Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Awas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Awas. Papar semua catatan

Isnin, 11 Ogos 2014

Awas Taktik Kotor Penjenayah - Info dari Rakan FB Bomba




Cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam (seal) semula.

Pendedahan satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah. Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam (seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. 

Sebarkan.

Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia 


S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja




Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 10 Julai 2014

Awas! Sindiket penipuan ketika menginap di hotel




SCAM ALERT: SIAPA sangka kegembiraan bercuti di hotel boleh bertukar musibah apabila anda mungkin kehilangan wang hanya dengan menerima satu panggilan telefon yang didalangi oleh sindiket penipuan.


Kebelakangan ini, terdapat satu sindiket penipuan licik yang memperdaya penginap hotel dengan membuat panggilan ke bilik hotel secara rambang bagi mendapatkan maklumat kad kredit mereka.

Modus operandi yang digunakan:

1. Mangsa menginap di sebuah hotel dan telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit.

2. Ahli sindiket akan membuat panggilan ke hotel tersebut sebelum meminta disambungkan ke mana-mana bilik secara rambang.

3. Semasa berada dalam bilik, mangsa menerima panggilan telefon yang kononnya daripada “front desk” hotel, berkenaan masalah pengesahan kad kredit.

4. Ahli sindiket akan memperdaya memastikan mangsa untuk percaya panggilan tersebut adalah daripada “front desk” hotel dengan gaya percakapan yang profesional.

5. Mangsa diminta membacakan semula nombor kad kredit dan membuat pengesahan tiga digit nombor di belakang kad kredit yang telah digunakan.

6. Mangsa yang percaya akan memberikan semua maklumat kewangan yang diminta oleh ahli sindiket.

Nasihat polis:

1. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya menerima apa-apa panggilan yang meminta maklumat kewangan terutamanya maklumat kad kredit.

2. Ambil sedikit masa untuk bertanyakan beberapa soalan kepada pemanggil dan rujuk kepada orang ketiga (ahli keluarga/rakan) sebelum memberikan sebarang maklumat atau respon.

3. Dinasihatkan urusan pengesahan kad kredit hanya dibuat secara bersemuka di kaunter.




S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja



Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


Rabu, 12 Mac 2014

Misteri kehilangan MH370 - Jauhi perbuatan khurafat membawa kepada syirik

 
 
Teknologi mengesan pesawat mengguna buluh runcing dan bubu?
 
 
 
 
Macam - macam kerenah manusia di saat ramai yang bersedih dan keliru di atas kehilangan pesawat.

Allah Ta’ala berfirman:

قُل لاَّ يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللَّهُ

“Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah.” (QS. An-Naml: 65)

Dari sebagian para isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa beliau bersabda:
 
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

“Barangsiapa yang mendatangi dukun lalu dia bertanya kepadanya tentang suatu hal, maka shalatnya tidak akan diterima selama empat puluh malam.” (HR. Muslim no. 2230)

Dari Abu Hurairah dan Al Hasan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Barangsiapa yang mendatangi dukun atau peramal kemudian membenarkan apa yang dia katakan, maka dia telah kafir terhadap apa (Al-Qur`an) yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.” (HR. Ahmad no. 9171)

Dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha dia berkata;

سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَاسٌ عَنْ الْكُهَّانِ فَقَالَ لَيْسَ بِشَيْءٍ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُمْ يُحَدِّثُونَا أَحْيَانًا بِشَيْءٍ فَيَكُونُ حَقًّا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ مِنْ الْحَقِّ يَخْطَفُهَا مِنْ الْجِنِّيِّ فَيَقُرُّهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ فَيَخْلِطُونَ مَعَهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ

“Beberapa orang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai dukun-dukun, lalu beliau menjawab: “Mereka (para dukun) bukanlah apa-apa.” Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Terkadang apa yang mereka ceritakan adalah benar.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Perkataan yang nyata (benar) itu adalah perkataan yang dicuri oleh jin, kemudian dia membisikkannya ke telinga walinya (dukun) lalu mereka mencampuradukkan bersama kebenaran itu dengan seratus kedustaan.”
 
(HR. Al-Bukhari no. 5762 dan Muslim no. 2228)
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 








 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 8 Oktober 2013

Awas! Info berguna . Hati - hati ketika berada di stesen minyak.

 
 
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.


Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Pengajaran

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan!

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam





 

Sabtu, 7 September 2013

Video - Ketahui cara penjenayah access akaun bank anda dengan menggunakan sim kad



Penjenayah semakin licik. Teknologi boleh dimanupulasi. Awas! ketahui bagaimana penjenayah mampu access akaun bank dengan menggunakan sin kad.

Hati - hati ye!!

 

 


 

Isnin, 2 September 2013

Info berguna untuk dikongsi - Penggunaan data roaming di luar negara

 
 
Awas! Jika anda menggunakan telefon pintar ketika berada luar negara.
 
 
Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana. Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut," katanya.

Seorang pengguna telefon pintar telah berada di Timur Tengah selama 12 hari dan telah menerima satu 'kejutan' bil telefon berjumlah RM122,703 untuk khidmat 'data roaming'. Satu lagi kes berlaku untuk perjalanan selama empat hari ke Singapura dan pengguna dikenakan caj sebanyak RM23,000 kerana memeriksa e-mel dalam tempoh tersebut.

Justeru, anda perlu berhati-hati dengan penggunaan telefon pintar. Melayari Internet di telefon bimbit semasa di luar negara boleh menjadikan bil anda melambung tinggi.

Jika tidak berhati-hati, ia boleh berakhir dengan caj data yang dikenakan melebihi harga sebuah kereta.

Nama-nama besar juga tidak terkecuali berdepan situasi ini.

Seorang "mangsa" yang dikenakan caj yang tinggi adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima 'bil kejutan' selepas perjalanan yang singkat ke Indonesia.

"Saya hanya menggunakan 'data roaming' selama beberapa minit sehingga akhir penginapan saya tetapi saya telah dikenakan bil sejumlah RM4,500 untuk itu," katanya kepada The Star.

Menurut Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), aduan terhadap syarikat telekomunikasi meningkat dalam tempoh dua tahun lepas, dengan caj data mudah alih dan caj 'data roaming' menjadi rungutan utama.

Pengarah CFM Ahmad Izham Khairuddin menambah: "suatu ketika dulu aduan kebanyakannya mengenai liputan yang buruk, tetapi telah berubah sejak 2011."

CFM ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2001.

Dalam kes yang melibatkan pengadu dengan bil berjumlah RM122,703, CFM menjadi pengantara dan pengguna telah diberi diskaun sebanyak 88 peratus, dengan rebat 10 peratus dan peraturan pembayaran separa.

Pengadu, bagaimanapun, masih belum bersetuju dengan penyelesaian tersebut.

Dalam kes lain, Sara Kamal (bukan nama sebenar), 45, mengadu bahawa dia telah dihantar bil berjumlah RM23,000 selepas menggunakan servis 'data roaming' selama empat hari semasa perjalanan urusan perniagaan ke Singapura pada tahun 2011.

"Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana.

Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut," katanya
. -

C&P kelab greenboc

Ahad, 14 Julai 2013

Awasi sindiket kutip derma di bulan Ramadhan konon untuk bina Tahfiz dan Surau

Seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit.
 

SK sangat kecewa dengan fenomena kurang sihat berlaku mutaakhir ini. Sindiket mengutip derma meraih simpati kononnya derma untuk tujuan pembinaan Tahfiz dan Surau. Hanya kerana seekor dua kerbau membawa lumpur , habis semuanya terpalit.
 
Kepada yang terlibat dengan kerja durjana ini SK nasihatkan bertaubatlah, kerana kerja jahat anda ini akan menimbulkan persepsi buruk kepada semua Pusat Tahfiz yang ikhlas  melahirkan para hufaz.
 
Nasihat SK kepada yang ingin menderma, siasat lebih lanjut sebelum membuat keputusan untuk membuat sumbangan.
 
Sebab nila setitik habis rosak susu sebelanga. :(
 
-------------------------------------------------
Sumber Berita Metro :
 
Kuantan: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan menahan individu yang menjalankan kegiatan mengutip derma di sekitar daerah ini tanpa kebenaran pihak berkuasa. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata, kegiatan individu berkenaan yang didalangi sindiket dilihat semakin menjadi-jadi pada Ramadan, dengan menjadikan kawasan tumpuan ramai seperti masjid dan bazar Ramadan untuk menjalankan aktiviti itu.

Katanya, ada antara mereka bertindak berani dengan mempamerkan logo Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) palsu bertujuan meyakinkan orang ramai untuk menderma.

“Hasil pemantauan kita selama seminggu mendapati ada beberapa individu aktif mengutip derma tanpa kebenaran MAIP dan mereka menggunakan kesempatan Ramadan untuk mempergiatkan aktiviti di tempat tumpuan umat Islam.

“Kita akan menangkap individu berkenaan dalam masa terdekat jika masih meneruskan kegiatan yang jelas menyalahi undang-undang,” katanya.

Mohd Raffli berkata, individu berkenaan bijak mengaburi mata orang ramai dengan mengutip derma atas alasan mahu membina masjid dan pusat tahfiz yang sebenarnya tidak wujud.

 “Ada antara mereka mengutip derma atas alasan mahu membina masjid namun apabila disiasat dengan lebih terperinci, ia sebenarnya tidak wujud,” katanya.












Jumaat, 21 Jun 2013

Rawatan terapi ion rendam kaki satu penipuan???

Terapi ion satu penipuan???

 
SK tergerak hati untuk berkongsi video ini selepas membuat sedikit survey di internet tentang rawatan terapi ion secara merendam kaki di dalam air. Kebetulan ada seorang sahabat SK telah beberapa kali berkunjung ke pusat rawatan terapi ion ini. Kononnya untuk membuang sisa toksin dalam badan.
 
Kaedahnya sangat mudah, pesakit hanya perlu merendam kaki di dalam bekas air. Dalam masa 30 minit air ini akan berubah warna. Kononnya air yang berubah warna itu merupakan toksin yang dikeluarkan dari badan pesakit.
 
Persoalannya, benarkan mesin terapi ion ini mampu membuang toksin?
 
Video di bawah akan menjawab persolan tersebut.
 
Hasil carian di google, SK dapati kaedah rawatan ini mula diperkenalkan sejak awal tahun ini. Terdapat pelbagai jenama produk terapi ion di pasaran. Banyak juga pusat rawatan ini mula dibuka di seluruh negara. SK bukan bercadang untuk menutup periuk nasi pengusaha kaedah rawatan ini. Mungkin sebahagian pengusaha pusat rawatan ini tidak tahu bagaimana mesin ini berfungsi.
 
Bagaimanapun terpulanglah kepada pengguna dan pengusaha untuk membuat penilaian selepas menonton video ini. 
 
 

 
Terima kasih kepada video uploader
 
<script src="http://h1.flashvortex.com/display.php?id=2_1352960917_3427_775_0_468_60_10_1_98" type="text/javascript">




Khamis, 6 Jun 2013

Hikmah, keistimewaan dan fadhilat merokok yang perlu anda tahu

Ketahui fadhilat dan kelebihannya


Anda merokok? berapa batang sehari? sekotak? dua kotak? Tahukah anda hikmah, keistimewaan dan dan fadhilat merokok? Jom! tonton video ini untuk menambah ilmu pengetahuan.

 

 


Selasa, 8 Januari 2013

Awas! Sindiket Memeluk Islam menagih duit


Satu sindiket penipuan dengan cara 'memeluk Islam' oleh sebuah keluarga kaum India yang diketuai seorang wanita, dipercayai ibu kepada keluarga tersebut, Paravathiam A/P Mayavan K/P 64073--02-5484, kini sudah terbongkar!
 
Tujuan mereka melafazkan syahadah berkali-kali adalah untuk mendapatkan simpati, bantuan kewangan dan sumbangan orang ramai terutamanya dari penganut Islam di negara ini.
Kronologi sindiket :

1) Mula dapat dikesan pada 16/12/12 di Surau Taman Seroja, Salak Tinggi, Selangor.
2) Kali kedua pada 25/12/12 di Masjid Istiqamah, Puchong, Selangor.
3) Kali Ketiga pada 26/12/12 di Surau Madaniah USJ 18, Selangor.
4) Kali Keempat di Masjid Al Ekhsan Sek 24, Shah Alam, Selangor.
5) Terakhir kali kelima di Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 4/01/13.

Caranya : Ibu kepada keluarga ini akan berjumpa dengan Imam masjid / surau yang menjadi sasaran dan memberitahu bahawa satu keluarganya berhajat nak memeluk agama Islam.Sudah pasti sebaik saja selesai upacara melafazkan kalimah syahadah dilakukan maka orang ramai yang hadir akan memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada keluarga ini.

p/s : Harap perkara ini dapat pemerhatian serius oleh pihak berwajib. Sekiranya anda terserempak dengan mereka, mohon laporkan segera kepada pihak masjid / surau atau pihak yang berkaitan. Sebarkan !







Sabtu, 1 Disember 2012

Awas! penggemar aplikasi Geolocation

 
 
Penggemar kemas kini 'geolocation' mampu undang jenayah harta benda, korporat
 
KUALA LUMPUR - Pemilik telefon pintar yang gemar mengemas kini sistem 'geolocation' mereka melalui laman sosial, berisiko mendedahkan diri mereka kepada jenayah harta benda dan jenayah korporat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata penggunaan aplikasi yang mempunyai akses kepada 'geolocation' di mana pengguna memaklumkan kedudukan serta aktiviti mereka, dikhuatiri membuka ruang kepada berlakunya jenayah seperti pecah rumah dan rompakan.


"Ramai antara penggemar laman sosial suka mengemas kini atau 'check in' lokasi atau kegiatan mereka menerusi aplikasi seperti 'Foursquare', facebook dan sebagainya untuk memberitahu apa yang sedang mereka lakukan dan tempat hotspot yang dikunjungi atas dasar sekadar suka-suka.

"Namun tindakan ini sebenarnya menjadi faktor pendorong kepada risiko dijadikan mangsa jenayah selepas penjenayah memperoleh maklumat sasaran mereka hanya melalui alam siber," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Syed Ismail berkata terdapat juga pengguna laman sosial yang mengemas kini status semasa dengan menyatakan mereka akan meninggalkan kediaman mereka untuk beberapa hari dan tindakan tersebut mengundang risiko kepada keselamatan kediaman mereka.

Beliau berkata apa yang membimbangkan ialah kemungkinan laman sosial mereka dicerobohi dan maklumatnya digunakan penjenayah.

Syed Ismail berkata tindakan mengemas kini kedudukan atau kegiatan semasa juga berisiko mengundang berlakunya jenayah korporat terhadap individu yang memegang status atau jawatan besar dalam sesuatu organisasi.

"Ada pihak cuba mencari maklumat untuk menandingi pesaingnya dan sanggup berbuat apa saja bagi tujuan itu," katanya.

Jenayah korporat dalam dunia perniagaan pula berkemungkinan melibatkan penjenayah melakukannya bagi kepentingan perniagaan seperti mencuri data berkaitan perniagaan dalam usaha untuk mensabotaj pesaing, katanya.

Syed Ismail berkata meskipun setakat ini belum terdapat maklumat atau aduan mengenai kegiatan jenayah seperti pecah rumah atau rompakan disebabkan tindakan mengemas kini status atau kedudukan, namun langkah keselamatan dan risiko penggunaannya harus diketahui pengguna.

Beliau menasihatkan pengguna supaya bijak menggunakan applikasi demikian serta memahami fungsinya.

"Meskipun setiap aplikasi itu ternyata mempunyai kebaikan, tetapi segalanya berbalik kepada pengguna sendiri sama ada ingin menggunakan atau tidak.

"Kalau kita nak guna kemudahan ini kita kena tahu dan faham betul-betul risiko yang mungkin berlaku, kalau kita tidak mahu mengambil risiko kita jangan muat turun," katanya.

Beliau berkata sebanyak 24 kes kegiatan menggodam yang melibatkan kerugian kira-kira RM3.3 juta dilaporkan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Ketua Pembangunan Perniagaan CyberSecurity Malaysia Mohd Anwer Mohamed Yusoff sebagai berkata negara mencatat anggaran kerugian sebanyak RM2.75 bilion dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akibat daripada jenayah siber khasnya dalam sektor kewangan. - Bernama












Awas! Umpan duit Syiling di mesin ATM



Sebuah rakaman CCTV di sebuah bank menunjukkan taktik terbaru mencuri kad ATM seseorang dengan 'duit syiling'. Rakaman video ini menunjukkan bagaimana seorang lelaki mengalihkan perhatian seorang pengguna yang sedang menggunakan mesin ATM dengan memberitahunya bahawa duit syiling beliau telah terjatuh di atas lantai.

Di dalam rakaman ini, mangsa yang berbaju jalur merah sedang menggunakan mesin ATM ketika ditegur bahawa duit syilingnya terjatuh di atas lantai, walaupun sebenarnya itu bukan duit syiling mangsa.

Ketika mangsa leka mengambil syiling tersebut, seorang lagi lelaki lain yang dipercayai rakan penjenayah mencuri kad ATM mangsa yang masih dalam berada di dalam mesin ATM.

Kepada semua pengguna mesin ATM, diharap tidak tertipu dengan taktik duit syiling ini.











Sabtu, 1 September 2012

Awas! Pencuri menyelinap masuk ke Majlis Kahwin! Rakaman CCTV

 
 
Bulan Syawal ini banyak undangan majlis perkahwinan. Sana sini kelihatan majlis perkahwinan. Tahniah kepada semua pengantin dan kepada mereka yang baru bergelar  Pak mentua dan Mak Mentua. SK ingin berkongsi maklumat kepada bakal keluarga pengantin. Awas dengan sekumpulan wanita yang sedang bergerak aktif, berlagak sebagai tetamu, menyelinap masuk ke rumah pengantin dan mencuri barang berharga.
 
IPOH – Menyamar sebagai saudara pengantin merupakan taktik sekumpulan wanita berusia 40-an, di sini, yang menjadikan kediaman pengantin sebagai sasaran untuk mencuri barangan berharga.

Kegiatan empat wanita berkenaan telah dikesan sejak seminggu lalu setelah dua kediaman di Batu Kurau dan Manjoi menjadi mangsa perbuatan jenayah mereka dalam tempoh dua hari.

Sabtu lalu, kumpulan wanita itu dikatakan berjaya melarikan empat beg tangan milik ahli keluarga pengantin semasa majlis perkahwinan sedang berlangsung di Kampung Sungai Ara dan menurut saksi, Salina Shamsudin, 21, kejadian berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, empat wanita berkenaan lengkap berpakaian baju kurung telah menyusup masuk ke dalam rumah sepupunya, Nur Shuhada Zaman Zahari, 22 selepas memperkenalkan diri sebagai saudara pengantin lelaki.

"Mereka bersikap pelik apabila tidak bercakap dan hanya memerhati keadaan sekeliling dengan penuh kecurigaan. Mereka memilih untuk duduk hampir dengan bilik pengantin sepanjang majlis.

"Dua daripada wanita itu dilihat masuk ke bilik pengantin ketika ahli keluarga lain sibuk memindahkan hantaran perkahwinan dan memasukkan semua beg besar yang diambilnya ke dalam sebuah beg besar," katanya.

Katanya, keadaan menjadi kecoh seketika apabila empat beg tangan mengandungi lapan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas bernilai hampir RM30,000 hilang dan kejadian ini sama seperti kes yang berlaku di Manjoi dalam laporan akhbar Sinar Harian, semalam.

Salina menjelaskan, kejadian berkenaan disedari apabila salah seorang mangsa dihubungi pihak bank untuk membuat pengesahan pembelian telefon bimbit menggunakan kad kredit di sebuah pasar raya di Taiping.

"Urusan pembelian itu tidak berjaya kerana diragui oleh pihak bank. Kami geram dan terkilan dengan insiden ini kerana mereka turut mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM6,000 milik salah seorang ahli keluarga kami.

"Kami telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Batu Kurau mengenai kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mangsa dan siasatan sedang dijalankan serta polis sedang giat memburu suspek terbabit.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kes kecurian yang mana seorang wanita mengaku sebagai ahli keluarga dan menyusup masuk ke dalam rumah pengantin, melibatkan kehilangan barangan bernilai hampir RM20,000 di Kampung Sungai Tapah Manjoi.

Kejadian itu berlaku sehari selepas kejadian menggunakan modus operandi yang hampir sama di Batu Kurau. -SH


Jom! Tengok CCTV yang merakam pencuri berkenaan tengah shoping menggunakan kad kredit yang di curi. Mana tau kut - kut ada yang kenal

 



Jom Infaq dan Wakaf untuk Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sedekah dapat menolak tujuh puluh pintu bencana “. Karena itu Nabi SAW menganjurkan agar bersedekah setiap hari, pada awal pagi dengan apa saja. Kerana bencana atau bala tidak akan menembus benteng sedekah seorang mukmin

NAMA AKAUN: PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH
BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
NO AKAUN: 14069010024005

Keterangan lanjut Hubungi

013-2791608 / 013-3672260
 


Lihat Video wanita ditangkap orang ramai ketika mencuri di Majlis Perkhwinan di Johor


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja










 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 10 April 2012

Anak hilang di pasaraya! Awas!!


Catatan melalui email untuk renungan bersama.
Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek - belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul - betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil - manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak - kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah - sudah. Tolong perhatikan anak - anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas

SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!









Isnin, 9 April 2012

Kingdom Tower Jeddah bakal dibina - Kiamat yang kian hampir

Kingdom Tower . Mercu tanda kiamat ?

Rasulullah S.A.W bersabda dalam satu hadith

Baginda bersabda: (Antara tanda-tanda kiamat ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang - orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.

Gambar di atas adalah bangunan pencakar langit yang baru ini mempunyai ketinggian satu kilometer dan bakal ditempatkan di Arab Saudi. Menara ini akan mengalahkan negara jiran mereka iaitu Dubai, yang secara rasminya telah menjadi bangunan pencakar langit tertinggi didunia iaitu ketinggian 828m Burj Khalifa pada dua tahun yang lalu.

Saudi telah dianugerahkan kontrak lebih daripada $ 1 bilion untuk membina menara tersebut, yang akan dinamakan Menara Kingdom. Ia akan mempunyai hotel Four Seasons, apartmen servis, kondominium mewah dan pejabat, merangkumi semua dalam satu dan berkeluasan lantai kira-kira setengah juta meter persegi.

Kingdom Holding Co, firma pelaburan yang diketuai oleh jutawan Putera Alwaleed bin Talal, berkata ia telah menandatangani perjanjian $ 1 bilion dengan Kumpulan Saudi Binladen untuk membina Kingdom Tower di pinggir bandar Laut Merah Jeddah. Gergasi pembinaan Saudi dimiliki oleh keluarga Osama bin Laden



Menara ini, direka oleh Adrian Smith & Gordon Gill Arkitek yang berpusat di Chicago, pada bulan Jun 2009, KHC menandatangani perjanjian dengan Emaar Properties yang berpangkalan di Dubai untuk membangunkan dan menyelia pembinaan Kingdom City and Kingdom Tower. Emaar, yang sebahagiannya dimiliki oleh kerajaan Dubai, pemaju bangunan yang tertinggi di dunia Burj Khalifa.

Pencakar langit yang dicadangkan Alwaleed akan memecahkan rekod menara Burj Khalifa, yang mempunyai 160 tingkat untuk kediaman dan termasuk sebuah hotel butik Armani. Pada 828 meter, Burj Khalifa bukan sahaja bangunan tertinggi tetapi juga struktur berdiri bebas tertinggi di dunia.

Secara perbandingan, bangunan tertinggi di Amerika Syarikat, Menara Willis di Chicago, berada pada ketinggian 442 meter, dan jika dikira sekali dengan antena ketinggiannya akan meningkat kepada 527 meter. Satu lagi bangunan di Pusat Dagangan Dunia yang dibina di New York akan mempunyai ketinggian sebanyak 541 meter termasuk menara antena (417m tanpa). Ia dijangka siap pada tahun 2013.

Syarikat Binladen juga telah membangunkan kompleks tujuh menara di kota suci Mekah yang diiktiraf sebagai jam terbesar di dunia.


 
 














Rabu, 14 Mac 2012

Awas!! Perkhidmatan Cuci Emas


PENDANG – Seorang suri rumah terpaksa mengalami rugi besar apabila semua barang kemas miliknya rosak dan beratnya makin berkurangan setelah mencuba khidmat mencuci barangan berharga itu yang ditawarkan tiga individu, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, seorang lelaki dan dua perempuan menaiki sebuah kereta berwarna putih mendakwa datang dari Jitra, pergi ke rumah jirannya dengan menawarkan perkhidmatan mencuci emas dan turut menjual emas Korea.

Mangsa, Aishah Jaafar, 58, berkata, ketiga-tiga suspek datang ke rumah jirannya kerana ketika itu ramai penduduk kampung sedang mengadakan gotong-royong untuk majlis kenduri sempena jirannya yang ingin mengerjakan umrah.

“Mereka datang sambil menawarkan khidmat cuci emas dan menjual emas Korea pada kira-kira 20 penduduk wanita pada masa itu. Ketiga-tiga mereka meminta barang kemas dipakai beberapa penduduk untuk dicuci dengan bayaran hanya RM2 untuk satu barang,” katanya kepada Sinar Harian.

Aishah berkata, pada masa itu, salah seorang daripada suspek menarik tangannya dan meminta rantai tangan yang dipakainya untuk dicuci. Menurutnya, namun dia enggan memberikan barangan terbabit kerana bimbang ditipu.

“Selepas enggan memberi rantai tangan untuk dicuci, saya bertanya sama ada mereka boleh membaiki rantai tangan jenis batu yang putus. Mereka mengakui boleh melakukannya dan terus meminta saya mengambil rantai tangan itu di rumah
.

“Disebabkan yakin mereka ingin membaiki rantai tangan itu, saya mempelawa mereka ke rumah saya dekat situ, sehinggakan saya cepat-cepat berlari balik ke rumah,” katanya.

Aishah berkata, tiba di rumahnya, dia segera mengeluarkan rantai tangan terputus itu dan memberikan kepada mereka, namun suspek memaklumkan ia tidak boleh dibaiki.

Katanya, dia seolah dipukau tiga individu terbabit apabila terus membenarkan mereka membuka semua barang kemas dipakainya, iaitu seutas rantai tangan dan rantai leher serta mengambil satu gelang lagi yang disimpan di dalam bilik untuk dicuci.

“Mereka memujuk saya agar semua barang kemas itu dicuci dengan bayaran hanya RM2 dan tiga barang milik saya dikenakan RM6. Mereka mencuci barang kemas dengan cara membakar semua barang kemas itu dan memasukkan semuanya dalam botol serta terus menggoncang kuat botol itu sehingga cecair di dalamnya menjadi warna kuning keemasan,” katanya.

Menurutnya, selepas proses itu dia tidak menyedari gelangnya rosak dan berat barang kemasnya makin susut hingga tiga individu itu beredar.

Aishah berkata, selepas kumpulan licik itu pulang, dia baru tersedar semua barang kemasnya menjadi ringan daripada berat asal.

“Gelang saya makin nipis dan rosak, rantai leher menjadi kecil dan bertukar warna hampir kelabu. Saya terkejut kerana semua barang kemas itu telah dibeli lebih enam tahun lalu dengan harga RM4,000 ketika itu, namun semuanya menjadi ringan. Saya cuba menimbang dan mendapati semua berat barang kemas itu hanya 10 gram,” katanya.

Menurutnya, dia pasti tiga individu terbabit mencuri emas melalui cecair yang digunakan.

Aishah difahamkan, tiga individu itu sudah tiga kali ke kampungnya menawarkan khidmat mencuci barang kemas dengan kenderaan berlainan kemungkinan mengelakkan penipuan mereka dikesan.

Anaknya yang enggan dikenali berkata, dia maklum isu ramai penduduk di bandar tertipu dengan servis mencuci emas dari rumah ke rumah, namun tidak menyangka ia turut ditawarkan di kampung. -SH

Khamis, 26 Januari 2012

Awas ! Umrah MLM haram!!

 

KUALA LUMPUR: Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi dikesan menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang lazimnya diamalkan syarikat jualan langsung untuk menawarkan pakej umrah dengan harga amat murah.

Dengan modal RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta lain untuk berada di bawah mereka.

Peserta terbabit juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja termasuk bukan ahli skim berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.
 
“Siasatan awal setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang - undang. Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan,” katanya ketika dihubungi.

Petikan Metro





Jumaat, 23 September 2011

AWAS!! Pemandu Wanita - Berhati - hatilah!!



Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu.

Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti apa yang ingin diberitahunya. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di kerusi belakang .

Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan secara tiba - tiba pintu keretanya terbuka. Kelihatan seorang lelaki telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa - gesa.

Kes baru - baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita . Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan - lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam.

Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai - beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati - hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata - mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai - ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan
  • Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
  • Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
  • Sentiasa peka terhadap sebarang tanda - tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.