Rabu, 3 Januari 2018

Tiada lagi visa diperlukan untuk ke Morocco!



Tahukah anda? Satu perjanjian di antara Malaysia dan Morocco telah ditandatangani di Putrajaya pada 17 Julai 2017. Dengan perjanjian ini, pemegang pasport Malaysia tidak lagi memerlukan visa untuk memasuki Morocco selama 90 hari bagi tujuan lawatan rasmi ataupun sosial.


Polisi ini berkuatkuasa bermula 27 Disember 2017.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Dato' Ramlan Ibrahim, pada tahun 2016 hampir 3000 pelancong Morocco datang ke Malaysia dan dengan perjanjian ini, bilangannya akan bertambah dan juga pelancong-pelancong dari Malaysia ke Morroco juga.
Morocco ialah sebuah negara Islam yang terletak di utara barat Afrika yang bersempadan dengan Algeria di timur dan Sahara Barat di selatan. Negara ini juga menghadap Lautan Atlantik di barat. Majoriti rakyat di negara ini adalah berbangsa Arab-Berber.


K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,600.00 Insyallah sempurna 013-7557011 -




0 ulasan: