Insya Allah Sempurna

Pendaftaran di buka sekarang , hubungi 013 755 7011 / 013 279 1608

JOM! Sertai Program Wakaf telaga di Cambodia 2017

Amal jariah, Insyallah pahala berterusan mengalir kepada pewakaf, hubungi 013 7557011 / 013 279 1608

Upah Haji / Badal Haji 2017 kini dibuka

Daftar untuk Badal Haji 2017 / 1437 Sekarang! 013 - 755 7011 / 013 279 1608 InsyaAllah sempurna "

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pewaris Al Quran’.

Misi Ziarah Pra Ramadhan Cambodia 2017

Menyampaikan Al Quran, telekung, beras fidyah, wakaf telaga kepada fakir miskin Cambodia ’.

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Kami melahirkan Para Huffaz Al Al Quran”"

Majlis Sambutan Aidil Fitri 1438

“Minal A idin wal Faizin. Taqabballahu minna wa minkum”"

Pendaftaran untuk Korban dan Aqiqah di Kemboja dan Vietnam 2017 dibuka sekarang

““Hubungi Suraukini 013 755 7011 / 013 279 1608 - RM320 Satu bahagian "

Korban Merentas 2 Negara Cambodia Vietnam 2016

““Aidil Adha 1437 di Kampung Perikob Cambodia ."

Tuol Sleng Genocide Museum Cambodia

Zaman gelap tamadun kemanusiaan

Pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 2016

Generasi Pewaris Al Quran

Jumaat, 5 Mei 2017

Video viral lelaki dipukul kerana sengaja bunyi hon kereta ganggu solat Jumaat


JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dibelasah orang ramai akibat tindakannya membunyikan hon kereta ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat dalam kejadian berhampiran Surau Austin Perdana, Taman Austin Perdana, di sini hari ini.
Kejadian itu dirakam orang ramai dan dua video kejadian itu menjadi tular di laman sosial Facebook, Youtube dan aplikasi WhatsApps.
Berdasarkan rakaman video itu, pemandu kereta berkenaan dilihat dikejar orang ramai sebelum cuba mengundurkan keretanya dan hampir melanggar orang ramai serta kenderaan lain.
Selain itu, seorang lelaki turut kelihatan memukul lelaki berkenaan menggunakan kon.
Seorang saksi kejadian, Muhammad Akmal Bakar, 18, berkata dia mendengar bunyi hon kenderaan ketika memasuki rakaat kedua solat.
"Bunyi itu amat kuat dalam tempoh dua hingga tiga minit dan mengganggu sembahyang," katanya yang pertama kali menunaikan solat Jumaat di surau tersebut.
Pelajar tingkatan enam itu berkata, sejurus keluar dari masjid, dia melihat beberapa individu menghentak kereta berkenaan dengan tangan selain turut mengejar kenderaan tersebut.
"Kereta itu bergerak ke depan dan mengundur dua kali dengan laju. Ada individu turut menghentak kereta menggunakan topi keledar," katanya yang melihat ada jemaah yang cuba meredakan keadaan.
Wakil surau yang enggan dikenali berkata pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Katanya surau tersebut mendapat kelulusan melaksanakan solat Jumaat sejak beberapa tahun lepas dan kejadian seumpama itu baru pertama kali berlaku.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan suspek merupakan sekumpulan lelaki.
Beliau menerusi kenyataan berkata pemandu kereta itu iaitu seorang jurutera lelaki berumur 28 tahun membuat laporan kejadian di Balai Polis Setia Indah, di sini dan dia mengalami luka di kepala serta badan akibat kejadian terbabit.
"Punca kejadian adalah ekoran daripada kesesakan jalan raya dan halangan di hadapan surau yang telah menyukarkan pergerakan pengadu (pemandu kereta) yang sedang melalui jalan tersebut.
"Pengadu telah membunyikan hon yang menimbulkan kemarahan beberapa orang yang bersolat Jumaat dan beberapa individu telah bertindak memukul kereta dan pengadu," katanya.
Menurut Kamarul Zaman, perjumpaan kemudian diadakan antara pengadu dan ahli jawatankuasa surau terbabit dan kedua-dua pihak bersetuju menyerahkan kes berkenaan kepada polis.
Polis sehubungan itu menyeru orang ramai supaya tidak menularkan insiden itu dan meminta suspek terlibat menyerah diri untuk membantu siasatan, katanya. - Bernama


kredit kosmo



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja

Upah Haji RM1,600.00 Insyallah sempurna 013 755 7011 / 013-2791608 - layari www.suraukini.com