Di Istanbul kami berkesempatan menyaksikan binaan kubu Mehmet Al Fateh II. Kubu ini dikenali dengan nama Rumeli Hisari. (yang bermaksud kubu di atas tanah Rom) Atau dalam bahasa Inggeris disebut Rumeli Fortress Ia dibina oleh Mehmet Al Fateh II bersama tenteranya pada tahun 1452 dalam masa 4 bulan, sebelum serangan besar - besaran terhadap Kota Constantinople.
Lokasi kubu ini berada di tempat paling strategik di tebing selat Bosphorus.
Lokasi kubu ini berada di tempat paling strategik di tebing selat Bosphorus.
Mehmet Al Fateh memilih untuk membina kubu ini di laluan yang paling sempit di Selat Bosphorus. Kubu ini dibina bagi mengawal trafik keluar masuk kapal dari Lautan Hitam . Sultan Mehmet II bimbang tentera bantuan dari Genoa datang untuk membantu kerajaan Byzantine. Menguasai laluan Selat ini bererti telah berjaya melemahkan semangat tentera Byzantine. Keputusan membina kubu ini dilokasi strategik memudahkan Al Fateh menawan Constantinople.
Menarik tentang kubu ini ialah, jika dilihat dari atas ia akan kelihatan seperti perkataan kaligrafi Arab bertulis Muhammad. Ini kerana baginda ingin menaikkan semangat pejuang ketika itu bagi menakluk kota Constantinople. Sebahagian dari istana ini musnah ketika gempa bumi pada tahun 1509 tapi telah diperbaiki oleh sultan yang memerintah ketika itu.
Ada tiga menara kawalan utama yang terdapat di situ diberi nama sempena tiga wazir yang membina menara tersebut; Sadrazam Candarli Halil Pasha, Fanos Pasha dan Sarica Pasha. Kami memilih jalan air untuk sampai ke Rumeli Hisari. Sambil menyaksikan Rumeli Hisari dari laluan air, dapat juga kami menyaksikan keindahan pemandangan sepanjang perjalanan sebelum tiba ke kubu yang hebat ini.
Bosphorus Bridge.
Melepasi jambatan yang memisahkan Eropah dan Asia. Di seberang sana adalah Benua Asia.
Rumeli Hisari
Kami mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Rumeli Hisari dengan menaiki cruise dari Golden Horn. Selat Bosphorus adalah selat yang memisahkan benua Asia dan benua Eropah. Untuk tiba ke Rumeli Hisari , cruise pasti akan melepasi jambatan ini. Bosphorus Bridge.
Cuaca sejuk kota Istanbul tidak menghalang kami untuk terus berada di tingkat atas cruise untuk merakam seberapa banyak gambar dan video. Cuaca sejuk diikuti dengan tiupan angin menyebabkan tangan pun jadi beku. Rasa sejuk dan beku hilang apabila terlihat kubu hebat yang penuh sejarah peninggalan Kerajaan Islam Osmaniyah ini.
Laluan Cruise di Selat Bosphorus
Kami menaiki cruise melalui jeti (No 3) di Golden Horn. Berhampiran dengan Spice Market dan tidak jauh dari Masjid Sultan Sulaiman. Masjid terbesar di Istanbul. Simbol bintang dalam peta di atas adalah lokasi terletaknya Rumeli Hisari.
Pemandangan Rumeli Hisari dari Selat Bosphorus
SK pernah membuat beberapa posting tentang kehebatan Mehmet Al Fateh II dalam blog ini. Untuk mengenali lebih dekat biodata Mehmet Al Fateh anda boleh rujuk link ini.
Link yang berkaitan Travelog Constantinople
Travelog Constantinople 2013 - Istanbul Mu Tunggu Aku datang
Bagaimana Mahmet Al Fateh membuka Istanbul
K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
0 ulasan:
Catat Ulasan