Isnin, 25 Jun 2012

Keputusan Rasmi Pilihanraya Presiden Mesir

Mohamed Morsi
KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu.Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan.Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya

SK: Mohamed Morsi pernah dipenjara di zaman Husni Mubarak dengan tuduhan yang direka - reka. Beliau seorang Hafiz Al Quran

Hebatnya penjara di Mesir. Satu ketika dahulu Nabi Yusuf Alaihi Salam pernah dipenjarakan di penjara Mesir. Nabi Yusuf akhirnya menjadi Raja di Mesir tidak lama selepas baginda keluar dari penjara. Hari ini sejarah berulang lagi. Mohamed Morsi juga pernah dipenjara di penjara Mesir. Kini Morsi menjadi presiden selepas keluar dari penjara Mesir juga.

Hebatnya PENJARA di Mesir.

Saksikan kegembiraan rakyat Mesir dalam Video ini.



Pengajarannya jangan suka - suka memenjarakan orang tanpa alasan dan bukti yang masuk akal. Kuasa di tangan Allah, bukan di tangan manusia. Orang yang dulu dipenjara, kini memimpin Mesir. Insyallah Islam kembali gemilang di Bumi Mesir.
 



0 ulasan: