Khamis, 28 Julai 2011

Info dari Konvoi Muslim Care ke Gaza - Aminkan Doa ini!!



Konvoi Ke Gaza kini bergerak dari Kaherah ke Al Arish

SK menerima sms dari Haji Zulkifli sebentar tadi. Beliau memaklumkan rombongan telah selamat tiba ke Airport Kaherah. Terdapat sedikit masalah di airport Kaherah . Beberapa orang ahli konvoi telah dihalang daripada memasuki Kaherah. Alhamdulillah dengan izin Allah dengan bantuan Kamal Eshamy (bekas tentera Mesir) semua halangan dapat diselesai.

Konvoi kini sedang bergerak menuju ke Al Arish dengan kawalan keselamatan dari polis Khas. Suasana di Mesir kini masih belum stabil selepas kejatuhan Mubarak. Perjalanan ke Al Arish melalui lebih 10 chekpoint tentera. Setiap kali tiba di chekpoint ahli konvoi akan disoal jawab sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

Konvoi kini berhenti rehat di rumah tumpangan di AL Arish. Solat Subuh. Tiada bekalan air . Air mineral digunakan untuk berwudhuk. Jam 9.00 pagi ini (waktu Malaysia) Konvoi akan bergerak untuk melepasi Gaza

Doakan perjalanan kami selamat tiba. Gambar akan menyusul Insyaallah

Hj. Zul

SK: Insyallah mudah - mudahan Allah permudahkan urusan.

Bersama kita doakan kejayaan konvoi ini . Bersama kita aminkan doa Sheikh Misyari Rashid Al Afasy


 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: