Travelog Constantinople 2013 - Siri kedua jelajah Turki.
14 Disember 2013 - 22 Disember 2013
Travelog Constantinople 2013 merentasi beberapa bandar
Istanbul - Bursa - Kusadasi - Pamukkale - Konya - Cappadocia - Ankara - Bolu - Istanbul
Firman Allah S.W.T
Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi“. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. Al-'Ankabuut, 29: 20)
Sejarah Daulah Islamiyah Osmaniah di Turki bermula pada tahun 1301 Masihi . Ia diasaskan 50 tahun selepas kejatuhan Kota Baghdad yang dikalahkan oleh Hulagu Khan cucu kepada Ghengiz Khan dari Monggolia .
Osman Ghazi - Pengasas Khilafah Usmaniah
Di peringkat awal, orang - orang Turki menjadi tentera kerajaan Abbasiah. Kebangkitan Daulah Islamiyah Osmaniah Turki mendaulatkan kembali Islam telah meneruskan semula kesinambungan Abbasiah yang tergugat kerana serangan orang - orang gasar Monggol.
Kemuncak Khilafah Osmaniah, Turki telah berjaya menewaskan kerajaan Byzantine atau pun Rome Timur. Empayar Kristian ini berpusat di Contantinople. Setelah dikalahkan pada tahun 1453 di bawah kepimpinan Sultan Mehmet Al Fateh II, nama Contantinople telah ditukar kepada Istanbul bererti kota islam.
Pengalaman - pengalaman kekalahan kristian / barat menjadi pengajaran buat mereka. Mereka membalas semula dengan misi dan strategi baru . Akhirnya dengan perancangan yang sistematik Empayar Osmaniah telah diruntuhkan pada tahun 1922 . Khalifah dipecat dan Turki berubah menjadi negara sekular dengan naiknya mustafa Kamal Ataturk.
Wajah - wajah Sultan Khilafah Osmaniah yang menguasai dunia selama lebih 600 tahun.
Lagu Tema Travelog Constantinople 2013 yang syok untuk diulang dengar
Istanbul Kami datang!!
Link yang berkaitan Travelog Constantinople
Travelog Constantinople 2013 - Istanbul Mu Tunggu Aku datang
Bagaimana Mahmet Al Fateh membuka Istanbul
K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
0 ulasan:
Catat Ulasan