Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Jumaat, 5 November 2010

Nombor Akaun Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

NAMA AKAUN: PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) NO AKAUN: 14069010024005 Anda boleh terus menyumbang ke nombor akaun tersebut. Sila SMS / whatsapp atau hubungi 013-2791608 maklumkan tujuan sumbangan. Jazakallah ...

Khamis, 4 November 2010

Pusat Tahfiz : Sumbangan Katil, turun dari Langit

Syukur Alhamdulillah. Perkembangan terkini Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Status program - Berjalan lancar dengan pertolongan Allah. Pusat Tahfiz Ad Diniyyah hari ini menerima sumbangan 8 set katil double decker bersama almari , tilam dan bantal. Penyumbangnya tidak dikenali. Tahu - tahu katil dah siap dipasang. Terimakasih pada penyumbang. Allah tahu siapa anda. Maka amat benarlah Firman Allah yang bermaksud "Sekiranya...

Gotong Royong Mega Perdana Ahad ini

Cuci bersih - bersih!! AKTIVITI SETEMPAT Ni bukan sebarangan gotong royong! Ini gotong royong perdana Mega Perdana!!. Betul- betul Kaw! Cuci kasi abis! Sapu kasi bersih. Tarikh : 07 November 2010 Hari : Ahad Jam : 8.30 Pagi Lokasi : SURAUKINI Sarapan pagi yang lazat berkhasiat disediakan, bawa kelengkapan yang sesuai. Dilarang berlenggang kangkong Lepas Gotong royong ada mesyuarat di lokasi yang sama. Semua AJK Surau / AJK Pusat Tahfiz / AJK Sokongan diminta hadir pada jam 12.30 Tengaha...

Pelancaran tabung Derma Pusat Tahfiz Ad Diniyyah esok

Insya'allah esok Jumaat 05 November 2010 akan dilancarkan tabung sumbangan derma / wakaf untuk Pusat Tahfiz Ad Diniyyah di 2 Masjid berikut. (Dengan kebenaran pihak Masjid) Masjid Jamiatus Solahiah Jalan Sg Tua Masjid Amaniah Batu Caves Masjid Kampung Nakhoda (masjid ini belum confirm kebenaran mengutip, sedang dirunding) Pengumuman Pelancaran akan diumumkan oleh pihak Masjid sebelum Solat jumaat. Tabung derma / wakaf akan diletakkan...

Selasa, 2 November 2010

Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sabda Rasulullah SAW. "Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini." (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud) S U R A U K I N I Menyokong Penuh Usaha Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A Pusat...

Apa dah jadi dengan dunia kita?

Apa dah jadi dengan dunia kita ini? Setiap hari ada saja fenomena alam yang menakutkan berlaku. Letusan Gunung merapi dan Tsunami yang mengejutkan kita. Alam sudah uzur benar.   Beberapa bulan lalu kita dikejutkan dengan kejadian tanah mendap yang menghasilkan lubang dalam yang luar biasa di Guatemala. Awal pagi semalam kita dikejutkan sekali lagi dengan peristiwa yang hampir sama berlaku pula di German. Difahamkan lubang yang...

Ahad, 31 Oktober 2010

Bukan senang nak dengar suara Nik Aziz di Radio

Bukan senang nak dengar suara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat MB Kelantan keluar di radio. Kalau ada pun mungkin jarang - jarang (kata P Ramlee). hihihhih. Ini adalah rakaman suara Tuan Guru di Radio Hot FM sempena perlawanan Akhir Bola Sepak semalam. ...

Program Ziarah Aidil Adha 1431

Seperti tahun - tahun lepas , program ziarah rumah ke rumah sempena Eidul Adha akan diteruskan pada tahun ini. Program Ziarah pada tahun ini adalah seperti berikut Waktu Ziarah: Selepas Isyak Aturcara : Bertakbir dan berdoa dari rumah ke rumah Ketua Kumpulan 1 : Haji Mohamad Amin Bin Othman Ketua Kumpulan 2 : Haji Ali Bin Samad (Wak Ali) 16 November 2010 - Selasa Ziarah Rumah di Flat Blok SA, SB dan rumah teres Jalan 2A/1 17 November...

Gambar puting beliung di Perlis

Biasa kita dengar tentang puting beliung melanda di luar negara . Jarang kita dengar puting beliung melanda negara kita. Kalau ada pun mungkin ribut dan angin kuat sahaja. Gambar dibawah menceritakan segalanya. Puting beliung kini menghampiri kita. KANGAR - Lebih 50 buah rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi dekat sini rosak akibat angin puting beliung semalam.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat...

Anak Krakatau pula makin aktif

Satu demi satu episod ngeri melanda Indonesia. Terkini Gunung Anak Krakatau pula semakin aktif. Menunggu detik masa untuk letusan besar. BANDAR LAMPUNG: Aktiviti gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda dikesan semakin meningkat sejak awal minggu ini dan tidak boleh didekati dalam lingkungan tiga kilometer. Pegawai Balai Pemuliharaan Alam Sekitar Krakatau, Wawan Setianto, berkata aktiviti itu semakin ketara beberapa hari lalu. “Jika dulu...