Penurunan Ijazah Al Quran Generasi ke generasi
Apakah Ijazah Al
Quran bersanad??
Ijazah Al-Quran
ialah satu anugerah seperti sijil pengiktirafan yang diberikan oleh tuan guru
kepada anak muridnya yang selesai menguasai bacaan Al-Quran secara talaqqi
& musyafahah bersama tuan guru yang juga memiliki ijazah.
Sanad pula ialah
senarai rantaian nama panjang, bermula dari pemilik sanad hinggalah berakhir
kepada Allah S.W.T. Selalunya, pemberian sanad akan disatukan sekali dengan
ijazah Al-Quran. Oleh itu, lebih mudah untuk kita memahami ijazah dan sanad
sebagai perkara yang sama.
Setiap sanad terkandung di dalamnya senarai nama yang
panjang dan berturutan. Ia bersifat sambung- menyambung tanpa terputus bermula
dari nama pemilik sanad, kemudian diikuti nama tuan guru Al- Qurannya dan
seterusnya tuan guru kepada ’tuan guru’ pemilik sanad.
Dengan kata lebih mudah,
ia lebih kurang begini : En. Sabaruddin (pemilik sanad) – belajar Al-Quran dengan En.
Sham (tuan guru Al-Qurannya) – belajar Al-Quran kepada En Arman (tuan gurunya)
– belajar Al-Quran kepada En. Sapuan (Tuan gurunya)……….
Senarai ‘tuan guru kepada tuan guru’ ini akan berterusan,
merentasi beberapa para ahli Qurra’ terkemuka seperti Imam Syatibi r.a, Imam
Jazari r.a, terus - menerus bersambung hinggalah ke generasi ta’bi’-taa’bi’in, kemudiannya
para taa’bi’iin iaitu
generasi ketiga, kemudiannya para sahabat yang mulia seperti Ali bin Abi Talib,
Saidina Uthman Affan dll, di mana mereka semuanya berguru secara langsung
dengan Manusia Agung, tuan guru Al-Quran terulung iaitu Rasulullah S.A.W.
Senarai mulia ini itu tidak terhenti hingga setakat
Rasulullah sahaja. Ia akan bersambung dengan nama ‘tuan guru’ Rasulullah iaitu
Malaikat Jibril a.s dan seterusnya yang terakhir, pemilik Kalamullah iaitu Allah Azza Wa
Jalla.
SK: Anak - anak Tahfiz Ad Diniyyah. Anda patut berbangga kerana anda mempunya Guru Ijazah bersanad. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Belajar bersungguh - sungguh . Betulkan sebutan bacaan dan hafazan!!
0 ulasan:
Catat Ulasan