Sila bertenang dan jangan cemas.
- Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
- Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
- Catatkan nama dan alamat pemandu - pemandu lain yang terbabit.
- Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
- Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
- Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).
- Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing - masing.
- Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul.
- Hubungi syarikat insurans/pengendali takafulanda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.
- Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
- Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan.
- Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin ada membuat
- tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.
- Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/ pengendali takaful anda.
0 ulasan:
Catat Ulasan