Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Khamis, 28 April 2011

Cuti Hujung bulan - manfaatkan masa dengan berfaedah

Esok Jumaat 29 April , anak - anak tahfiz akan bercuti hujung bulan. Pengajian akan di sambung semula pada hari selasa 2 Mei. Semua anak - anak Tahfiz diberi cuti sehingga petang Isnin 1 Mei. Selamat bercuti, jangan lupa mengulang hafaz surah - surah yang telah ditetapk...

Longkang di lereng bukit Surau Ad Diniyyah siap dibaik pulih hari ini

Kerja - kerja baik pulih longkang dijangka siap petang ini jika cuaca tidak hujan. SK sempat meninjau tapak kerja selepas solat zohor tadi. Kini kecondongan longkang sudah berada di paras yang betul. Air dapat mengalir. saliran air yang betul S U R A U K I N I Menyokong penuh usaha Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja Upah...

Membaikpulih longkang dan saluran air Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

Kerja - kerja membaik pulih longkang memasuki hari kedua. Terima kasih kepada pembaca blog yang membuat sumbangan kewangan untuk kerja - kerja baik pulih ini siang tadi. Semoga sumbangan tersebut dapat menjadi amal jariah yang berterusan. Selagi surau ini ada, selagi Pusat Tahfiz ini ada, insyaallah ada pahala yang terus mengalir. Mudah mudahan benih yang ditanam hari ini , dapat kita tuai hasilnya, di sana kelak. Anda menyumbang,...

Rabu, 27 April 2011

Jadual Kuliah Bulan Mei - Banyak Program Besar Bulan ini!!

Insyaallah, jadual ini akan di update dari masa ke semasa. Ada beberapa orang ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya 04.05.11 - Rabu - Ustaz Zaki Madzar Atham (Kitab Matlaul Badrain) 05.05.11 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin) 07.05.11 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli) 07.05.11 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah ( Hadith 40) 08.05.11 - Ahad 8.30 Pagi - Ustaz Mustafa...

Logo rasmi Surau Ad Diniyyah

Sebenarnya logo ini sudah siap sejak beberapa hari yang lepas. Logo ini masih mengekalkan ciri - ciri yang sama terdapat pada  Logo Pusat Tahfiz. Simbol kubah, bulan, bintang, rehal dan Al Quran dikekalkan. Cuma perkataannya sahaja ditukar. Insyallah ada seorang hamba Allah yang berbesar hati untuk menyumbang signboard baru surau dengan logo baru ini. Signboard baru ini akan menggantikan signboard lama yang berusia hampir lima tahun...

Selasa, 26 April 2011

Kerja baik pulih longkang di lereng bukit bermula hari ini

Longkang lereng bukit - gambar koleksi SK 26 September 2009 Mesyuarat AJK Surau dan Tahfiz pada malam kelmarin bersetuju untuk membaiki longkang di lereng bukit bahagian belakang surau. Kerja - kerja baik pulih ini perlu dilakukan untuk mempastikan aliran air hujan mengikut laluan yang betul. Longkang yang sedia ada ini siap dipasang pada bulan Ogos 2006. Kerja - kerja baik pulih ini telah diamanahkan kepada IR. Haji Mohamad...

Isnin, 25 April 2011

Notis Mesyuarat Agung Surau Ad Diniyyah kali ke 9 (2011 - 2012)

Gambar Kenangan - Pendaftaran Kehadiran AGM 2008 Kepada Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat, Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!! PER: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 9 SURAU AD DINIYYAH TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A SESI 2011 - 2012. Perkara di atas adalah dirujuk 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan...

Ahad, 24 April 2011

Riadhah sebelah petang selepas penat menghafaz

Rakaman aktiviti sebelah petang anak - anak tahfiz. Acara memeluhkan badan selepas memerah otak menghafafaz ayat - ayat Al Quran....