Ahad, 24 Julai 2011

Alhamdulillah Konvoi tiba TM Resort Teluk Kemang


TM Resort selepas Maghrib

Konvoi pelajar Tahfiz Ad Diniyyah tiba di TM Resort Teluk Kemang jam 12.00 tengahari tadi. Cuaca agak panas hingga ke petang. Anak - anak tahfiz seronok tak terhingga. Terjun kolam , terjun laut. Hitam kulit dibaham matahari.:)

 Menunggu nak cek in resort - pekena roti dulu 

 
Mesyuarat tergempar :  siapa nak terjun dulu ni??? 

Petang bersiap sedia di gigi pantai merakam matahari terbenam di kaki langit. Menunggu detik matahari terbenam bersama Dino Alhamd. Jurufoto profesional. Ustaz Rahman dan Haji Sapuan bertungkus lumus menyalakan api untuk sesi BBQ selepas Maghrib. Berborak santai di tepi pantai sambil pekena teh tarik Pak Hashim selepas Isyak. Angin laut sepoi - sepoi membadai pelepah nyiur di perkarangan TM Resort. Anak - anak tahfiz kenyang terlantar selepas pekena kambing bakar.

 Tercabut dah kopiah.... hihihi

Pak Hashim menunjuk kepakaran. Santai BBQ TM Resort 


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 










 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: