Selasa, 26 April 2011

Kerja baik pulih longkang di lereng bukit bermula hari ini


Longkang lereng bukit - gambar koleksi SK 26 September 2009

Mesyuarat AJK Surau dan Tahfiz pada malam kelmarin bersetuju untuk membaiki longkang di lereng bukit bahagian belakang surau. Kerja - kerja baik pulih ini perlu dilakukan untuk mempastikan aliran air hujan mengikut laluan yang betul.

Longkang yang sedia ada ini siap dipasang pada bulan Ogos 2006.

Kerja - kerja baik pulih ini telah diamanahkan kepada IR. Haji Mohamad Amin. Sumbangan amat diperlukan. Hubungi AJK Surau.



0 ulasan: