Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Selenggara Surau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selenggara Surau. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Disember 2012

Kami menerima sumbangan CCTV - Jazakallah khair!

 
Mempertingkatkan tahap keselamatan Pelajar Ad Diniyyah!!

Alhamdulillah pada Khamis 6 Disember 2012 baru - baru ini, pihak Ad Diniyyah dengan penuh berbesar hati telah menerima sumbangan CCTV. Pemasangan ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi tahap keselamatan pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah.
 
SK mengucapkan terima kasih kepada penyumbang CCTV tersebut
 
 
SK: Kiraman  katibin adalah sebaik - baik pemantau!!

Isnin, 15 Oktober 2012

Gotong Royong Persiapan Idul Adha Ahad ini!!

Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing!
Jom Gotong Royong!!

 
Alhamdulillah selesai Mesyuarat AJK dan ahli Jemaah Surau Ad Diniyyah malam tadi . Seramai 23 orang menghadiri mesyuarat. Beberapa keputusan telah dibuat. Insyallah SK akan edarkan surat makluman aktiviti Idul Adha 1433 dalam masa terdekat.
 
Jangan lupa! Gotong royong Ahad ini jam 8.30 Pagi. Berkumpul di surau. Sarapan pagi disediakan. Sila bawa kelengkapan sesuai. Dilarang berlenggang kangkong ke tempat gotong royong.
 
Tarikh :  21 Oktober 2012
Hari : Ahad
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Surau Ad Diniyyah
 
 
 

Rabu, 10 Oktober 2012

Mengukuhkan struktur tanah lereng bukit Surau Ad Diniyyah


 
Insyallah , kerja - kerja membaik pulih lereng bukit Surau Ad Diniyyah akan bermula tidak lama lagi. Signboard sudah terpacak. Terima kasih pihak yang berusaha mengetengahkah isu tanah lereng bukit ini.  Terima kasih Unit Pengurusan Zon taman Templer, Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman, JAIS, Pusat Zakat dan JKR Negeri Selangor.

Alhamdulillah. Mudah - mudahan pihak kontraktor dan Jururunding dapat menjalankan kerja dengan baik dan amanah demi keselamatan jemaah surau dan anak - anak Tahfiz. Selangorku Prihatin.

Jazakallah Khair

 
Dari kaki lereng bukit Surau Ad Diniyyah
 
 
Gambar Arkib Ad Diniyyah 2006 - Struktur Tanah lereng bukit yang curam .
 
 
Gambar Arkib Ad Diniyyah 2009 - Struktur Tanah lereng bukit yang curam .
 
 
 

Ahad, 5 Ogos 2012

Upgrade tempat wudhuk!

Kerja upgrade tempat mengambil wudhuk selesai sebelum Ramadhan 1433. Terimakasih kepada yang menyumbang .





Gambar untuk Arkib Ad Diniyyah


Rabu, 18 Julai 2012

Cat tembok pagar surau dan Rahsia No 21



Selepas 5 tahun. Tembok pagar Surau Ad Diniyyah mula berlumut, cat pun dah mula pudar. Kali terakhir tembok ini dicat ialah pada tarikh 7 Julai 2007 (atau cantik ditulis begini 07.07.07). Tarikh 777 ini adalah tarikh di mana tembok pagar ini siap dibina dan siap dicat.

Cat terkopek dimamah mentari selepas 5 tahun.

SK ingat benar tarikh 777 tu kerana pada keesokannya iaitu pada 08.07.07 pihak surau telah mengadakan ceramah perdana bersama Dato' Ismail Kamus. 777 memang tarikh istimewa untuk pagar ni. :)

Hari ini pagar ini dan cat ini telah berusia 5 Tahun 11 hari. :)


Make up tembok sebelum Ramadhan

Ada satu lagi rahsia yang SK nak share tentang pagar Surau Ad Diniyyah ini dengan pembaca blog. No 777 ini kalau dicampur jumlahnya 21.

7 + 7 + 7 = 21

Mungkin ramai yang tak perasan bahawa jumlah tiang tembok pagar Ad Diniyyah ini berjumlah 21 juga. Heheheh. Adakah kebetulan atau dirancang??


Wallahu a'lam Bis Sawab! :)

Selamat mengira tiang dan selamat Menyambut Ramadhan!


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Terima kasih kepada semua penaja kerja - kerja mengecat Surau dan Tahfiz Ad Diniyyah

Kerja mengecat dijalankan!

SK bagi pihak Ad Diniyyah merakamkan jutaan terimakasih kepada penyumbang cat. Sebanyak 75 liter cat telah disumbangkan oleh individu yang enggan dikenali. Mudah - mudahan amal jariah akan diterima Allah dan dibalas dengan kebaikan dariNya.

SK sertakan gambar - gambar kerja - kerja mengecat.

Blok asrama

Tempat wuduk
 
 

Isnin, 16 Julai 2012

Misteri! Cat jatuh dari langit


Rezeki Ramadhan. Cat jatuh dari langit!

Alhamdulillah ada beberapa penyumbang misteri tampil untuk menyumbang pembelian cat untuk "make up" surau sempena Ramadhan tahun ini. Setakat ini 25 liter cat telah disumbangkan. Insyallah cat ini akan digunakan untuk mengecat bahagian dinding yang sudah pudar dan berlumut.

Cat di bahagian luar surau dan Pusat Tahfiz akan diberi keutamaan . Kalau ada lagi cat misteri yang jatuh dari langit Insyallah, dinding di bahagian dalam surau dan Pusat Tahfiz pun akan dicat juga.


Antara lokasi dinding yang akan di cat semula


Aidil membantu membuang kulat dan lumut di dinding surau. Buang lumut sebelum di cat semula.

Terimakasih kerana respon posting ini. Berkatnya Ramadhan! Jom ceriakan surau dengan ibadah di Ramadhan ini. :)

Admin: Untuk makluman. Kali terakhir dinding di cat ialah pada tahun 2007.



 K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A


 











 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 13 Julai 2012

Tahukah anda ? Skima Warna Cat Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah


Admin lampirkan di sini skima warna cat yang digunakan di Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Kalau teringin nak menyumbang cat untuk cantikkan surau anda boleh beli warna cat dan jenisnya . Kod warna adalah seperti dibawah. Ingin menyumbang cat? Sila hubungi SK 013 7557011

SURAU AD-DINIYYAH BBS FASA 2A – SKIMA WARNA - (Ir. Haji Mohamad Amin)

EXTERIOR

Blok Surau


1.         Dinding Luar (Koridor)                      -           Ivory Vapour 602 (Nippon Weatherbond)

2.         Tiang koridor luar                               -           Ginseng 8137 (Nippon Q-Shield Classic)

3.         Dinding luar dari apron hingga           -           Ginseng 8137 (Nipon Q-Shield Classic)

            bawah batu botol

4.         Coping batu botol                               -           Ginseng 8137 (Nippon Q-Shield Classic)

5.         Batu botol                                           -           White 145 (Nippon Weatherbond)


Blok Facilities


1.         Dinding Luar Bawah                          -           Ginseng 8137 (Nippon Q-Shield Classic)

            (Dari frame tingkap bawah ke lantai apron)

2.         Dinding atas                                        -           Ivory Vapour 602 (Nippon Weatherbond)

3.         Grove line (4” lebar) dan                    -           White 145 (Nippon Weatherbond)

            Coping atas dinding ablution


INTERIOR


1.         Dinding Dalam untuk Surau dan blok facilities -       Rose White 477 (Nipon Satin Glo)

2.         Ceiling untuk surau dan blok facilities               -       White 9102 (Nipon Super Matex)
          

GLOSS PAINT


1.         Pintu                                                    -           Flamingo 2063 ( Nipon Q-lac)

2.         Frame Pintu                                         -           White 1145 ( Nipon 9000)

3.         Facia board                                         -           White 1145 ( Nipon 9000)

4.         Expose Rafter di blok Facilities          -           Russet 1332 (Nipon 9000)

admin : Maklumat sekadar rekod untuk arkib Ad Diniyyah



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Isnin, 9 Julai 2012

Gambar sekitar Gotong Royong Perdana 08 Julai 2012

Bersih Khemah & Kerusi

Terimakasih kepada semua yang turun bersama bergotong royong membersih kawasan persekitaran surau pagi semalam. Ramadhan semakin hampir. Jom meriahkan Ramadhan tahun ini dengan Pesta Ibadah!

Bersih Lampu dan kipas

Bersih Lampu Pagar

Bersih Tingkap
 
Bersihkan kawasan
 
Kemas Rak Al Quran









Selasa, 20 Mac 2012

Zon Larangan menebang!!


Gambar arkib Ad Diniyyah : Tanah tambak di lereng bukit!!

Warning!! Amaran Keras!! Grrrrrrrr!!

Jangan tebang pokok di kawasan lereng bukit Surau Ad Diniyyah. Akar pokok - pokok besar di lereng bukit membantu mencengkam tanah dan menstabilkan struktur tanah lereng bukit. Kalau nampak siapa - siapa tebang pokok di lereng bukit sila hubungi AJK Surau.

SK: Ada kesan - kesan "pembalakan haram" di lereng bukit ni!! Pelihara alam sekitar. Sayangi surau anda!! :)

Isnin, 23 Januari 2012

Ops!! Bersih Surau



Gambar sekitar Ops! Bersih persekitaran surau pagi semalam sempena cuti CNY. Baiki atap bocor dan tersumbat dengan daun, ganti tombol pintu yang rosak.



Sabtu, 16 Julai 2011

Turun esok! Gotong royong Persiapan Ramadhan



Makluman Setempat

Salam , seperti yang telah di war - warkan, esok insyallah akan diadakan program Gotong Royong Perdana Persiapan Menyambut Ramadhan di surau Ad Diniyyah. Program bermula jam 8.30 Pagi. Sila bawa perlatan yang sesuai.

bawa barangan perlu


Sarapan pagi disediakan
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 9 Jun 2011

Stor Simpanan barang Surau Ad Diniyyah dah pasang jeriji besi



Memperkemaskan lagi sistem pertahanan stor. :) . Jeriji besi siap dipasang Isnin lepas. Mr. Kamal tersenyum selepas selesai kerja pemasangan.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja













Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rak Al Quran Sumbangan Alloy

Terimakasih kepada penyumbang.
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Sabtu, 4 Jun 2011

Syukur! Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Menerima Sumbangan dari Syarikat Alloy


Suraukini dah jadi macam kedai perabot.... :) 

SK merakamkan jutaan terima kasih kepada Syarikat Alloy yang sudi menyumbangkan perabot seperti meja, kerusi almari dan rak buku untuk kegunaan pelajar Tahfiz. Terimakasih Puan Aishah kakitangan Alloy yang mengusahakan sumbangan ini.

Oleh kerana jumlahnya banyak, SK menyalurkan sebahagian sumbangan ini ke sebuah pusat tahfiz yang lain untuk mempastikan sumbangan ini dimanfaatkan. Kecil tapak tangan lori kami tadahkan. :)

Syukran, semoga Allah membalas dengan kebaikan.
Cuci, lap, gam, paku mana - mana yang patut


Hasilnya.... semua kelihatan baru.
Insyallah Anak - anak tahfiz akan memanfaatkannya


SK : SK Sedang mengusahakan sesuatu untuk anak - anak yatim. Teruskan mengikuti blog suraukini. Terimakasih atas sokongan anda!!

Khamis, 5 Mei 2011

Alhamdulillah ada hamba Allah sumbang Signboard baru untuk Surau Ad Diniyyah



Alhamdulillah petang tadi pihak surau menerima sumbangan dari seorang hamba Allah yang ingin namanya dirahsiakan. Hamba Allah ini berbesar hati menyumbang satu papan tanda baru Surau Ad Diniyyah. Papan tanda ini mempunyai gambar logo baru Surau Ad Diniyyah.


 SK: Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. 

Dengar khabar ada Van nak jatuh dari langit....:)

K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 28 April 2011

Longkang di lereng bukit Surau Ad Diniyyah siap dibaik pulih hari ini



Kerja - kerja baik pulih longkang dijangka siap petang ini jika cuaca tidak hujan. SK sempat meninjau tapak kerja selepas solat zohor tadi. Kini kecondongan longkang sudah berada di paras yang betul. Air dapat mengalir.

saliran air yang betul
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com