BANDARAYA MEXICO: Gempa bumi kuat berukuran 7.4 skala Richter menggegarkan selatan Mexico kelmarin, merosakkan lebih 800 rumah berhampiran pusat gegaran dan menyebabkan bangunan bergoyang serta menimbulkan kebimbangan serta panik di kalangan penduduk termasuk yang tinggal beratus-ratus kilometer dari ibu negara.
Pekerja dan penduduk dalam keadaan takut memenuhi jalan raya di ibu
negara. Perkhidmatan telefon tergendala di bandar raya itu dan seluruh kawasan
yang merasai gegaran sekurang-kurangnya satu minit.
Beberapa kawasan penempatan mengalami gangguan bekalan elektrik, menurut Datuk
Bandar Marcelo Ebrard, yang mewujudkan talian hotline untuk orang ramai membuat
aduan.
Sebuah jambatan pejalan kaki turut runtuh menghempap sebuah bas transit yang kosong. Seramai 40 penumpang terkandas untuk seketika di dalam tren di lapangan terbang Bandaraya Mexico tetapi dikeluarkan tidak lama kemudian.
Lapangan terbang ditutup untuk sementara tetapi pegawai berkata, landasan tidak rosak dan operasi disambung semula.
Perunding alam sekitar, Samantha Rodriguez, 37, yang dipindahkan dari tingkat 11 bangunan pejabat Menara Angel, berkata dia menyangka keadaan akan berlaku sekejap tetapi tembok mula retak dan bergegas keluar bersama rakan sepejabat. Gempa bumi terbaru adalah terkuat menggegarkan Mexico sejak gegaran maut pada 1985 yang membunuh beribu-ribu orang di Bandaraya Mexico.
Kawasan paling teruk ialah di negeri Oaxaca dan Guerrero, selatan Mexico. Di Guerrero, pegawai mengesahkan 800 rumah rosak, dengan 60 lagi runtuh.

1 ulasan:
kepada tuan suraukini.. ana ada satu penemuan mengikut instinct ana.. betul ke tak jwp ni x tau ler..
ana rasa teori 188 tu mgkn ada menyatakan yang ttg tanah yang dijadikan tandus.. mgkn sbb gempa bumi inilah.. ana try splitkan 188 tu kepada 2 bhgian iaitu "18" n "8".
dimana 18 pertama adalah bilangan surah ke berapa dlm quran dan 8 tu adalah ayat ke lapan dlm surah ke lapan belas.. guess what!!.. ana terkejut ia adalah SURAH ALKAHFI... ayat ni rupa2nya ayat yang ana duk baca hari2.. hehe..
وَإِنَّا لَجَـٰعِلُونَ مَا عَلَيۡہَا صَعِيدً۬ا جُرُزًا
maksudnya: Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.. (gempa bumi la tu)
tp smpai sekarang ana tak tau dari mana datangnya "teori 188" yg tuan suraukini maksudkan tu.. sbb ana sebagai pengkaji pelbagai spekulasi teori, tidak pula tahu mengenai teori ini.
kalau jawapan ana salah tu, harap maaf.. sbb ana hanya solve the puzzle jer.. >_<
-lightspeed traveller
Catat Ulasan