Minggu ini penuh dengan berita kecurian, pecah rumah, pecah kereta, curi motor dan ragut. Ada manusia mengambil jalan pintas untuk mendapatkan kesenangan dengan cara mencuri dan ragut.
Awasi rumah, keluarga dan jiran anda. Tips yang berguna untuk dikongsi bersama.
1. Elakkkan anak anda tidur di ruang tamu rumah berseorangan . Penjenayah
mungkin menggunakan anak anda sebagai tebusan.
2. Segala peralatan tajam seperti pisau
sebaiknya disorokkan atau disimpan dalam laci berkunci. Kebanyakkan kes
kecurian didapati pisau dari rumah tersebut hilang kerana penjenayah akan
mencari pisau terlebih dahulu untuk melindungi dirimeraka sebelum menyamun.
3. Sekiranya terdengar atau terlihat paip air di
luar rumah terbuka pada 12 malam keatas, jangan keluar untuk menutup paip
tersebut kerana ini merupakan taktik penjenayah dimana mereka menunggu di luar
pintu rumah untuk masuk ke dalam rumah.
4. Beritahu anak jika ingin ke tandas di tengah
malam, kejutkan dahulu ibu bapa bersama mereka.
5. Elakkan menyimpan barang berharga seperti
emas dan wang di dalam almari baju.
6. Bawa alarm kereta semasa tidur. Kalau terjaga
tengah malam dan anda berasa curiga, on dan offkan alarm untuk menakutkan
pencuri dan menandakan anda sentiasa peka dengan persekitaran rumah
anda.
7. Tekan alarm kereta jika anda syak pencuri
sudah masuk ke dalam rumah anda.
8. Jika anda melihat orang yang mencurigakan di
kawasan rumah anda, cuba dapatkan nombor plat kereta mereka
.
9.
Pesan pada jiran tetangga, jika
ada sesiapa yang datang
ke rumah
sewaktu ketiadaan anda dan mengaku dia saudara anda dengan mahu mengambil
sesuatu, jangan benarkan . Beri nombor telefon anda kepada jiran agak mereka
boleh memeriksa dengan anda apakah benar atau tidak
identiti orang tersebut.
10. Semasa tidur , pastikan telefon
bimbit, rumah atau cordless phone berada disisi anda . Ini memudahkan anda
membuat panggilan kecemasan sekiranya terasa kehadiran pencuri didalam rumah anda.
11. Pastikan senarai
nombor telefon kecemasan seperti polis ,bomba dan sebagainya disimpan didalam
telefon anda . Pastikan seluruh keluarga hafal nombor
tersebut.
12. Jika mampu , pasang alat
pengesan kecurian dirumah atau alarm automatik .
13.
Jangan biarkan sekeliling rumah anda gelap gelita .Sekurang-kurangnya ada lampu
kecil atau lampu porch di hadapan atau belakang rumah sama ada ketika anda
berada dirumah mahupun sewaktu bercuti .
14.
Jika anda sekeluarga pergi bercuti untuk satu tempoh yang lama , pesan pada
jiran untuk mengambil surat dalam peti surat anda. Peti surat yang penuh
membantu pencuri menghidu ketidaan tuan rumah tersebut.
15. Jika kawasan tempat
tinggal anda kerap berlaku kecurian , buat permohonan rasmi dari balai
polis berdekatan supaya anggota polis sering melakukan rondaan dikawasan
tersebut.
16. Pastikan kenderaan anda mempunyai kunci tambahan,
Contohnya kereta dipasang kunci stering dan kunci gear .Walaupun masih boleh
dicuri , namun ia akan melambatkan tindakan pencuri dan memberi ruang waktu untuk anda
bertindak .
17. Jika mempunyai anak
perempuan,ingatkan agak pintu bilik mereka dikunci dari dalam dan anda harus
mempunyai kunci pendua jika berlaku sebarang kecemasan . Ini kerana ada
penjenayah yang mengambil kesempatan seksual.
18. Simpan kayu hoki atau besbol di
bawah katil agak ia boleh digunakan untuk mempertahan -kan diri dari
penjenayah.
19. Elakkan meletak
kunci dibawah pasu , dalam peti surat , tepi tingkap dan sebagainya bila keluar
rumah . Ini taktik lama yang mudah dikesan oleh penjenayah. Sebaiknya tinggalkan
pada jiran yang anda kenal dan boleh dipercayai.
20. Kalau anda masuk ke rumah sewa
baru, pastikan tukar segala kunci rumah tersebut kepada yang baru bagi
mengelakkan mereka yang pernah mempunyai kunci rumah asal tersebut dari
memasuki rumah anda.
0 ulasan:
Catat Ulasan