Insya Allah Sempurna

Pendaftaran di buka sekarang , hubungi 013 755 7011

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pewaris Al Quran’.

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Kami melahirkan Para Huffaz Al Al Quran”"

Perspektif Kompleks Ad Diniyyah

“Jom! menyumbang Untuk pembesaran Surau Pusat Tahfiz Ad Dinyyah Hubungi 0137557011 ”"

Pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 2016

Generasi Pewaris Al Quran

Sabtu, 6 Januari 2018

Jadual Kuliah Maghrib di Surau Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bulan Januari 2018


Ilmu Suluh Kehidupan

JADUAL KULIAH SURAU AD DINIYYAH BULAN JANUARI 2018

๐Ÿ”บ 1 Januari 2018 Isnin

๐Ÿ”บ 2 Januari 2018 Selasa

✅ 3 Januari 2018 Rabu- . Ustaz Rulaidi @ Aidil Fitri - Tafsir Surah Al Baqarah.

✅ 4 Januari 2018 - Khamis  Dr Rahmat Abdullah - Bimbingan Mukmin.

✅ 5. Januari 2018 -  Jumaat -Ust Syed Putra Haizam - Kehidupan yang lalai dengan dunia.

✅ 6 Januari 2018 Sabtu - Ustaz Zaki - Sairus Salikin . Kuliah dhuha.

✅ 6 Januari 2018 Sabtu - Kuliah dhuha  Muslimat - 40 Hadith penawar hati.

✅ 6 Januari 2018 Sabtu - Ustaz Haji Mohd Nazrin - Tafsir Juzuk 30.

✅7 Januari 2018  Ahad – Kuliah Subuh - Ustaz Muadz Hassan Ad Dimasyqi - Orang yg menyesal pada hari qiamat.

✅ 7 Januari 2018 Ahad – Ustaz Khan Daei – Kitab Hayatus Sohabah

๐Ÿ”บ 8 Januari 2018 Isnin  -

✅ 9 Januari 2018  - Selasa – Ustaz Khairi Anuar Salleh – ๐Ÿ’กKitab Pelita Penuntut๐Ÿ’ก

๐Ÿ”บ10 Januari 2018  – Rabu -

๐Ÿ”บ11 Januari 2018 – Khamis

๐Ÿ”บ12 Januari 2018 - Jumaat

✅ 13 Januari 2018 – Sabtu - Ustaz Zaki - Sairus Salikin . Kuliah dhuha.

✅ 13 Januari 2018 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil Rosli - Kitab Rahsia kematian.

๐Ÿ”บ14 Januari 2018 – Ahad

✅15 Januari 2018 - Isnin - Ustaz Yusri Ariffin. - Pendidikan Anak anak dalam Islam.

๐Ÿ”บ16 Januari 2018– Selasa

๐Ÿ”บ17 Januari 2018– Rabu -

✅ 18 Januari 2018 – Khamis – Dr Rahmat Abdullah - Kitab Bimbingan Mukmin.

๐Ÿ”บ19 Januari 2018 – Jumaat

✅ 20 Januari 2018– Sabtu - Ustaz Zaki - Sairus Salikin . Kuliah Dhuha.

✅ 20 Januari 2018– Sabtu – Ustaz Muaz Hassan Ad Dimasyqi – Kitab Bahrul Mazi

๐Ÿ”บ21 Januari 2018– Ahad

๐Ÿ”บ22 Januari 2018– Isnin

๐Ÿ”บ23 Januari 2018– Selasa

๐Ÿ”บ24 Januari 2018 – Rabu

✅ 25 Januari 2018 – Khamis - Ust Hasbullah - Hadith Tanda Akhir Zaman.

๐Ÿ”บ26 Januari 2018 – Jumaat -

✅27 Januari 2018 – Sabtu - Ustaz Zaki - Sairus Salikin . Kuliah dhuha.

✅27 Januari 2018 – Sabtu - Kuliah dhuha  Muslimat - 40 Hadith penawar hati.

✅27 Januari 2018 – Sabtu - Ustaz Firdaus - Kitab Hadith Qudsi.

✅28 Januari 2018 – Ahad – Ustaz Mustafa Desa Kuliah Subuh

✅28 Januari 2018 – Ahad - Ustaz Khairil Anuar - Pelita Penuntut.

๐Ÿ”บ29 Januari 2018 – Isnin

๐Ÿ”บ30 Januari 2018 – Selasa

๐Ÿ”บ31 Januari 2018  – Rabu

๐Ÿ’ฅ Kelas Mengaji Al Quran percuma utk kanak kanak setiap Isnin dan Rabu jam 8.00 - 9.30 Malam. Wajib hadir.

S/U Ad Diniyyah
FHMN

Rabu, 3 Januari 2018

Cara terlarang mengeluarkan jin dari tubuh pesakit - Ustaz Muhammad Faizar


Cara terlarang mengeluarkan jin dari tubuh pesakit - Ustaz Muhammad Faizar


Cara terlarang mengeluarkan jin dari tubuh pesakit - Ustaz Muhammad Faizar

1. Ritual mencampur aduk antara lelaki dan perempuan berfoya - foya - menyanyi , bersyair, menyembelih ayam. menyembelih kerbau, persembahan festival menolak bala.
2. Meminta keredhaan dari jin yang ada dalam tubuh pesakit - dilarang melayan kehendak jin
3. Meminta bantuan dari jin lain.


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja


Isnin, 1 Januari 2018

Video - Menteri Pertanian Israel Doa Minta Hujan kerana Kemarau 4 Tahun



TEL AVIV – Ketika Laut Galilee di sempadan Jordan-Israel semakin susut lebih empat tahun lalu, negara haram Zionis itu kini berdepan ancaman kemarau terburuk dalam sejarah modennya.
Ini memaksa Menteri Pertanian Israel, Uri Ariel memimpin sembahyang khas sambil berdoa memohon hujan turun, bersama-sama dengan sejumlah pemimpin Yahudi di Tembok Ratapan Baitulmaqdis bersebelahan Masjid Al-Aqsa.
Menurut laporan media antarabangsa, langkah tradisional berkenaan terpaksa dilakukan demi meminta bantuan tuhan menurunkan air hujan dari langit dan mengakhiri masalah kekeringan paling kritikal melanda negara itu.
Bencana kemarau sebenarnya sudah melanda Israel sejak tahun 2013 dan menyebabkan negara itu kekurangan bekalan air mentah terutama dari Laut Galilee seluas 167 kilometer persegi yang menjadi sumber utama air tawar.
Turut digelar Kinnereth dalam bahasa Hebrew atau Tiberia dalam bahasa Arab, tasik itu amat dipercayai umat Islam sebagai antara tanda kiamat jika paras turun sehingga kering menyaksikan kedatangan Dajjal dan Yakjuj Makjuj.
Justeru pelbagai cara terpaksa dilakukan Israel demi memastikan tidak berlaku kerana ia bakal disusuli penurunan Nabi Isa AS dari langit dan kemunculan Imam Mahdi sebelum beberapa tanda akhir menjelang bumi dihancurkan.
Ini termasuk memajukan loji penyahmasinan air dari Laut Mediterranean, penanaman pokok makanan di ladang pertanian yang tidak memerlukan banyak air dan kitar semula kumbahan jutaan penduduk negara Zionis tersebut.
Dalam pada itu, Ariel turut melaksanakan dasar pengagihan ke beberapa daerah yang paling parah kekurangan air, tetapi malangnya segala langkah tersebut masih lagi tidak banyak mengubah keadaan bahkan menjadi lebih parah.
Justeru Ariel, secara kebetulan merupakan penganut ajaran Yahudi Ortodoks, memilih jalan berdoa kepada tuhan sebagai ikhtiar penyelesaian, sekali gus menggemparkan rakyat Israel sendiri khasnya yang berfikiran agak liberal.
“Kami secara signifikan menjimatkan air dan melakukan banyak penyelidikan mengenai cara pembekalan berhemah pada tanaman yang berbeza. Namun, doa turut memberi pengaruh tersendiri,” ulas Ariel dipetik Times of Israel.
Langkah unik Ariel itu bagaimanapun mencetuskan kritikan apabila pelbagai pihak menyatakan seorang menteri Kabinet seharusnya menangani krisis kemarau dengan lebih banyak bertindak proaktif dan bukan sekadar berdoa.
Akhbar terbesar Israel, Yedioth Ahronoth dalam rencana pengarang berkata, “Doa bukan sesuatu yang buruk, tetapi menteri juga harus memiliki kemampuan perancangan untuk mempengaruhi masalah lebih teruk ketika ini.”

Justeru tabloid berbahasa Hebrew diterbitkan sejak 1939 itu menyarankan Israel bersama komuniti global terlibat aktif dalam isu perubahan iklim sejagat berbanding ribuan berdoa di tembok suci. – Agensi



K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,600.00 Insyallah sempurna 013-7557011 -