Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Prihatin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Prihatin. Papar semua catatan

Rabu, 14 Januari 2015

Video Misi Bantuan Pasca Banjir di Temerloh 2.0 - Membersih Surau Kampung Bangau Parit





Taklimat Misi Bantuan Pasca Banjir Temerloh 2.0 i perkarangan Surau Ad Diniyyah


Misi Bantuan Pasca Banjir Temerloh 2.0 telah berjaya melaksanakan misi membersih Surau Kampung Bangau Parit pada 3 Januari 2015. Seramai 40 Sukarelawan yag mengambil bahagian.

Terimakasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan misi ini.

Jazakumullah khairal jaza'


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A



Rabu, 7 Januari 2015

Menyusuri Perkampungan di sepanjang tebing Sungai Pahang pasca banjir - Misi Bantuan Banjir di Temerloh - Video




Menyampaikan bantuan banjir di Kampung Badok Temerloh

Kami berpeluang sekali lagi turun ke Pahang pada 3 Januari 2015 dalam misi bantuan pasca banjir. Seramai lebih kurang 40 sukarelawan menyertai misi kali  ini. Video ini dapat menggambarkan suasana kampung selepas banjir surut.

Kami menyusuri tebing sungai Pahang dengan kenderaan pacuan 4 roda merentasi kampung Bangau Parit, Teluk Mengkuang, Teluk Ira, Behala Gantang, Kampung Bintang, Kampung Sanggang Seberang sehingga tiba ke Kampung Baduk.

Di sepanjang jalan kami dapat saksikan kerosakan rumah akibat banjir. Ada yang masih ditenggelami air Jalan lecak berlumpur, Kami mengambil kesempatan untuk menyampaikan bantuan makanan dan pakaian kepada tuan rumah yang ditimpa musibah ini.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan menyertai misi ini

Jazakumullah khairal jaza'


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja
Masjid Nurul Iman, Daerah Snoul , Wilayah Keracheh Cambodia

Khamis, 1 Januari 2015

Terperangkap 4 hari tanpa makanan. Laluan penuh cabaran - Video Misi Bantuan Banjir di Kampung Teluk Mengkuang Temerloh Pahang






Kampung Teluk Mengkuang adalah antara kampung yang terkandas dilanda banjir. Terdapat 18 keluarga yang terperangkap tanpa bekalan letrik, tanpa lilin, tanpa makanan selama 4 hari bermula 26 Disember - 30 Disember 2014

Ketika bantuan kami sampai pada 30 Disember 2014 penduduk mengadu belum menerima sebarang bantuan sejak 4 hari terkandas

Alhamdullillah Allah bagi kekuatan kepada kami untuk meredah hutan dan paya yang ditenggelami air dengan bot kecil untuk membawa bekalan makanan ini.  

Saksikan video misi bantuan ke kampung Teluk Mengkuang ini.



Link Berkaitan Banjir di Temerloh 2014 


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja
Masjid Nurul Iman, Daerah Snoul , Wilayah Keracheh Cambodia


Rabu, 31 Disember 2014

Terkandas akibat banjir - Video misi bantuan banjir di Kampung Bangau Parit Temerloh



Sebahagian mangsa yang terkandas akibat banjir



Alhamdulillah Admin dan beberapa rakan dari Muslim Care Malaysia telah menyempurnakan misi bantuan banjir di Kampung Bangau Parit Temerloh Pahang semalam. Kampung Bangau Parit antara kampung yang terjejas teruk akibat banjir.

Misi kami adalah untuk menyerahkan bantuan makanan kepada 8 keluarga yang terkandas di kampung tersebut. Semua sumbangan adalah hasil sumbangan orang ramai atas usaha bersama Muslim Care Malaysia, jemaah surau Ad Diniyyah, Staf, pensyarah dan pelajar MJIIT UKM.

Terima kasih kepada yang menyumbang tenaga dan wang ringgit demi menjayakan misi ini.

Jazakumullah khairal jaza'



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Ahad, 22 Jun 2014

Video Misi Dakwah Pra Ramadhan di Kemboja - Kampung Jukaing

Sekolah Islam Muslim Care Alfarabi di Kampung Jukaing Kemboja

Misi hari kedua di Kampung Jukaing Kemboja. Menyampaikan sumbangan kepada guru agama dan pelajar miskin dan menyampaikan sumbangan Muqaddam untuk kegunaan pelajar.

Video rakaman di Kampung Jukaing.


layari www.muslimcare.org.my

S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja



Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 24 Oktober 2013

Hentikan Budaya Sebar Gambar Mangsa Jenayah

 
 
KPN : Harus Hentikan Budaya Menyebar Gambar Mangsa Jenayah

Sejak petang tadi tersebar luas gambar seorang pegawai bank wanita, Noazita bt Abu Talib yang ditembak di bahagian muka dan mati ditempat kejadian.

Tindakan menyebarkan gambar mangsa kejadian jenayah membabitkan seorang pegawai bank wanita ditembak di muka sejak petang tadi merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. 

 
Jika ia dilakukan oleh pegawai polis, maka tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang tdak beretika. Ini bukan kali pertama gambar - gambar yang mengerikan membabitkan mangsa jenayah diedarkan melalui telefon dan ruang siber.

Dipercayai hampir 90% penyebaran ini dibuat oleh anggota polis yang tiba d tempat kejadian atau mengendalikan kes tersebut.

Kita tidak pasti apakah tujuan anggota polis yang pernah melakukan tindakan ini. Mereka mungkin berniat baik mahu mendapat simpati masyarakat. Tapi sebahagian besar saya percaya bertujuan mencari perhatian, sakit jiwa dan sekadar membuang masa tanpa memikirkan implikasi perkara ini kepada pelbagai pihak.

Pengedaran gambar - gambar membabitkan mangsa jenayah dan tempat kejadian jenayah (crime scene) merupakan pembocoran maklumat siasatan secara tidak langsung.

Tidak mustahil suatu hari nanti gambar - gambar ini akan menjadi pertikaian umum dan akhirnya menjejaskan siasatan dan pendakwaan. Gambar - gambar sebegini juga memberi trauma kepada keluarga mangsa dan juga rakyat biasa.

Prihatinlah sama dengan keluarga mangsa dan juga rakyat biasa yang tidak biasa melihat gambar -gambar mengerikan sedemikian. Bayangkan ahli keluarga mangsa yang melihat gambar - gambar tersebut bertebaran di ruang siber.

Bagaimanakah seorang bapa boleh menghalang anaknya daripada melihat wajah ngeri ibu yang ditembak tersebut?
 


 Suatu ketika dahulu negara digemparkan dengan pengedaran gambar bedah siasat allahyarham adik Nurin Jazlin yang berusia 8 tahun, hilang pada 20 Ogos 2007 selepas dia pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di Kuala Lumpur.

Dua puluh tujuh hari kemudian, mayatnya ditemui dalam sebuah beg gimnasium di depan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48 di Petaling Jaya dan laporan bedah siasat mendedahkan dia didera secara seksual.Gambar tersebut dipercayai diedar oleh seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

Apakah tindakan ke atas anggota tersebut? Sejak kebelakangan ini semakin kerap gambar dan laporan jenayah tersebar melalui telefon bimbit dan ruang siber sehinggakan ia menjadi satu kemegahan kepada penyebarnya.

Anggota polis sebagai mereka yang dilatih dengan disiplin, peraturan dan tanggungjawab sewajarnya menunjukkan empati dan simpati yang lebih kepada mangsa bukannya bersuka hati menyebarkan gambar mangsa jenayah dan maklumat tempat jenayah berlaku.

Dalam satu kes pembunuhan di Bukit Putih pada April tahun lalu (2012), Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh pernah memberi peringatan agar orang ramai jangan sewenangnya memuat turun sebarang rakaman video dan gambar bagi mana-mana kes jenayah kerana ia akan mengganggu siasatan selain mengaibkan mangsa terlibat.

Malangnya, dalam kebanyakan kes penyebaran ini dilakukan oleh para anggota sendiri berdasarkan eksklusiviti gambar dan laporan seperti laporan polis.

Saya fikir sudah masanya, Ketua Polis Negara wajar memberi peringatan serius dan juga mengambil tindakan kepada para anggota polis mengenai isu ini. Bukan kerja anggota polis membantu jualan akhbar atau rating media sosial melalui penyebaran gambar - gambar mangsa jenayah.
 







Isnin, 18 Februari 2013

Gambar Sekitar Majlis Penyerahan Van Wakaf

 
 
Dr Azlina dari Srikandi84.

Sebahagian gambar yang sempat dirakam dari lensa Dino Alhamd pada malam penyampaian Van Wakaf oleh Srikandi84. Maaf lewat upload ke blog kerana beberapa kekangan masa. :). Insyallah gambar dari lensa cinagambar akan menyusul.



Syeikh Ali Ahmed Mulla Junior memperdengarkan azan

 
Pengerusi Ad Diniyyah mengalu - alu kehadiran Srikandi84
 
 
Rezeki dari langit. Insyallah amal jariah yang berterusan dari srikandi84
 
 
Team Srikandi84 yang prihatin
 
 
Persiapan hidangan kambing lazat untuk team Srikandi84. Bila nak pekena kambing lagi?? :)
 
 
 Dr Azlina berucap menyampaikan amanat untuk anak - anak Tahfiz.
 
Simbolik Penyerahan Urvan
 
  Cenderahati dari PTA.
 
 
Jazakumullah Khairal Jaza'
 
 
 










 


Rabu, 12 Disember 2012

Forum Pasca Perang Gaza


 
Keratan Akhbar Metro -
 
Keratan Akhbar Metro
 
 

Dengarkan rakaman Forum Pasca Perang Gaza Bersama Ustaz Ridhuan Mohamad Nor, Haji Zulkifli Wahijan dan Syeikh Ahmad Najar malam tadi.

Kredit rakaman untuk Arrawa Kuliah Nusantara

 
Dari Ad Diniyyah Ke Gaza 
Ustaz Ridhuan Mohamad Nor dan Haji Zulkili di Gaza
Haji Zulkifli Bendahari Muslim Care merangkap Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
 
Insyallah SK akan usaha untuk dapatkan video rakaman di Gaza

 
 

Ahad, 2 Disember 2012

Dari Ad Diniyyah ke Gaza !

Haji Zul dan Ustaz Ridhuan kini di Gaza
 
 
 
GAZA: Haji Zulkifli Wahijan - Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah kini berada  di Gaza bagi membantu umat Islam di sana yang memerlukan pertolongan selepas diserang oleh regim Israel.
(Ustaz Ridhuan bersama Zulkifli Wahijan melihat salah seorang mangsa serangan Israel di Gaza.)

Mereka memasuki Gaza atas nama Muslim Care, NGO yang memerjuangkan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.

Di samping membantu merawat mangsa serangan, Muslim Care juga membantu membina kilang roti untuk membekalkan makanan kepada mangsa serangan. Israel menyerang Gaza selama lapan hari baru - baru ini sehinggalah genjatan senjata dicapai hasil rundingan yang dibuat oleh kerajaan Mesir.
 
Ekoran serangan itu, ramai yang terkorban dan cedera termasuk kanak-kanak

Sabtu, 24 November 2012

Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah ke Gaza lagi!!


Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah merangkap Bendahari Muslim Care
Tuan Haji Zulkifli Wahijan 2 dari kanan

SEPANG: Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) tampil antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang kini giat mengumpul dana bagi membina semula beberapa masjid yang runtuh di Semenanjung Gaza akibat serangan roket tentera Zionis.
Muslim Care kini giat mengumpul dana termasuk sumbangan daripada pelajar Malaysia yang menuntut di United Kingdom. Timbalan Presidennya, Zulkefli Mohd Nani berkata, dua ahli Muslim Care iaitu Bendahari Agungnya, Zulkifli Wahijan dan Exco Muslim Care, Riduan Mohamad Nor bertolak ke United Kingdom dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam, untuk bertemu pelajar Malaysia di sana.

Menurutnya, rancangan mengutip dana bagi membina masjid di Tebing Gaza itu sudah dirancang sebelum perang meletus 20 November lalu namun ia akan diperhebatkan berikutan beberapa masjid di bandar Gaza dilaporkan musnah.
“Setakat ini, RM100,000 berjaya dikumpul dan kami menjangka mampu memperoleh RM1 juta pada penghujung tahun ini bagi tujuan membina atau membaik pulih masjid di sana,” katanya.Menurutnya, misi itu mendapat kerjasama NGO dan kerajaan Mesir untuk memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah.

Zulkefli berkata, orang ramai masih boleh menyumbangkan wang ke akaun Muslim Care di atas nama Viva Palestin menerusi nombor akuan Maybank, 564490211159 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 26212000004747


Sumber berita harian metro 24 November 2012

Rabu, 10 Oktober 2012

Mengukuhkan struktur tanah lereng bukit Surau Ad Diniyyah


 
Insyallah , kerja - kerja membaik pulih lereng bukit Surau Ad Diniyyah akan bermula tidak lama lagi. Signboard sudah terpacak. Terima kasih pihak yang berusaha mengetengahkah isu tanah lereng bukit ini.  Terima kasih Unit Pengurusan Zon taman Templer, Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman, JAIS, Pusat Zakat dan JKR Negeri Selangor.

Alhamdulillah. Mudah - mudahan pihak kontraktor dan Jururunding dapat menjalankan kerja dengan baik dan amanah demi keselamatan jemaah surau dan anak - anak Tahfiz. Selangorku Prihatin.

Jazakallah Khair

 
Dari kaki lereng bukit Surau Ad Diniyyah
 
 
Gambar Arkib Ad Diniyyah 2006 - Struktur Tanah lereng bukit yang curam .
 
 
Gambar Arkib Ad Diniyyah 2009 - Struktur Tanah lereng bukit yang curam .
 
 
 

Khamis, 1 Mac 2012

Derma Kilat! Sumbangan untuk Guru PASTI Ar Raudhah


Sharing is Caring!!

Jawatankuasa surau Ad Diniyyah malam ini melancarkan Tabung Derma Kilat kepada Puan Suryani yang diserang angin ahmar kelmarin. Cikgu Su merupakan salah seorang tenaga pengajar di PASTI AR RAUDHAH Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A.

Semua sumbangan boleh diserahkan kepada Ustaz Azhari Ibrahim. Semoga sumbangan anda dapat meringankan beban keluarga beliau.

Jazakallahu Khairal Jaza'


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja











 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Isnin, 3 Mei 2010

Kaedah baru curi kereta. Sila ambil perhatian


Melalui email

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA - CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk ke dalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih di dalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian.

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja