Sabtu, 28 Disember 2013

Berhenti untuk Solat Jumaat di Masjid Süleymaniye Istanbul Turkey


Masjid terhebat di era Empayer Khilafah Osmaniah berusia 457 tahun (Klik gambar untuk imej lebih besar)


Selepas menikmati sarapan pagi di Restoran Sultani yang terletak berhampiran dengan Golden Horn, Istanbul, rombongan  kami seramai 32 orang meneruskan perjalanan menuju ke Süleymaniye Camii. Süleymaniye Camii bermaksud Masjid Sulaiman. Nama Süleymaniye Camii diambil dari nama salah seorang Sultan Khilafah Osmaniah yang pernah memimpin negara umat Islam satu ketika dahulu.

Sangat bertuah kerana berpeluang untuk solat Jumaat di Süleymaniye Camii kerana masjid ini merupakan masjid yang paling indah di Turki. Masjid ini terletak tinggi di atas salah satu bukit di Kota Constantinople. Ketika rombongan kami sampai di masjid ini, waktu solat fardhu zohor pun tiba. Kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat di sini.

Sangat damai perasaan ketika berada di dalamnya meskipun keletihan dengan perjalanan travelog yang panjang.

Süleymaniye Camii adalah sebuah masjid yang dibina pada tahun 1550 ketika zaman pemerintahan Sultan Süleyman. Pembinaan masjid ini mengambil masa 7 tahun. Dibina oleh arkitek terkenal yang bernama Mimar Sinan. Masjid ini siap dibina pada 1557. Masjid ini pernah menjadi pusat khidmat masyarakat di zaman pemerintahan Khilafah Osmaniyah.

Sangat sukar untuk membezakan masjid ini dengan masjid - masjid yang lain di Kota Istanbul. Senibina masjid di sekitar Istanbul mempunyai imej yang sama. Dan yang menjadi lebih sukar ialah kerana terdapat ratusan masjid yang didirikan di Istanbul. Kebanyakan mempunyai imej yang sama. Sebab itu ada yang menggelarkan Istanbul sebagai Bandar seribu Masjid.



Masjid Suleymaniye mempunyai 4 menara. Ia ini jelas kelihatan dari perairan Golden Horn.

Nama Sultan Süleyman adalah nama besar dalam Salsilah keturunan Sultan Khilafah Osmaniah. Beliau di kenali dengan nama Süleyman Al Qanuni. Baginda adalah Sultan Khilafah Osmaniah yang ke 10. (Lihat Salsilah keturunan di sini)  Baginda menjadi ikon kepada pencapaian umat Islam yang paling hebat pada ketika itu. Ketika umurnya 24 tahun Sultan Süleyman berjaya melebarkan Islam jauh ke Eropah. Baginda berjaya menawan Kota Belgrade.

Zaman pemerintahan Sultan Suleyman Al Qanuni adalah kemuncak era kegemilangan Empayer Osmaniah. Di zaman pemerintah Sultan Suleyman Al Qanuni inilah Islam teleh memerintah 2/3 dunia.

Video dan gambar yang sempat SK rakam sepanjang kunjungan ke masjid yang penuh sejarah ini..

 

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


0 ulasan: