Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Sabtu, 30 Julai 2011

Pesta Ibadah bermula - Perasmian Tazkirah Ramadhan 1432

Ustaz Azhari Ibrahim Ustaz Azhari Ibrahim , Timbalan Pengerusi Surau Ad Diniyyah dan Timbalan Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah akan merasmikan Tazkirah Ramadhan 1432 malam esok. Jemput datang malam esok ke surau. Bawa anak - anak sekeluarga ke surau. Tadarrus Al Quran juga akan bermula malam esok. Meriahkan Ramadhan ini dengan Pesta Ibadah. SK: Kaunter Sumbangan untuk Ramadhan di buka selepas Maghrib di surau malam esok. S U R A U K...

Kalau puasa jatuh pada hari Isnin maka Lailatul Qadr ialah pada hari....

 Pesta Ibadah sudah bermula  Menurut penelitian Imam Ghazali rh. Lailatul-Qadr dapat diperolehi sebagai berikut: Kalau puasa dimulai pada hari Ahad atau Rabu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 29 Ramadhan. Kalau puasa dimulai pada hari Isnin. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 21 Ramadhan. Kalau puasa dimulai pada hari Selasa atau Jumaat. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 27 Ramadhan. Kalau puasa dimulai pada hari Khamis. Maka...

Pesta ibadah sudah bermula - Lagi penajaan majlis buka Puasa 14 Ogos 2011

Syukur!, Surau Ad Diniyyah dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah baru saja menerima satu lagi tempahan untuk menaja majlis berbuka Puasa pada Ahad 14 Ogos 2011.  Untuk makluman kehadiran jemaah untuk berbuka biasanya lebih ramai pada hujung minggu. Sabtu dan Ahad sekitar 150 - 180 orang . Kehadiran jemaah pada hari bekerja sekitar 50 orang sahaja.  S U R A U K I N I Menyokong penuh usaha   Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar...

Jumaat, 29 Julai 2011

Persiapan Sebelum Ramadhan

 Wakaf Khemah untuk Surau Ad Diniyyah AKTIVITI SETEMPAT : Gotong Royong Persiapan Ramadhan 2.0 akan diadakan sekali lagi pagi esok jam 8.30 Pagi (Sabtu) . Semua dijemput hadir ke surau untuk membuat kemasan terakhir sebelum kedatangan Ramadhan Ahad ini. Sila bawa peralatan sesuai. Waterjet machine cleaner diperlukan. Sarapan disediakan. Sila turun! SK : Tahun ini AJK memutuskan untuk membeli 3 Set Khemah Piramid 20" x 20" untuk kegunaan sepanjang...

Khamis, 28 Julai 2011

Ramadhan datang Lagi

Bulan Ramadhan bulan yg berkat Bulan rahmat dan bulan utama Pahala digandakan, doa diterima Bulan Lailatul Qadar yg istimewa   Isilah bulan ini, banyakkan amalan Beribadah malam, siang berpuasa Banyakkanlah sedekah jgn dikira Moga ia menjadi penebus dosa Membaca Al-Quran jgn dilupakan Zikir dan Tasbih elok disertakan Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara Agar Ramadhan tidak sia-sia... Hindarkanlah dosa di setiap anggota Kalau boleh dosa hati jua Kerna dosa itu merosakkan pahala Agar kita tidak mensiakan Ramadhan Isilah...

Info dari Konvoi Muslim Care ke Gaza - Aminkan Doa ini!!

Konvoi Ke Gaza kini bergerak dari Kaherah ke Al Arish SK menerima sms dari Haji Zulkifli sebentar tadi. Beliau memaklumkan rombongan telah selamat tiba ke Airport Kaherah. Terdapat sedikit masalah di airport Kaherah . Beberapa orang ahli konvoi telah dihalang daripada memasuki Kaherah. Alhamdulillah dengan izin Allah dengan bantuan Kamal Eshamy (bekas tentera Mesir) semua halangan dapat diselesai. Konvoi kini sedang bergerak menuju...

Rabu, 27 Julai 2011

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 1432 Ahad ini

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.  Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor);...

Selasa, 26 Julai 2011

Pengerusi Tahfiz Ad Diniyyah ke Gaza malam ini - Tahniah

SK mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Tuan Haji Zulkifli (Gambar)  yang juga merupakan Bendahari Muslim Care Malaysia yang akan berangkat ke Gaza malam ini. Rombongan seramai 10 orang ini dijangka berlepas malam ini. YB. Khalid Samad juga akan bersama misi ini. Insyaallah. Insyallah mudah - mudahan misi ini berjaya mencapai matlamatnya. Menerobos tembok kematian yang dibina Yahudi Laknatullah. Insyallah...

Pembunuh Yang Membunuh Lebih 90 Nyawa Di Oslo Mengaku Membunuh Kerana Takut Dengan Perkembangan Islam Yang Hebat Di Eropah.

Breivik mengacukan senjata automatik.  UNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu. Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai...

Isnin, 25 Julai 2011

Gambar Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bercuti di Teluk Kemang

   Matahari melabuh tirai malam di Teluk Kemang - Jerebu Ketika SK menulis catatan ini, konvoi Pelajar Tahfiz telah pun selamat pulang dan tiba di asrama penginapan . Maaf! kerana SK tidak berkesempatan update blog ketika berada di Teluk Kemang kerana masalah line internet  yang kurang bagus.  Cuaca pagi ini amat bagus. Langit biru. Tenang. Cerah. Lewat malam semalam sekitar jam 12.00 tengah malam. angin membadai...

Ahad, 24 Julai 2011

Alhamdulillah Konvoi tiba TM Resort Teluk Kemang

  TM Resort selepas Maghrib Konvoi pelajar Tahfiz Ad Diniyyah tiba di TM Resort Teluk Kemang jam 12.00 tengahari tadi. Cuaca agak panas hingga ke petang. Anak - anak tahfiz seronok tak terhingga. Terjun kolam , terjun laut. Hitam kulit dibaham matahari.:)  Menunggu nak cek in resort - pekena roti dulu      Mesyuarat tergempar :  siapa nak terjun dulu ni???  Petang bersiap sedia di gigi pantai...