Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Selasa, 31 Disember 2013

Allahyarham Ahmad Ammar dan Abu Ayub Al Ansari di Eyüp Sultan Camii Istanbul.


Menziarahi maqam Abu Ayub Al Ansari R.A
(klik gambar untuk imej lebih besar)


Masjid Abu ayub Al Ansari Istanbul

Kami meninggalkan Bandar Bolu yang sangat sejuk untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul. Rasanya perjalanan dari Bolu ke Istanbul adalah perjalanan yang paling menarik. Sepanjang perjalanan, rombongan kami dapat menyaksikan salji yang sangat tebal di kiri kanan jalan.

Laluan Bolu - Istanbul

Bolu adalah bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi di Turki. Di kiri kanan kami adalah bukit bukau yang diputihi dengan salji. Salji turun dengan lebat di kawasan ini sejak beberapa hari. Suhu maksimum di sini. Di bawah paras beku. (-10C). Pemandu bas kami terpaksa memandu dengan penuh berhati - hati menuruni bukit Bolu kerana jalan yang licin.

Perjalanan kami dari Bolu ke Istanbul mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Destinasi pertama kami sebaik tiba di Istanbul ialah menziarahi  maqam Sahabat Rasulullah S.A.W. Abu Ayub Al Ansari. Abu Ayub Al Ansari, adalah seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang telah syahid di Constantinople. Beliau adalah seorang Ansar yang berasal dari Kota Al Madinah Al Munawwarah. Beliau syahid di Istanbul ketika mengikuti misi menawan Constantinople bersama Muawwiyah Bin Abi Sufyan

Untuk mengenali lebih dekat sahabat Rasulullah S.A.W yang hebat ini, boleh klik di link ini

Ketika syahid Abu Ayub Al Ansari R.A berusia 81 tahun. Akibat tua dan uzur beliau telah syahid di medan jihad. Sebelum syahid beliau sempat berpesan agar jasadnya dikebumikan di benteng Constantinople .

Ketika di tanya kenapa beliau ingin dikebumikan di benteng kubu Constantinople?, beliau menjawab, beliau ingin mendengar derapan tapak kaki kuda tentera yang akan menawan kota Constantinople seperti yang dijanjikan di dalam hadith Nabi

" لتفتحن القسطنطينية، فلنعم الأمير أميرها، ولنعم الجيش ذلك الجيش "

Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik  -baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik - baik tentera.- Al Hadith

Makam ini terletak di Eyüp Sultan Camii. (Masjid Sultan Ayub) Lokasinya tidak jauh dari Golden Horn.

Ketika rombongan sampai jam menunjukkan 10.15 pagi. Hari Jumaat 20 Disember 2013. Kelihatan petugas - petugas masjid mula bersiap - siap untuk Solat Jumaat. Tok siak menyapu dan membentang tikar sejadah di perkarangan masjid. Terdapat banyak bas rombongan yang juga singgah ziarah maqam ini.

Rombongan kami diberi masa sekitar 20 minit untuk berada di kawasan masjid ini. Hasrat di hati, ingin juga kami menziarahi kubur Allahyarham Ahmad Ammar yang dikebumikan di kawasan perkuburan di sini.. Oleh kerana masa yang terhad dan tidak pasti kubur allahyarham yang mana satu, kami tangguhkan hasrat itu.

Dalam video di bawah ini, SK ada paparkan kawasan perkuburan yang bersebelahan dengan Masjid Abu Ayüb ini. Tidak pasti mana satu kubur Allahyarham Ahmad Ammar.


Tanah berkuburan bersebelahan Masjid Ayub Ansari. Di sini Ammar disemadikan..

Allahyarham Ahmad Ammar adalah seorang pelajar Malaysia di Turki, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada awal Muharram 1435 baru baru ini. Bagi anda yang tidak mengenali siapa Ahmad Ammar, boleh klik link ini. untuk mengikuti kisahnya yang penuh syahdu.

Kami sempat sedekahkan Fatihah untuk Sahabat Rasulullah dan allahyarham Ahmad Ammar sebelum kami berangkat ke destinasi seterusnya. Semoga Ahmad Ammar dirahmati Allah dan berbahagia di samping sahabat Rasullah yang mulia ini.

Selepas 20 minit berada di kawasan ini kami bergerak untuk makan tengahari di Restoran Sultani. Rombongan akan berhenti untuk Solat Jumaat di Masjid Suleymaniye yang tidak jauh dari sini.




K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Dunia Islam tanpa khilafah selepas kejatuhan Khilafah Osmaniyah 3 March 1924



Islam tanpa Khilafah

Perjalanan rombongan kami selama 9 hari mulai 13 - 22 Disember 2013 ke Bumi Anatolia*  banyak menyaksikan kesan peninggalan sejarah hebat umat Islam. Khilafah Islamiyah pernah bersinar di sini. Khilafah Islamiyah juga runtuh di sini.

*(Sebelum 3 March 1924 Turki dikenali dengan nama Anatolia)

Video ringkas ini menceritakan urutan sejarah umat Islam dari zaman Rasulullah S.A.W hingga kini. Islam melalui fasa kebangkitan, kegemilangan sehingga keruntuhan Khilafah Osmaniyah pada 3 March 1924.

Sejarah Khilafah Islamiyyah

1. Khulafa Ar Rasyidin (632 - 661 Masihi)
2. Khilafah Umaiah (661 - 750 Masihi)
3. Khilafah Abasiah (750 - 1517 masihi)
4. Khilafah Uthmaniah (1517 - 3 Mac 1924)
5. Era Kejatuhan Khilafah
6. Umat Islam hidup Tanpa Khilafah

Islam tanpa khilafah adalah satu kecacatan! :(

Untuk anda yang merancang untuk ke Turki, sekurang - kurangnya kena tahu urutan sejarah ini supaya musafir ke Turki jadi lebih bermakna dan sempurna. Turki kaya dengan sejarah kegemilangan umat Islam terdahulu.



S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Ahad, 29 Disember 2013

Kuliah Maghrib Bulan Januari 2014. Jom Kuliah!!


"Barang siapa melalui satu jalan untuk menuntut ilmu , nescaya Allah pemudahkan baginya jalan menuju ke Syurga "- Al Hadith

Semua kuliah / Ceramah / Program di bawah diadakan di


Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.


MINGGU PERTAMA
02.01.14 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
04.01.14 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah (Hadith 40)
05.01.14 - Ahad - Ustaz Dr. Shafie Mohamad Amin (You Are The Best)
06.12.13 - Isnin - Ustaz Nur Aidil Fitri - Tafsir Surah Al Baqarah

MINGGU KEDUA

08.01.14 Rabu - Ustaz Ahmad Awang - (Isu Semasa)
09.01.14- 8.30 Pagi Khamis - Ustaz Ahmad Shukri Badarudin  (Tarannum Al Quran) Untuk Pelajar Tahfiz & Lelaki dewasa sahaja
09.01.14- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
10.01.14 - Jumaat - Ustaz Mustafa Desa  
14.01.14 - Selasa - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Kitab Minyatul Musolli)

MINGGU KETIGA
   
15.01.14 - Rabu-  Ustaz Zuhdi Mat Piah. Jemputan Khas
16.01.14 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah (TIDAK DAPAT HADIR)
17.01.14 - Jumaat - Ustaz Zaki Madzar Atham Bin Zulkifli (Kitab Unwanul Falah)
18.01.14 - Sabtu - Ustaz Nik Azizi (Jemputan Khas Maulidur Rasul S.A.W)
MINGGU KEEMPAT
22.01.14 - Rabu - Ustaz Imran Malizi - Kitab Aqidah
23.01.14 - Khamis 8.30 Pagi Khamis - Ustaz Ahmad Shukri Badarudin (Tarannum Al Quran) Untuk Pelajar Tahfiz & Lelaki Dewasa sahaja (PELAJAR CUTI)
24.01.14 - Jumaat - Ustaz Sobri Mat - (Pendidikan Anak - Anak Dalam Islam)
26.01.14 - Ahad - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Kitab Minyatul Musolli)
27.01.14 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim

S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Sabtu, 28 Disember 2013

Berhenti untuk Solat Jumaat di Masjid Süleymaniye Istanbul Turkey


Masjid terhebat di era Empayer Khilafah Osmaniah berusia 457 tahun (Klik gambar untuk imej lebih besar)


Selepas menikmati sarapan pagi di Restoran Sultani yang terletak berhampiran dengan Golden Horn, Istanbul, rombongan  kami seramai 32 orang meneruskan perjalanan menuju ke Süleymaniye Camii. Süleymaniye Camii bermaksud Masjid Sulaiman. Nama Süleymaniye Camii diambil dari nama salah seorang Sultan Khilafah Osmaniah yang pernah memimpin negara umat Islam satu ketika dahulu.

Sangat bertuah kerana berpeluang untuk solat Jumaat di Süleymaniye Camii kerana masjid ini merupakan masjid yang paling indah di Turki. Masjid ini terletak tinggi di atas salah satu bukit di Kota Constantinople. Ketika rombongan kami sampai di masjid ini, waktu solat fardhu zohor pun tiba. Kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat di sini.

Sangat damai perasaan ketika berada di dalamnya meskipun keletihan dengan perjalanan travelog yang panjang.

Süleymaniye Camii adalah sebuah masjid yang dibina pada tahun 1550 ketika zaman pemerintahan Sultan Süleyman. Pembinaan masjid ini mengambil masa 7 tahun. Dibina oleh arkitek terkenal yang bernama Mimar Sinan. Masjid ini siap dibina pada 1557. Masjid ini pernah menjadi pusat khidmat masyarakat di zaman pemerintahan Khilafah Osmaniyah.

Sangat sukar untuk membezakan masjid ini dengan masjid - masjid yang lain di Kota Istanbul. Senibina masjid di sekitar Istanbul mempunyai imej yang sama. Dan yang menjadi lebih sukar ialah kerana terdapat ratusan masjid yang didirikan di Istanbul. Kebanyakan mempunyai imej yang sama. Sebab itu ada yang menggelarkan Istanbul sebagai Bandar seribu Masjid.



Masjid Suleymaniye mempunyai 4 menara. Ia ini jelas kelihatan dari perairan Golden Horn.

Nama Sultan Süleyman adalah nama besar dalam Salsilah keturunan Sultan Khilafah Osmaniah. Beliau di kenali dengan nama Süleyman Al Qanuni. Baginda adalah Sultan Khilafah Osmaniah yang ke 10. (Lihat Salsilah keturunan di sini)  Baginda menjadi ikon kepada pencapaian umat Islam yang paling hebat pada ketika itu. Ketika umurnya 24 tahun Sultan Süleyman berjaya melebarkan Islam jauh ke Eropah. Baginda berjaya menawan Kota Belgrade.

Zaman pemerintahan Sultan Suleyman Al Qanuni adalah kemuncak era kegemilangan Empayer Osmaniah. Di zaman pemerintah Sultan Suleyman Al Qanuni inilah Islam teleh memerintah 2/3 dunia.

Video dan gambar yang sempat SK rakam sepanjang kunjungan ke masjid yang penuh sejarah ini..

 

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


Khamis, 26 Disember 2013

Menyusuri Selat Bosphorus, mengkagumi kehebatan kubu Mehmet Al Fateh II

Menyusuri Selat Bosphorus
(Klik gambar untuk imej lebih jelas)


Di Istanbul kami berkesempatan menyaksikan binaan kubu Mehmet Al Fateh II. Kubu ini dikenali dengan nama Rumeli Hisari. (yang bermaksud kubu di atas tanah Rom) Atau dalam bahasa Inggeris disebut Rumeli Fortress Ia dibina oleh Mehmet Al Fateh II bersama tenteranya pada tahun 1452 dalam masa 4 bulan, sebelum serangan besar - besaran terhadap Kota Constantinople.

Lokasi kubu ini berada di tempat paling strategik di tebing selat Bosphorus.
Mehmet Al Fateh memilih untuk membina kubu ini di laluan yang paling sempit di Selat Bosphorus. Kubu ini  dibina bagi mengawal trafik keluar masuk kapal dari Lautan Hitam . Sultan Mehmet II bimbang tentera bantuan dari Genoa datang untuk membantu kerajaan Byzantine. Menguasai laluan Selat ini bererti telah berjaya melemahkan semangat tentera Byzantine. Keputusan membina kubu ini dilokasi strategik memudahkan Al Fateh menawan Constantinople.


Menarik tentang kubu ini ialah, jika dilihat dari atas ia akan kelihatan seperti perkataan kaligrafi Arab bertulis Muhammad. Ini kerana baginda ingin menaikkan semangat pejuang ketika itu bagi menakluk kota Constantinople. Sebahagian dari istana ini musnah ketika gempa bumi pada tahun 1509 tapi telah diperbaiki oleh sultan yang memerintah ketika itu.

Ada tiga menara kawalan utama yang terdapat di situ diberi nama sempena tiga wazir yang membina menara tersebut; Sadrazam Candarli Halil PashaFanos Pasha dan Sarica Pasha.

Kami memilih jalan air untuk sampai ke Rumeli Hisari. Sambil menyaksikan Rumeli Hisari dari laluan air, dapat juga kami menyaksikan keindahan pemandangan sepanjang perjalanan sebelum tiba ke kubu yang hebat ini.

Bosphorus Bridge.
Melepasi jambatan yang memisahkan Eropah dan Asia. Di seberang sana adalah Benua Asia.

Rumeli Hisari


Kami mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Rumeli Hisari dengan menaiki cruise dari Golden Horn. Selat Bosphorus adalah selat yang memisahkan benua Asia dan benua Eropah. Untuk tiba ke Rumeli Hisari , cruise pasti akan melepasi jambatan ini. Bosphorus Bridge.
Cuaca sejuk kota Istanbul tidak menghalang kami untuk terus berada di tingkat atas cruise untuk merakam seberapa banyak gambar dan video. Cuaca sejuk diikuti dengan tiupan angin menyebabkan tangan pun jadi beku. Rasa sejuk dan beku hilang apabila terlihat kubu hebat yang penuh sejarah peninggalan Kerajaan Islam Osmaniyah ini.


Laluan Cruise di Selat Bosphorus


Kami menaiki cruise melalui jeti (No 3) di Golden Horn.  Berhampiran dengan Spice Market dan tidak jauh dari Masjid Sultan Sulaiman. Masjid terbesar di Istanbul. Simbol bintang dalam peta di atas adalah lokasi terletaknya Rumeli Hisari.



Pemandangan Rumeli Hisari dari Selat Bosphorus


SK pernah membuat beberapa posting tentang kehebatan Mehmet Al Fateh II dalam blog ini. Untuk mengenali lebih dekat biodata Mehmet Al Fateh anda boleh rujuk link ini.

 



K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja







Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 25 Disember 2013

Video ribuan ikan melompat ke pantai di Lahad Datu




Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut. -SH

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Isnin, 23 Disember 2013

Menziarahi Maqam Maulana Jalaluddin Ar Rumi di Konya Turki



Konya - Sebuah pekan di tengah Turki

Perjalanan dari Bandar Pamukkale menuju ke Cappadocia mengambil masa yang agak panjang. Dua belas jam perjalanan dengan menaiki bas. Dalam perjalanan kami sempat singgah di sebuah pekan yang dikenali sebagai Pekan Konya. Sebuah pekan lama, yang dulunya pernah berada di bawah penguasaan kerajaan Rom. Jarak bandar Konya ini dari Pamukkale lebih kurang 495 km.

Suhu mencecah 2 darjah Celcius ketika kami tiba di pekan kuno ini



Mevlana Celaleddin Rumi Pengasas Tariqat  Maulawiyah atau Jalaliyyah


Perkarangan makam Mevlana Celaleddin Ar Rumi di  Pekan Konya

Di pekan ini terletaknya makam Mevlana Celaleddin Rumi (Maulana Jalaluddin Ar Rumi). Seorang ulama sufi yang terkenal di kurun ke 13 Masihi. Beliau merupakan pengasas Tariqat Maulawiyah atau Jalaliyyah.

Mevlana Celaleddin Rumi dilahirkan di Pekan Balkh, Afghanistan pada Tahun 604 H  (30 September 1207). Nama penuh beliau ialah  Jalaluddin Muhammad bin Muhammad Al-Balkhi Al-Qunuwi. Di kalangan masyarakat Turki  beliau dikenali sebagai Rumi. Beliau digelar Ar Rumi kerana sebahagian besar hidupnya dihabiskan di kota Konya ini. (Konya pernah diperintah oleh Kerajaan Rom.

Ketika rombongan kami sampai di Pekan Konya masyarakat setempat sedang menyambut ulangtahun kematian Maulana Jalaluddin yang ke 740 (Tahun) . Mengikut catatan sejarah Syeikh Ar Rumi meninggal pada 5 Jamadil Akhir 672 H bersamaan 16 Disember 1273.

Satu kebetulan yang menarik!!

Kebetulan kami berada di pekan ini pada 17 Disember 2013, iaitu sehari selepas 740 tahun kematian Sheikh Jalaluddin Ar Rumi. Satu kebetulan yang menarik buat kami! Suasana di bandar Konya sangat sesak dengan kenderaan dan orang ramai.  Punca kesesakan ini adalah kerana banyak jalan dan laluan utama ditutup untuk memberi laluan kepada rombongan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang turut hadir ke Majlis Ulangtahun bersejarah ini.

Agak teruja juga melihat suasana sambutan yang sangat meriah. Teruja kerana hari ini hari bersejarah rakyat Turki mengenang ulama sufi tersohor. Dan teruja juga kerana kebetulan Recep Tayyip Erdogan berada di tempat yang sama dan hari yang sama di tempat kami berada.


Nama Maulana Jalaluddin Ar Rumi adalah nama besar di sini. Ketika menziarahi maqamnya, keaadaan terlalu sesak. Berjalan berhimpit - himpit  di hadapan makamnya hingga sukar untuk melangkah. Manusia terlalu ramai berasak - asak. Ramai yang duduk bertafakur, berzikir di sekitar makam. Kawalan sangat ketat. Pengunjung tidak dibenarkan merakam gambar. atau video

Bagaimanapun pengujung masih boleh bergambar di luar kawasan maqam. Ini adalah salah satu gambar yang sempat SK rakam dari luar Mevlana Museum



Di bawah kubah hijau inilah terletak maqam Syeikh Jaluddin Ar Rumi



Menurut catatan sejarah bapa Maulana Jalaluddin bernama Bahauddin Walad Muhammad bin Husein, adalah seorang ulama besar bermazhab Hanafi. Oleh kerana bapanya mempunyai penguasaan ilmu agama, beliau telah mendapat gelaran Sulthanul Ulama (raja ulama).

Keluarga Bahauddin hidup berpindah - pindah dari suatu negara ke negara lain. Mereka pernah menetap di Sinabur (Iran timur laut). Dari Sinabur pindah ke Baghdad, Makkah, Malattya (Turki), Laranda (Iran tenggara) dan terakhir menetap di Konya, Turki.


Ketika Bahauddin berada di Konya, pembesarnya yang bernama Alauddin Kaiqubad, telah mengangkat beliau sebagai penasihat, dan juga telah melantik beliau sebagai pemimpin di sebuah Pusat Pendidikan Agama yang didirikan di pekan ini.

Di Pekan Konya ini juga Sheikh Bahauddin meninggal dunia ketika berusia 24 tahun.

Maulana Jalaluddin sempat berguru dengan bapanya yang alim dan warak, Beliau juga sempat berguru kepada Syeikh Burhanuddin, Muhaqqiq At-Tirmidzi, yang merupakan sahabat dan pengganti ayahnya yang  memimpin Pusat Pendidikan Agama. Rumi juga menimba ilmu di Syam (Syiria). Beliau kembali ke Konya pada 634 H, dan mula  mengajar di Pusat Pendidikan Agama.

Setelah Burhanuddin meninggal dunia, Maulana Rumi telah menggantikan tempatnya. Memimpin Pusat Pendidikan Agama.  Rumi mula dikenali dan menjadi guru agama yang sangat popular di Konya. Dengan pengetahuan agamanya yang luas, di samping sebagai guru, beliau juga menjadi da'i dan mempunyai kepakaran dalam hukum hakam agama. Ketika itu di Konya banyak tokoh ulama berkumpul. Tidak hairan jika Konya kemudian menjadi pusat ilmu dan tempat berkumpul para ulama dari berbagai penjuru dunia.

Kesufian  Rumi bermula ketika ia sudah berumur  48 tahun. Guru beliau yang paling masyhur dalam bidang sufi ialah Syeikh Syamsuddin Alias Syamsi Tabriz.

Bersama Syeikh Hisamuddin pula, Rumi mengembangkan Tarikat Maulawiya atau Jalaliyah. Tarikat ini di Barat dikenali dengan nama The Whirling Dervishes (Darwisy yang Berputar - putar). Nama itu muncul kerana para penganut Tarikat ini melakukan tarian berputar - putar, yang diiringi oleh gendang dan seruling, dalam zikir mereka untuk mencapai nikmat beruzlah.

Jalauddin Ar Rumi juga terkenal dengan kepakarannya berpuisi. Kemahiran puitisnya itu telah digunakan oleh beliau sebagai luahan rasa dan pemikirannya menuntut rindu dan cinta Allah S.W.T. Nilai yang terdapat di dalam puisi - puisinya amat tinggi dan segar. Ramai sasterawan terpesona dengan puisi karangannya. Begitu juga pengkaji tasauf, menjumpai pelbagai mutiara berharga di dalam puisi yang digubahnya. Maulana Ar Rumi diceritakan akan menari rindu (gaya sufi) sambil mendendangkan puisi - puisi terbaiknya.

Gaya tarian ini diwarisi sehingga kini dan diberi nama WHIRLING DERVISHES.

Kami sempat menikmati dan menghayati tarian sufi The Whirling Dervishes secara live ketika berada di Cappadocia.

Satu pengalaman baru yang menarik.


The Whirling Dervishes. Tarian ahli sufi.

Di Malaysia berzikir sambil menari pernah menjadi isu yang dibahaskan beberapa bulan yang lalu. Dan isu ini hilang apabila akhbar harian tidak memberi liputan susulan. Lagipun ianya bukanlah isu besar semasa yang perlu diperdebatkan.

Bagi Maulana Jalaluddin Ar Rumi beliau berkeyakinan muzik boleh membantu seseorang itu khusyuk dalam zikir mengingati Allah SWT. Dalam bukunya Maulana ada menyebut: "Music is the nutrition of the souls of the servants of the Lord; Since in music there is hope of reaching God."

Admin pun tidak mahu memanjangkan  kisah "The Whirling Dervish" kerana ianya sukar difahami sepenuhnya oleh majoriti rakyat Malaysia. Mustahil dengan hanya membaca dan menonton tariannya dalam tempoh satu jam kita dapat memahaminya.





K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Madrasah Tahfiz Al Hikmah Rokapram Kemboja
Surau Al Tasnim Rokapram Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Khamis, 12 Disember 2013

Istanbul - Mu Tunggu Aku Datang!!



Travelog Constantinople 2013 - Siri kedua jelajah Turki.
14 Disember 2013 - 22 Disember 2013

Travelog Constantinople 2013 merentasi beberapa bandar

Istanbul - Bursa - Kusadasi - Pamukkale - Konya - Cappadocia - Ankara - Bolu - Istanbul
Firman Allah S.W.T



 Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi“.  Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. Al-'Ankabuut, 29: 20)


Hagia Sophia Tukiye


Goreme Open Air Museum Cappadocia Turkiye

Sejarah Daulah Islamiyah Osmaniah di Turki bermula pada tahun 1301 Masihi . Ia diasaskan  50 tahun selepas  kejatuhan Kota Baghdad yang dikalahkan oleh Hulagu Khan cucu kepada Ghengiz Khan dari Monggolia .

Osman Ghazi - Pengasas Khilafah Usmaniah 

Di peringkat awal, orang - orang Turki menjadi tentera kerajaan Abbasiah. Kebangkitan Daulah Islamiyah  Osmaniah Turki mendaulatkan kembali Islam telah  meneruskan semula kesinambungan Abbasiah yang tergugat kerana serangan orang - orang gasar Monggol.


Kemuncak Khilafah Osmaniah,  Turki telah  berjaya menewaskan kerajaan Byzantine atau pun Rome Timur. Empayar Kristian ini  berpusat di Contantinople. Setelah dikalahkan pada tahun 1453 di bawah kepimpinan Sultan Mehmet Al Fateh II, nama Contantinople telah ditukar kepada Istanbul bererti  kota islam.

Pengalaman - pengalaman kekalahan kristian / barat menjadi pengajaran buat mereka. Mereka membalas semula dengan misi dan strategi baru . Akhirnya dengan perancangan yang sistematik Empayar Osmaniah telah diruntuhkan pada tahun 1922 . Khalifah dipecat dan Turki berubah menjadi negara sekular dengan naiknya mustafa Kamal Ataturk.


Wajah - wajah Sultan Khilafah Osmaniah yang menguasai dunia selama lebih 600 tahun.




Lagu Tema Travelog Constantinople 2013 yang syok untuk diulang dengar






Istanbul Kami datang!!


K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com