Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

Isnin, 11 Ogos 2014

Awas Taktik Kotor Penjenayah - Info dari Rakan FB Bomba




Cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam (seal) semula.

Pendedahan satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah. Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam (seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. 

Sebarkan.

Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia 


S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja




Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 24 Oktober 2013

Hentikan Budaya Sebar Gambar Mangsa Jenayah

 
 
KPN : Harus Hentikan Budaya Menyebar Gambar Mangsa Jenayah

Sejak petang tadi tersebar luas gambar seorang pegawai bank wanita, Noazita bt Abu Talib yang ditembak di bahagian muka dan mati ditempat kejadian.

Tindakan menyebarkan gambar mangsa kejadian jenayah membabitkan seorang pegawai bank wanita ditembak di muka sejak petang tadi merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. 

 
Jika ia dilakukan oleh pegawai polis, maka tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang tdak beretika. Ini bukan kali pertama gambar - gambar yang mengerikan membabitkan mangsa jenayah diedarkan melalui telefon dan ruang siber.

Dipercayai hampir 90% penyebaran ini dibuat oleh anggota polis yang tiba d tempat kejadian atau mengendalikan kes tersebut.

Kita tidak pasti apakah tujuan anggota polis yang pernah melakukan tindakan ini. Mereka mungkin berniat baik mahu mendapat simpati masyarakat. Tapi sebahagian besar saya percaya bertujuan mencari perhatian, sakit jiwa dan sekadar membuang masa tanpa memikirkan implikasi perkara ini kepada pelbagai pihak.

Pengedaran gambar - gambar membabitkan mangsa jenayah dan tempat kejadian jenayah (crime scene) merupakan pembocoran maklumat siasatan secara tidak langsung.

Tidak mustahil suatu hari nanti gambar - gambar ini akan menjadi pertikaian umum dan akhirnya menjejaskan siasatan dan pendakwaan. Gambar - gambar sebegini juga memberi trauma kepada keluarga mangsa dan juga rakyat biasa.

Prihatinlah sama dengan keluarga mangsa dan juga rakyat biasa yang tidak biasa melihat gambar -gambar mengerikan sedemikian. Bayangkan ahli keluarga mangsa yang melihat gambar - gambar tersebut bertebaran di ruang siber.

Bagaimanakah seorang bapa boleh menghalang anaknya daripada melihat wajah ngeri ibu yang ditembak tersebut?
 


 Suatu ketika dahulu negara digemparkan dengan pengedaran gambar bedah siasat allahyarham adik Nurin Jazlin yang berusia 8 tahun, hilang pada 20 Ogos 2007 selepas dia pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di Kuala Lumpur.

Dua puluh tujuh hari kemudian, mayatnya ditemui dalam sebuah beg gimnasium di depan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48 di Petaling Jaya dan laporan bedah siasat mendedahkan dia didera secara seksual.Gambar tersebut dipercayai diedar oleh seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

Apakah tindakan ke atas anggota tersebut? Sejak kebelakangan ini semakin kerap gambar dan laporan jenayah tersebar melalui telefon bimbit dan ruang siber sehinggakan ia menjadi satu kemegahan kepada penyebarnya.

Anggota polis sebagai mereka yang dilatih dengan disiplin, peraturan dan tanggungjawab sewajarnya menunjukkan empati dan simpati yang lebih kepada mangsa bukannya bersuka hati menyebarkan gambar mangsa jenayah dan maklumat tempat jenayah berlaku.

Dalam satu kes pembunuhan di Bukit Putih pada April tahun lalu (2012), Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh pernah memberi peringatan agar orang ramai jangan sewenangnya memuat turun sebarang rakaman video dan gambar bagi mana-mana kes jenayah kerana ia akan mengganggu siasatan selain mengaibkan mangsa terlibat.

Malangnya, dalam kebanyakan kes penyebaran ini dilakukan oleh para anggota sendiri berdasarkan eksklusiviti gambar dan laporan seperti laporan polis.

Saya fikir sudah masanya, Ketua Polis Negara wajar memberi peringatan serius dan juga mengambil tindakan kepada para anggota polis mengenai isu ini. Bukan kerja anggota polis membantu jualan akhbar atau rating media sosial melalui penyebaran gambar - gambar mangsa jenayah.
 







Video penuh pembunuhan kejam lagi zalim di bank. Sadis dan menyentuh jiwa


Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap...

SK : Al fatihah untuk mangsa dan takziah kepada semua waris. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan syurga..


 

 





Wajah lelaki dikehendaki polis - Pembunuh kejam!

Merompak dan membunuh dengan kejam
 
 
 
Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.

Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu.

"Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit," katanya kepada media di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, pegawai operasi bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah.

Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama suspek serta tiga lagi pekerja wanita bank itu berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi.

Dipercayai apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan dan mengenai dahi mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Suspek sempat mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Abdul Rahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama si mati dan tiga lagi wanita yang bekerja di bank berkenaan.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di bank ini, kita dapati suspek berusia 37 tahun tidak gementar atau ragu-ragu ketika melakukan perbuatan berkenaan.

"Lelaki terbabit dilapor melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum mengarahkan seorang lagi pekerja memasukkan duit ke dalam beg hitam yang dibawanya selepas si mati membuka pintu kebal berkenaan.

"Akibat tembakan itu, wanita terbabit yang bekerja sejak 16 tahun di bank ini maut di tempat kejadian," katanya yang turut mengedarkan gambar suspek kepada media di lokasi kejadian.

Ditanya wartawan mengenai status suspek, Abdul Rahim berkata, lelaki terbabit adalah pekerja (pengawal keselamatan) yang menggantikan orang lain ketika kejadian.

"Suspek bergerak sendirian dalam kejadian itu. Dia ganti orang lain pada hari ini dan pernah menggantikan empat ke lima kali mengawal bank ini sepanjang setahun dia bekerja dengan syarikat keselamatan berkenaan," katanya.

Katanya, keraguan dalam kad pengenalan milik suspek yang disyaki palsu itu akan dipastikan selepas ini dengan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, pihaknya juga akan memeriksa cctv di kawasan berhampiran.

Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang yang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.

Katanya, mangsa sudah bekerja di bank berkenaan sejak 16 tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
 


Rabu, 2 Oktober 2013

Video pencuri di Masjid Solahiah Sg Tua. - Anda kenal lelaki ini??



Masjid Jamiatus Solahiah Kariah Sg Tua dicemari pencuri. Rakaman video CCTV ini menunjukkan seorang lelaki mencuri ketika jemaah sedang menunaikan solat subuh.

Jom jejak pencuri di kariah kita

 

 





 

Isnin, 1 Julai 2013

Rakaman CCTV pencuri bod**. 20 tips awasi diri dan keluarga anda dari pencuri.

 

Awasi rumah anda.
 
Minggu ini penuh dengan berita kecurian, pecah rumah, pecah kereta, curi motor dan ragut. Ada manusia mengambil jalan pintas untuk mendapatkan kesenangan dengan cara mencuri dan ragut.
 
Awasi rumah, keluarga dan jiran anda. Tips yang berguna untuk dikongsi bersama.
 
1. Elakkkan anak anda tidur di ruang tamu rumah berseorangan . Penjenayah mungkin menggunakan anak anda sebagai tebusan.
 
2. Segala peralatan tajam seperti pisau sebaiknya disorokkan atau disimpan dalam laci  berkunci. Kebanyakkan kes kecurian didapati pisau dari rumah tersebut hilang kerana  penjenayah akan mencari pisau terlebih dahulu untuk melindungi dirimeraka sebelum  menyamun.
3. Sekiranya terdengar atau terlihat paip air di luar rumah terbuka pada 12 malam keatas,  jangan keluar untuk menutup paip tersebut kerana ini merupakan taktik penjenayah dimana  mereka menunggu di luar pintu rumah untuk masuk ke dalam rumah.
 
4. Beritahu anak jika ingin ke tandas di tengah malam, kejutkan dahulu ibu bapa bersama mereka.
 
5. Elakkan menyimpan barang berharga seperti emas dan wang di dalam almari baju.
 
6. Bawa alarm kereta semasa tidur. Kalau terjaga tengah malam dan anda berasa curiga, on dan offkan alarm untuk menakutkan pencuri dan menandakan anda sentiasa peka dengan persekitaran rumah anda.
 
7. Tekan alarm kereta jika anda syak pencuri sudah masuk ke dalam rumah anda.
 
8. Jika anda melihat orang yang mencurigakan di kawasan rumah anda, cuba dapatkan nombor plat kereta mereka .
 
9.  Pesan pada jiran tetangga, jika ada sesiapa yang datang ke rumah sewaktu ketiadaan anda  dan mengaku dia saudara anda dengan mahu mengambil sesuatu, jangan benarkan . Beri nombor telefon anda  kepada jiran agak mereka    boleh memeriksa  dengan anda apakah benar atau tidak identiti orang tersebut.
10.  Semasa tidur , pastikan telefon bimbit, rumah atau cordless phone  berada disisi anda . Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya terasa kehadiran pencuri didalam rumah anda.   
 
11.  Pastikan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis ,bomba dan sebagainya disimpan didalam telefon anda . Pastikan seluruh keluarga hafal nombor tersebut. 
 
12. Jika mampu , pasang alat pengesan  kecurian dirumah atau alarm automatik .
 
13. Jangan biarkan sekeliling rumah anda gelap gelita .Sekurang-kurangnya  ada lampu kecil  atau lampu porch di hadapan atau belakang rumah sama ada ketika  anda berada dirumah  mahupun sewaktu bercuti .
 
14.  Jika anda sekeluarga pergi bercuti untuk satu tempoh yang lama , pesan pada jiran untuk mengambil surat dalam peti surat anda. Peti surat yang penuh  membantu pencuri menghidu  ketidaan tuan rumah tersebut.
 
15.  Jika kawasan tempat tinggal anda kerap berlaku kecurian , buat permohonan  rasmi  dari   balai polis  berdekatan supaya anggota polis sering melakukan rondaan  dikawasan tersebut. 
 
16.  Pastikan kenderaan anda mempunyai kunci tambahan,  Contohnya kereta dipasang kunci stering dan kunci gear .Walaupun masih boleh dicuri , namun ia akan melambatkan tindakan pencuri dan memberi ruang waktu untuk anda bertindak .
 
17.  Jika mempunyai anak perempuan,ingatkan agak pintu bilik mereka dikunci dari dalam dan anda harus mempunyai kunci pendua jika berlaku sebarang kecemasan . Ini kerana ada penjenayah yang mengambil kesempatan seksual.
 
18.  Simpan kayu hoki atau besbol di bawah katil agak ia boleh digunakan untuk mempertahan -kan  diri dari penjenayah.
 
19.  Elakkan meletak kunci dibawah pasu , dalam peti surat , tepi tingkap  dan sebagainya bila keluar rumah . Ini taktik lama yang mudah dikesan oleh penjenayah. Sebaiknya tinggalkan pada jiran yang anda kenal dan boleh dipercayai.
 
20.  Kalau anda masuk ke rumah sewa baru, pastikan tukar segala kunci rumah tersebut kepada yang baru bagi mengelakkan mereka  yang pernah mempunyai kunci rumah asal tersebut dari memasuki rumah anda.
 
 

 
 










 

Sabtu, 1 Disember 2012

Awas! Umpan duit Syiling di mesin ATM



Sebuah rakaman CCTV di sebuah bank menunjukkan taktik terbaru mencuri kad ATM seseorang dengan 'duit syiling'. Rakaman video ini menunjukkan bagaimana seorang lelaki mengalihkan perhatian seorang pengguna yang sedang menggunakan mesin ATM dengan memberitahunya bahawa duit syiling beliau telah terjatuh di atas lantai.

Di dalam rakaman ini, mangsa yang berbaju jalur merah sedang menggunakan mesin ATM ketika ditegur bahawa duit syilingnya terjatuh di atas lantai, walaupun sebenarnya itu bukan duit syiling mangsa.

Ketika mangsa leka mengambil syiling tersebut, seorang lagi lelaki lain yang dipercayai rakan penjenayah mencuri kad ATM mangsa yang masih dalam berada di dalam mesin ATM.

Kepada semua pengguna mesin ATM, diharap tidak tertipu dengan taktik duit syiling ini.











Selasa, 26 Julai 2011

Pembunuh Yang Membunuh Lebih 90 Nyawa Di Oslo Mengaku Membunuh Kerana Takut Dengan Perkembangan Islam Yang Hebat Di Eropah.


Breivik mengacukan senjata automatik. 

UNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu.

Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.

Dalam teks video itu dia menjelaskan rancangan serangannya, dengan menulis: ‘Saya akan memakai uniform pegawai polis. Ia pasti menggerunkan kerana orang ramai akan terkejut.’

Dalam dokumen setebal 1,500 halaman, dia menulis bahawa ‘terdapat situasi di mana kekejaman adalah perlu’ dan lebih baik membunuh terlalu ramai daripada tidak mencukupi’.

Sumber polis memberitahu media bahawa Breivik mengaku memuat turun video itu untuk meluahkan pandangan ekstrimnya sebelum serangan itu.Breivik adalah anggota kumpulan Freemason di Oslo dan mempunyai hubungan dengan Liga Pertahanan Inggeris (EDL).


Dalam satu tulisan, dia menulis: “Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. “Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.Rakaman video 12 minit yang bergelar ‘Knights Templar 2083’ turut dilaporkan muncul dalam halaman Facebook Breivik yang sudah ditutup.

Halaman itu memetik ungkapan ahli falsafah seperti Machiavelli, Immanuel Kant dan John Stuart Mill.Dia juga menyenaraikan Kafka antara penulis kegemarannya dan George Orwel 1984 sebagai satu daripada buku kegemarannya.

Breivik berkata, dia menghantar teks dan rakaman video YouTube, di mana dia bencikan dasar pelbagai budaya dan pendatang Islam kepada 7,000 rakan patriotiknya di Facebook.Dalam teks bertajuk ‘Deklarasi Kebebasan Bangsa Eropah’ dia menulis bagaimana dia mahu menyingkirkan Islam dan fahaman Marxis di Eropah.

“Ada situasi di mana kekejaman adalah perlu dan enggan melakukan kekejaman yang perlu adalah pengkhianatan terhadap orang yang anda ingin lindungi,” tulisnya.

“Kaedah pilihan adalah menyerang secara ganas. “Tidak perlu meminta maaf atau meluahkan kekesalan kerana anda bertindak mempertahankan diri atau mengambil langkah berjaga-jaga.”

Menulis sebagai Andrew Berwick, namanya dalam bahasa Inggeris, dia berkata, dia mengambil masa sembilan tahun dan membelanjakan 300,000 euro (RM1.26 juta) untuk menulis manifesto itu.
Dia berkata: “Titisan hujan pertama menandakan kehadiran ombak besar budaya konservatif yang tidak dapat dihentikan. Ombak besar itu akan menghapuskan Eropah Barat daripada budaya Marxisme dan pelenyapan Islam untuk kali ketiga.


Dia juga didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah lagi pertubuhan pelampau Kristian, Stop the Islamification of Europe, menurut akhbar Sunday Telegraph. - Agensi

sumber


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 










 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com