GARIS PANDUAN pelajar
PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH (PTA) 2018
A- PAKAIAN
PELAJAR PTA
Pakaian Waktu pengajian
1.
Pelajar dikehendaki memakai pakaian
kemas iaitu berjubah putih dan berserban pada setiap hari belajar dan sewaktu
kuliah Maghrib
2.
Pelajar mesti memiliki sekurang –
kurangnya 2 helai jubah rasmi berwarna putih berlogo dan mempunyai tag nama
3.
Pelajar tidak dibenarkan memakai T-shirt
atau apa - apa jenis pakaian selain yang dibenarkan.
Pakaian Luar waktu pengajian
1. Pelajar dikehendaki memakai pakaian kemas berkopiah
(kopiah putih merah) dan pakaian yang
menutup aurat.
2. Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar jeans,
seluar pendek, pakaian yang tertera gambar yang tidak layak sebagai seorang
pelajar tahfiz
3. Dilarang memakai pakaian yang membuka aurat.
B- ASRAMA
1.
Kebersihan di
luar dan di dalam asrama adalah tanggungjawab bersama.
2.
Katil
hendaklah sentiasa kemas bercadar putih / biru cair
3.
Pelajar hendaklah
menyimpan buku - buku dan pakaian pada tempat yang disediakan.
4.
Kebersihan dan
kekemasan bilik asrama hendaklah dipastikan sebelum keluar dari bilik asrama.
5.
Para pelajar
hendaklah mengikut giliran membersih untuk setiap pagi / petang.
6.
Pelajar tidak
dibenarkan makan di dalam asrama.
7.
Pelajar tidak
dibenarkan membawa air yang manis di dalam asrama. (Kecuali botol air mineral).
Air panas dan sejuk sentiasa disediakan di aras bawah asrama
8.
Pelajar
dilarang membuat perlakuan sumbang, bising, bermain sehingga mengganggu
ketenteraman di dalam asrama.
9.
Pelajar tidak
dibenarkan membawa barangan terlarang seperti HP, seluar jeans, baju bergambar,
barangan berunsur lucah, komik, barangan eletronik, rokok dan sebagainya.
10.
Segala
kelengkapan di dalam asrama hendaklah diguna dan dijaga dengan baik.
11.
Kerosakan yang
dilakukan oleh pelajar hendaklah diganti olehnya samada dalam bentuk barang
atau wang.
12.
Pelajar
dikehendaki tidur pada jam 10.30 malam dan bangun selewat - lewatnya jam 5.00
Pagi
13.
Pelajar
dilarang keras bermain di tembok koridor asrama dan koridor luar tingkap
dibelakang asrama.
C-
PERHIMPUNAN MINGGUAN PELAJAR DAN GURU
1. Perhimpunan mingguan hendaklah diadakan pada setiap
pagi hari Isnin.
2. Perhimpunan hendaklah didahului dengan bacaan
Asmaul Husna.
3. Guru hendaklah
menyampaikan amanat mingguan dan sentiasa mengingatkan pelajar tentang
peraturan di PTA.
D-
BILIK AIR / TANDAS
1.
Pelajar dilarang meninggalkan pakaian, tuala, baldi, ubat gigi,
syampu, sabun atau barang persendirian di dalam bilik mandi / tempat wudhuk /
sinki tempat wudhuk / kawasan mesin basuh.
2.
Pelajar mestilah membersihkan bilik air / tandas mengikut giliran.
E- KELAS
PENGAJIAN
1. Pelajar hendaklah bangun dari tidur pada jam 5.00
pagi melakukan solat tahajjud dan melancarkan bacaan saba’.
2. Kebersihan dalam bilik kelas adalah tanggungjawab
bersama.
3. Pelajar hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih
samada sebelum atau selepas pengajian.
4. Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang makanan
atau minuman yang dibeli ke dalam kelas.
5. Pelajar dilarang membuat perlakuan sumbang, bising
dan bermain di dalam kelas.
6. Segala kelengkapan di dalam kelas hendaklah diguna
dengan baik.
7. Kerosakan yang dilakukan pelajar hendaklah di ganti
olehnya samada dalam bentuk barang atau wang.
8. Al - Quran yang telah dibaca hendaklah disimpan di
tempat yang sesuai dan di rak yang disediakan.
9. Suis - sius elektrik hendaklah dimatikan selepas
digunakan.
10. Pelajar mesti berada didalam kelas pada waktu
ditetapkan.
11. Sesi pengajian adalah seperti yang telah ditetapkan
di dalam jadual. Pihak PTA berhak mengubah jadual harian pelajar jika
difikirkan perlu.
12. Para pelajar di larang membuli antara satu sama
lain. Hukuman keras terhadap pembuli.
13. Pelajar mesti menghadiri kuliah pada waktu yang
dijadualkan oleh guru, pelajar yang sakit dikecualikan menghadiri kuliah dengan
mengemukakan surat sakit doktor.
F- UJIAN
TAHAP PENCAPAIAN
1.
Ujian tahap
pencapaian pelajar akan diadakan 3 kali setahun. Iaitu pada bulan April, Ogos
Dan November.
2.
Guru akan menyediakan laporan pencapaian pelajar kepada
AJK selewat – lewatnya seminggu selepas ujian selesai diadakan.
3.
Salinan
keputusan Ujian akan diberi kepada semua Ibu bapa pelajar.
G- BILIK
MAKAN
1. Semua pelajar hendaklah makan secara berjamaah pada
setiap masa yang telah ditetapkan.
2. pelajar hendaklah membasuh dan menyusun kembali
pinggan atau dulang yang telah digunakan.
3. Pelajar dilarang makan bersendirian atau berkumpulan
di dalam asrama, kelas pengajian dan surau.
4. Ibubapa atau penjaga yang melawat anak / jagaan
hendaklah makan di dewan makan.
5. Pelajar mesti menyapu bersih lantai, meja dan dapur
dewan makan setiap hari selepas makan mengikut giliran.
H- SURAU
1. Pelajar hendaklah menyusun semua meja mengaji,
kitab dan sejadah selepas mengaji dan solat.
2.
Pelajar mesti melakukan solat fardu
secara berjamaah. Solat sunat rawatib / dhuha / witir / qiamullail adalah
dimestikan kepada semua pelajar
3. Pelajar hendaklah menjaga kebersihan surau mengikut
giliran dan memastikan surau sentiasa di dalam keadaan bersih.
4. Pelajar hendaklah memastikan suis lampu, kipas
sentiasa di tutup selepas mengaji dan solat.
5. Menjaga tata tertib di dalam surau, tidak membuat
bising dan tidur di dalam surau.
6. Pelajar akan digilirkan untuk memimpin solat jemaah
dan azan sebagai praktikal bermasyarakat
I-
KELAS AKADEMIK / KELAS FARDHU AIN
/ KULIAH MAGHRIB
1.
Pelajar wajib menghadiri kelas akademik
yang telah ditetapkan 2 kali seminggu.
2.
Guru akademik akan menyediakan laporan
pencapaian akademik pelajar 3 kali setahun.
3.
Guru akan mengatur ujian secara
sistematik pada bulan April, Ogos , dan November.
4.
Pelajar perlu menghadiri semua kelas
Pengajian Kitab Fardhu ain dan kuliah Maghrib
J- RIADAH
1.
Pihak PTA menyediakan kemudahan 1 set meja
ping pong, utk riadhah. Pelajar dibenarkan membawa raket badminton / ping pong.
Ruang ground floor hanya sesuai utk bermain badminton dan ping pong sahaja.
Permainan bola sepak adalah dilarang di ground floor.
2.
Pelajar dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai dan sepertimana yang termaktub dalam peraturan menutup aurat.
3.
Pelajar tidak dibenarkan bermain ketika
hujan.
4.
Alatan sukan hendaklah digunakan dengan
baik dan dikembalikan ke tempat asal.
5.
Kerosakan alatan / kemudahan surau atau
hilang adalah di bawah tanggungjawab pelajar.
6.
Pihak AJK berhak mengatur aktiviti sukan
/ riadhah pelajar PTA.
K-
KELUAR KE KEDAI DAN PERGERAKAN DALAM TAMAN
1.
Pelajar hanya dibenarkan keluar dari
kawasan taman perumahan untuk ke kedai membeli keperluan hanya 2 kali seminggu.
Iatu pada jam 5.00 – 6.00 Petang setiap hari Khamis sahaja.
2.
Makanan ringan / jajan tidak dibenarkan
kerana boleh merosakkan hafazan
3.
Pelajar ditegah makan sambil berjalan
ketika keluar membeli.
4.
Pelajar dilarang membuat bising /
berakhlak buruk ketika berada di kawasan taman perumahan.
5.
Pelajar dilarang berhimpun di tempat –
tempat terlindung di dalam kawasan taman perumahan.
6.
Pelajar tidak dibenar sama sekali
memasuki mana – mana rumah di kawasan perumahan melainkan diatas jemputan rasmi
pihak tuan rumah
7.
Pelajar diwajibkan berpakaian kemas
setiap kali keluar ke kedai dan pergerakan dalam taman
L- KELUAR KE MASJID UNTUK SOLAT
JUMAAT
1.
Pelajar akan bergerak ke masjid Kampung
Bendahara untuk menunaikan solat Jumaat. Pelajar hendaklah berjalan dalam
kumpulan utk ke masjid pada setiap hari Jumaat selewat – lewatnya 30 minit
sebelum masuk waktu zohor.
2.
Pelajar diwajibkan solat sunat Tahiyatul
Masjid ketika memasuki Masjid dan solat sunat Ba’diah selepas Solat Jumaat.
3.
Pelajar dilarang keras bermain dan
bergelak ketawa ketika di masjid.
4.
Pelajar dikehendaki berjalan pulang
secara berkumpulan selepas selesai solat Jumaat.
M- JEMPUTAN KENDURI
1.
PTA hanya akan membenarkan pelajar
keluar untuk menghadiri jemputan kenduri
tahlil arwah / doa selamat (jemputan luar kawasan) pada setiap hari Sabtu sahaja.
2.
Kebenaran menghadiri jemputan tahlil /
doa selamat dalam kawasan taman adalah atas budi bicara AJK PTA.
3.
Pelajar mestilah berpakaian rasmi , baju
raihan atau jubah dan serban lengkap ketika menghadiri jemputan.
4.
Pelajar perlu mengetahui adab – adab
ziarah dan menghadiri jemputan kenduri.
N-
MENYERTAI
PERTANDINGAN / MUSABAQAH
1.
Pihak PTA
berhak menghantar pelajar memasuki pertandingan / musabaqah yang difikirkan
sesuai oleh pihak PTA
2.
Ibu bapa akan
dimaklumakan jika penyertaan luar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
O- CUTI / KELUAR ASRAMA
1. Pelajar hendaklah mematuhi tempoh cuti yang
diberikan.
2. Pelajar hanya dibenarkan pulang selepas waktu asar
sehari sebelum cuti bermula dan kembali ke asrama sebelum jam 6 petang pada
tarikh akhir cuti.
3. Pelajar dikehendaki memakai pakaian rasmi pelajar
setiap kali keluar/ pulang dan kembali ke asrama.
4. Dilarang membawa barang larangan ketika kembali ke
asrama.
5. Pelajar hanya dibenarkan keluar asrama setelah
mendapat izin warden / guru dan menulis nama dalam buku catatan keluar masuk
pelajar.
6.
Pelepasan
keluar asrama bersama ibu bapa hanya dibenarkan pada hari sabtu minggu mulai
jam 8.00 am – 6.00 pm
7.
Pelajar tidak
dibenarkan menghadiri majlis kenduri kecuali dengan izin warden / guru.
8.
Pelajar hanya
boleh keluar dengan ibubapa / penjaga.
P- IBUBAPA / PENJAGA / YURAN
1. Ibubapa
/ penjaga tidak dibenarkan untuk
naik ke asrama pelajar kecuali dengan keizinan pihak AJK.
2. Ibubapa dibenarkan membawa keluar anak mereka pada Sabtu
minggu kedua mulai jam 8.00 pagi – 6.00 petang
3. Ibu bapa perlu menjelaskan bayaran yuran di awal bulan sebelum 7 haribulan
setiap bulan
4. Yuran Pendaftaran yang dikenakan berjumlah RM200
sahaja. Manakala Yuran Bulanan berjumlah RM380.00
5. Ibu bapa yang gagal membayar yuran 3 bulan berturut
– turut akan diberi notis. Pihak PTA berhak memberhentikan pelajar jika ibu
bapa gagal membuat bayaran yang dalam tempoh yang ditetapkan.
6. PTA tidak beroperasi untuk mencari keuntungan
kewangan. Kos keseluruhan yuran masih tidak mampu menampung kos operasi PTA.
Ibu bapa diminta komited untuk membuat bayaran yuran bulanan sebagi tanda
sokongan.
Q- HAL EHWAL KESIHATAN PELAJAR
1. Tanggungjawab pengurusan kesihatan diri setiap pelajar
dipantau oleh guru sepanjang masa.
2. Apabila berlaku masalah kesihatan kepada pelajar,
PTA akan menguruskan rawatan di klinik kesihatan berdekatan dengan prosuder
mendahulukan segala kos rawatan dan ubatan, kos sebenar akan ditanggung oleh
pihak ibubapa pelajar. Resit kos rawatan akan diserahkan kepada ibu bapa.
R. HAD HUKUM BAGI SALAH LAKU PELAJAR PUSAT TAHFIZ AD- DINIYYAH
BIL
|
JENIS
KESALAHAN
|
HUKUMAN
YANG DIKENAKAN
|
1
|
Membawa, menonton VCD lucah atau bahan-bahan yang
berunsur lucah
|
DIBERHENTI
|
2
|
Membawa, menjual dan menghisap rokok
|
DIBERHENTI
|
3
|
Mencuri atau mengambil secara paksa
|
DIBERHENTI
|
4
|
Menimbul atau melakukan pergaduhan / mencederakan /
mendera fizikal dan emosi
|
DIBERHENTI
|
5
|
Lari dari asrama / pulang ke asrama lewat dari masa yang
ditentukan
|
ROTAN
|
6
|
Berambut panjang atau membuat fesyen rambut yang di
larang
|
BOTAK
|
7
|
Tidak menghadiri pengajian tanpa sebab yang munasabah
|
ROTAN
|
8
|
Keluar dari pusat tahfiz tanpa izin
|
ROTAN
|
9
|
Berkelakuan tidak senonoh di dalam atau diluar PTA
|
ROTAN
|
10
|
Mengingkari atau tidak menghormati arahan guru
|
ROTAN
|
11
|
Lalai atau tidak menunaikan solat
|
ROTAN
|
12
|
Membawa atau memakai pakaian yang dilarang seperti jeans,
pakaian ketat atau mempunyai gambar yang tidak senonoh, telefon bimbit dan
komik
|
DIRAMPAS DAN TIDAK
AKAN DIPULANGKAN
|
13
|
Merosak atau menyalah gunakan harta benda tahfiz
|
DIGANTI SEMULA
|
NOTA
PENTING
1. Semua kesalahan diatas dijalankan setelah diberi amaran
kepada pelajar berkenaan.
2. Bagi 4 kesalahan teratas hukuman akan dilaksanakan
setelah diadakan pertemuan dengan ibubapa atau penjaga.
3. Bagi kesalahan selain dari 4 teratas pihak guru
atau pentadbir boleh mengenakan tindakan yang setaraf dari apa yang tertulis
jika difikirkan perlu.
4. Rotan akan dilakukan dari paras pinggang dan
kebawah bagi tujuan mendidik, bukannya untuk mendera.
S. SENARAI BARANG YANG PERLU DI BAWA KE ASRAMA
1. Jubah Putih sekurang kurangnya 2
helai
2. Jubah hitam sekurang kurangnya 2 helai
3. Kopiah putih kepala merah sekurang
kurangnya 2
4. Serban putih sekurang kurangnya 2
helai
5. Stoking sekurang kurangnya 2 helai
6. T-Shirt (tanpa gambar) sekurang
kurangnya 2 helai
7. Kain Pelekat sekurang kurangnya 2
helai
8. Seluar panjang sekurang kurangnya 2
helai
9. Seluar sukan
10. Kasut utk bersukan
11. Pakaian dalam
12. Kain basahan
13. Peralatan mandian
14. Peralatan membasuh pakaian (Mesin
basuh automatic disediakan)
15. Hanger & penyepit pakaian
16. Cadar & sarung bantal (BIRU CAIR
/ BIRU MUDA)
17. Selipar getah
18.
Bekalan
Ubat
19.
Kunci
/ manga locker
T. SENARAI BARANG YANG TIDAK PERLU DI BAWA KE
ASRAMA
1.
BAHAN / ALAT Semua
peralatan elektrik (radio, perakam kaset, vcd, televisyen, cerek air, peti
sejuk), telefon bimbit, laptop, sebarang senjata tajam
adalah DILARANG membawa, menyimpan atau menggunakannya.
2.
PAKAIAN Seluar jeans, pakaian yang
bergambar, baju berwarna hitam (kecuali jubah) dan sebarang pakaian yang
mendedahkan aurat dan mempunyai gambar, imej dan tulisan
adalah DILARANG membawa, memakai atau menyimpannya.
3.
BAHAN BACAAN Novel, komik, majalah dan
sebarang hasil penulisan yang melalaikan dan menyalahi syariat
adalah DILARANG membawa, menyimpan atau membacanya.
Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja
Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha
Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
0 ulasan:
Catat Ulasan