Sabtu, 6 Julai 2013

Ulama' Azhar seru rakyat tolak rampasan kuasa!

Para Ulamak Al-Azhar menjadi benteng utama di bahagian hadapan. Mereka terus membantah dan menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak askar dan menuntut Dr.Muhammad Mursi di kembalikan jawatannya selaku Presiden Mesir.

MESIR: Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar Sheikh Hashim Islam mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Mesir perlu menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap kepimpinan Dr.Muhammad Mursi.

Beliau yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar berkata, kepimpinan berasakan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

"Dr. Muhammad Morsi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya.

"Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak," katanya seperti dilapor Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Menurut Sheikh Hashim lagi, rakyat Mesir wajib mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di negara itu dan pada sama memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim serta menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya.

Menurutnya, konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab Mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

Badal Haji / Upah Haji RM1,500.00 Hubungi 013 2791608

Ekoran rampasan kuasa yang berlaku, beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

"Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

“Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan," katanya.
-HD
 


 

0 ulasan: