Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Jumaat, 24 Disember 2010

Pelancaran Tabung Pembinaan Bilik Mandi Tambahan

Jawatankuasa Pusat Tahfiz Ad Diniyyah malam tadi telah melancarkan tabung Pembinaan bilik Mandi Tambahan untuk anak - anak Tahfiz. Sumbangan dialu - alukan. Rebutlah Lima Perkara sebelum datang Lima Perkara.!! Bahan binaan sudah sampai, sumbangan masih diperlukan untuk pembinaan. Rebutlah peluang beramal jariah sebelum datangnya hari di mana ketika itu harta benda dan kemewahan  tidak memberi sebarang faedah lagi. ...

Program Hafazan Cuti Sekolah 2010 melabuhkan tirai

Sekalung tahniah kepada semua urusetia, para guru dan individu yang memberi sumbangan tenaga, harta dan masa bagi menjayakan Program Hafazan Cuti Sekolah 2010. Majlis Perasmian Penutup berjalan lancar malam tadi dalam suasana ceria. Suraukini selaku Penyelaras Program meyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafaan jika terdapat salah silap, tersalah berbahasa kepada para guru dan ibu bapa sepanjang program berlangsung. Gambar - gambar dibawah...