Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Jumaat, 22 Oktober 2010

Tahniah atas perlantikan AJK Tahfiz Ad Diniyyah

AJK Pusat Tahfiz Ad Diniyyah yang terpilih. Mesyuarat malam tadi telah memutuskan untuk melantik 10 orang AJK Pusat Tahfiz Ad Diniyyah.7 AJK Muslimin dan 3 AJK Muslimat. Tahniah atas perlantikan. InsyaAllah Mesyuarat AJK TAhfiz kali 1 akan diadakan pada malam esok Sabtu 23 Oktober 2010 Di Surau Jam 8.50 Ma...

Khamis, 21 Oktober 2010

Mak oii!! Besarnya ikan Piranha

LONDON: Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'. Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan spesies piranha itu ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika. Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain. Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih...

Rabu, 20 Oktober 2010

Kertas Kerja Penubuhan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hak Cipta Tidak terpelihara - Copy paste maklum kpd 0137557011

InsyaAllah esok 20 Oktober 2010 kertas kerja Penubuhan Pusat Tahfiz ini akan dibentangkan. Mudah - mudah Allah memudahkan urusan dan menerima amal yang sedikit ini. 1.0 MUQADDIMAH Usaha - usaha untuk melaksanakan sistem Pendidikan Islam yang syumul berteraskan Al- Quran dan As-Sunnah memerlukan kesepaduan dan kerjasama semua lapisan masyarakat sama ada pemimpin agama, pemimpin negara, ahli ekonomi serta para cendekiawan ke arah mendokong...

Selasa, 19 Oktober 2010

Amalan khurafat ketika membina rumah

Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalam majlis-majlis atau perayaan tertentu. Antara adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang Melayu...

Hari ini dalam sejarah - Meyuarat Penubuhan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

Surau Ad - Diniyyah Jalan 2A/5 Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A 68100 Selangor Darul Ehsan. Ruj. Kami:( JKSAD 07-10 / 18 / 10) Ruj tuan: 19 OKTOBER 2010 Kepada Semua Penduduk Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A Perkara di atas adalah dirujuk 2. Sukacita dimaklumkan bahawa AJK surau telah bersetuju untuk membuka Pusat...

Ahad, 17 Oktober 2010

Guru Hafiz Sepenuh Masa diperlukan

Kami sedang mencari tenaga pengajar Guru Al Quran Al Hafiz. Kelas Tahfiz akan bermula 03 Januari 2011. Tempat penginapan dan makan disediakan Hafaz 30 juzuk Al Quran Ustaz bujang diutamakan Mempunyai lesen memandu Lokasi Bandar Baru Selayang Fasa 2A Berminat hubungi 013-2791...

Cicak tokek bernilai tinggi??

Tokek dikatakan mempunyai nilai tinggi di pasaran Tanggapan luar biasa telah diberikan oleh masyarakat mengenai tokek yang ternyata benilai tinggi. Masyarakat berbondong - bondong memburu tokek ataupun memelihara sambil berharap dapat menjual tokek dengan ukuran yang besar dan berharga tinggi. Namun sampai sekarangpun masih banyak yang tidak mengerti untuk apa tokek diperjual belikan dan apa khasiat sebenarnya. Sebuah fakta baru dalam...