

Atau setelah membaca:
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ...
Kemudian membaca:
اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَلَكَ نُصَلِّيْ وَنَسْجُدُ وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ نَرْجُوْ رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكَافِرِيْنَ مُلْحِقٌ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ، وَنَسْتَغْفِرُكَ، وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ، وَلاَ نَكْفُرُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ، وَنَخْضَعُ لَكَ، وَنَخْلَعُ مَنْ يَكْفُرُكَ.

"Ertinya : “Ya Allah, kepada-Mu kami beribadah, untuk-Mu kami melakukan shalat dan sujud, kepada-Mu kami berusaha dan bersegera (melakukan ibadah). Kami mengharapkan rahmat-Mu, kami takut kepada siksaan-Mu. Sesungguh-nya siksaan-Mu akan menimpa pada orang-orang kafir. Ya Allah, kami minta pertolongan dan memohon ampun kepada-Mu, kami memuji kebaikan-Mu, kami tidak ingkar kepada-Mu, kami beriman kepada–Mu, kami tunduk kepada-Mu dan meninggalkan orang-orang yang kufur kepada-Mu.”



Do’a di akhir shalat witir
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَأَعُوذُ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ.

"Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keridhaan-Mu dari kemarahan-Mu, dan dengan keselamatan-Mu dari ancaman-Mu. Aku tidak mampu menghitung pujian dan sanjungan kepada-Mu, Engkau adalah sebagai-mana yang Engkau sanjungkan pada Diri-Mu sendiri [14]


سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ.

"Ertinya : Mahasuci Allah Raja Yang Mahasuci, Mahasuci Allah Raja Yang Mahasuci, Mahasuci Allah Raja Yang Mahasuci. (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengangkat suara dan memanjangkannya pada ucapan yang ketiga.)"

Bolehkah kita melakukan solat sunat lain selepas mengerjakan solat sunat witir?

Boleh saja.

Apakah selepas itu kita perlu mengerjakan solat sunat witir sekali lagi?

Tidak perlu, kerana kata Nabi Muhammad:

“Tidak ada dua witir dalam satu malam.” (Abu Daud)

Bolehkah kita mengqada solat sunat witir?

Boleh.

Bilakah masanya?

Menurut Mazhab Syafie, boleh diqada pada waktu siang ataupun malam.
Menurut Mazhab Maliki, boleh diqada sebelum melakukan solat fardhu Subuh.
Menurut Mazhab Hanafi, boleh diqada pada waktu malam.


Sesiapa yang tertidur sampai habis waktu witir sedangkan dia belum bersolat witir, ataupun lupa melakukannya, maka hendaklah dia mengqadanya pada bila-bila masa dia teringat.” (Abu Daud)

Apabila salah seorang kamu (terjaga) setelah masuk waktu Subuh, sedangkan dia belum mengerjakan solat witir, maka hendaklah dia melakukan witir.” (Abu Daud)

Wallahua'lam.
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: